Pages

18 September 2013

Tutorial Website : Apa Itu WordPress!

Umum sudah tahu bahawa WordPress adalah salah satu aplikasi atau script berasaskan web yang boleh anda gunakan untuk membangunkan sebuah website atau blog. WordPress digunakan oleh sebahagian besar pengguna web kerana cara installnya yang sangat mudah walaupun anda tidak tahu langsung berkaitan pengaturcaraan komputer.

Berbalik kepada sejarah permulaannya, Ryan Boren dan Matt Mullenweg adalah 2 tokoh hebat disebalik pembangunan aplikasi WordPress. Tokoh dua orang ni lah yang telah membangunkan projek ini sejak tahun 2004 yang mana pada masa itu dikenali sebagai B2 / Cafelog . Kemudian ditukar kepada nama WordPress sehingga sekarang.

Kebanyakan pakar internet marketing sangat menggalakkan kita untuk menggunakan aplikasi WordPress ini sebagai basic web atau blog engine, kerana kehebatan WordPress dalam bertarung di Search Engine (mesin carian) sudah terbukti dan tidak perlu diragukan lagi.

Hal lain yang membuat WordPress ini sangat diminati adalah kerana WordPress ini boleh didapati secara percuma. Setiap orang dapat memasang aplikasi WordPress ini dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit ( jika anda berdaftar di wordpress.com) . Disamping itu juga sistem perkhidmatannya juga boleh dikatakan sangat superb dan mantap.

WordPress boleh digunakan untuk pelbagai keperluan sama ada dari blog persendirian yang mudah sehinggalah website syarikat korporat .

Bagi anda yang ingin membuat blog percuma dengan nama domain " namaanda.wordpress.com ", anda boleh sign up atau mendaftar di laman webnya iaitu http://wordpress.com . Dan jika anda ingin memuat turun skrip wordpress untuk diinstall pada website dengan domain dan hosting sendiri, anda boleh memuat turun di http://wordpress.org .

Tentu korang tertanya-tanya kepada aku membebel pasal WordPress dan bukannya Blogspot.com sedangkan blog aku sekarang ni menggunakan blogspot? Ada beberapa pertimbangan tertentu kenapa aku memilih WordPress sebagai tajuk perbincangan. Sebabnya adalah:
  • WordPress boleh digunakan dengan mudah oleh orang awam dan para developer tanpa perlu mengetahui sistem pengaturcaraan yang rumit dan sukar.
  • WordPress boleh diinstall ke dalam server kita sendiri (offline ) - Kalau korang nak belajar sila jumpa aku, aku nak terangkan di sini teramat rumit.
  • WordPress juga menyediakan perkhidmatan server percuma ( wordpress.com) apabila kita tidak mempunyai server atau web hosting.
  • WordPress mempunyai banyak theme / tema yang menarik yang boleh dipakai untuk mengubah penampilan blog anda .
  • WordPress mempunyai banyak plug-in percuma yang boleh digunakan untuk melengkapkan blog seperti blog profesional, statistik , kalendar , hit counter , snap dan sebagainya (terdapat lebih 5 juta plug-in percuma yang telah dibangunkan ) .
  • WordPress mempunyai built-in Rich Text Editor sehingga kita mampu membuat artikel semudah seperti menggunakan MS Word .
  • WordPress dilengkapi dengan fasiliti Spell -Check untuk membantu kita menulis dalam Bahasa Inggeris.
  • WordPress mempunyai ciri anti- spam yang berfungsi untuk mencegah orang lain menulis komen yang berbau promosi, pornografi, dan lain-lain di ruangan " Comment".
  • Apabila anda sudah mempunyai blog dengan Blogger.com , TypePad , LiveJournal atau lain-lain , anda boleh memindahkan isi blog tersebut ke dalam blog WordPress yang baru dengan baca beserta sekali dengan komen.
  • WordPress akan mencatat komen baru yang masuk ke dalam blog anda. Anda sebagai ' admin ' boleh memilih untuk menyiarkan komen tersebut di dalam talian, membuat editing, atau membuangnya.
  • WordPress mampu mengaplikasikan RSS Feed (kaedah yang membolehkan para pembaca blog anda mengakses maklumat dengan pantas) dan juga mengetahui bilangan pembaca setia yang telah mengunjungi blog anda.
  • WordPress membenarkan anda membuat sebuah blog / website seperti anda seorang pakar dalam pengaturcaraan komputer dan anda juga mampu unutk membangunkan blog komuniti .
  • Pendek kata, WordPress ialah apa yang anda perlukan apabila inginkan sebuah blog atau mahu menjalankan perniagaan internet!
  • SEO Friendly, blog wordpress sangat cepat di index oleh search engine seperti Google atau Yahoo.
  • Fasiliti Auto Ping , menghantar ping ke website listing blog yang terkenal.
  • Tackback / Pingback , jika ada salah satu artikel yang menggunakan sumber dari blog anda dan menyenaraikan linknya serta secara terus menghantar ping itu balik ke artikel anda.
Walaupun begitu, wordpress tetap ada beberapa kelemahan antaranya senang di hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pernah beberapa kali website yang aku buat untuk client dihack oleh mereka, selepas buat research baru aku tahu sedikit sebanyak cara untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam WordPress. Nanti aku akan terangkan dengan lebih lanjut dalam tutorial yang akan datang terutama kepada mereka yang sedang menggunakan WordPress, Joomla dan juga Opencart, 

Sekian untuk hari ini  :)

1 ulasan:

  1. pg slot ฝาก 50 รับ 100 ต้นแบบให้เลือกรับ โดยจะมีการเปลี่ยนแปลงไปเรื่องๆจะเปิดตามโอกาศ หรือกิจกรรมต่างๆกับเว็บไซต์ของพวกเรา PG SLOT ที่จะให้แก่คุณบันเทิงใจกับเกมสล็อต PG

    BalasPadam