Pages

05 Disember 2019

Umar


Umar al-Khattab merupakan nama besar dalam sejarah Islam, iaitu mengenai pemerintahan dan keperibadian beliau.

Bahkan tidak kurang tentangan kuatnya terhadap Islam semasa awal perkembangan agama suci ini dahulu sebelum beliau menerima hidayah Allah.

Nama sebenarnya ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab. Beliau juga digelar dengan nama Abu Hafs.

Beliau berketurunan bani Adi, Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 584M di Mekah.

Ibunya bernama Hantamah binti Hasyim bin al-Mugirah dari bani Makhzum yang juga sepupu dengan Khalid bin al-Walid dari pihak ayah.

Umar al-Khattab sangat gemar menunggang kuda dan meminati puisi.

Selepas beliau menerima Islam, Islam seolah mendapat ‘roh’ baru. Diriwayatkan, mereka tidak pernah merasakan kehebatan Islam ini melainkan setelah Umar al-Khattab memeluk Islam.

Umar al-Khattab didoakan oleh Rasulullah agar menerima Islam, dan Islam bertambah kuat dengan adanya beliau.

Saidina Umar al-Khattab diberi gelaran ‘al-Faruq’ oleh Rasulullah s.a.w, yang bermaksud ‘yang dapat membezakan antara baik dan buruk’.

Beliau memiliki tubuh yang tegap dan gagah. Pada bahagian bawah kedua-dua mata Umar al-Khattab terdapat tanda lengkuk, seperti bekas mengalir air.

Pada setiap malam beliau akan menangis merasa takut akan Allah dan dosanya yang lalu. Terutamanya apabila beliau membaca surah al-Muthaffifin: 6.

Umar al-Khattab adalah satu-satunya sahabat yang bernama ‘Umar’ dengan ejaan عمر.

Sedangkan sahabat-sahabat lain yang bernama Umar, Rasulullah s.a.w meminta dipanggil dengan nama ‘Amru’ – ‘عمرو’ – dengan menambah huruf ‘و’ di belakang; sebagai penghargaan istimewa buat Umar al-Khattab.

Umar memiliki dua puteri dan lima putera, daripada isterinya yang bernama Zainab binti Mazh’un lahirlah Abdullah, Abdurrahman, Hafshah dan Ruqayyah. Dari isterinyan yang bernama Ummi Kulsum bin jarul lahirlah Zaid al-Ashgar dan Ubaidillah. Dan dari isterinya yang bernama Jamilah beliau memiliki seorang lagi anak lelaki bernama Ashim.

Umar al-Khattab seorang yang sangat berani, tegas, berpendirian teguh, berpandangan jauh dan banyak pekerti baik yang lain.

Keberanian beliau sangat terserlah semasa peristiwa umat Islam berhijrah ke kota Madinah. Beliau telah mencabar kaum kafir Quraisy untuk menghalangnya termasuklah tokoh-tokoh dan para pembesar Quraisy. Bahkan beliau melakukan tawaf secara terbuka.

Beliau adalah Khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab memegang jawatan Khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari.

Beliau merupakan pemimpin yang sangat jujur, zuhud dan sangat mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.

Dari awal pemerintahannya sebagai khalifah, Umar al-Khattab membuat undang-undang; ‘dari mana kamu mendapat harta ini?’.

Beliau tidak mahu umat Islam (terutamanya golongan pemimpin) memperolehi harta dari sumber dan cara yang haram. Umar al-Khattab juga tidak mahu para pemimpin mengumpulkan kekayaan.

Contohnya, jika seseorang gabenor itu mempunyai dua helai pakaian semasa dilantik, maka setelah berhenti kelak dia mesti mempunyai dua helai pakaian itu juga. Malah lebih baik jika ada sehelai saja sewaktu berhenti.

Ramai para sahabat, terutamanya yang memegang jawatan gabenor seperti; Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas, Amru bin al-Ash, Muadz bin Jabal, dan yang lain-lain ‘ditarik harta’ mereka semasa pemerintahan Umar al-Khattab. Ini kerana harta-harta mereka digunakan untuk Islam dan membantu rakyat.

Khalifah Umar al-Khattab tidak akan makan daging sehingga semua rakyat di bawah pemerintahannya makan terlebih dahulu.

Semasa memegang jawatan sebagai khalifah, Umar al-Khattab tidak tinggal di rumah bahkan hanya tidur dan berehat bawah pokok kurma di siang hari.

Beliau hanya mengenakan cukai terhadap penduduk yang kaya dan mewah, dan dikecualikan kepada golongan yang miskin.

Umar al-Khattab meninggal dunia pada 27 Zulhijjah tahun ke-23H ketika sedang mengimani solat Subuh.

Beliau telah ditikam sebanyak tiga kali oleh Abu Lu’luah seorang lelaki berketurunan Parsi.

Mengenai umurnya ketika meninggal: ada yang mengatakan dalam usia 50 tahun, ada yang menyebutkan dalam usia 57 tahun, yang lain mengatakan 60 tahun, ada lagi yang mengatakan 63 tahun dan sebagainya.

Selain itu, semasa memegang jawatan khalifah, banyak pembaharuan dan kemajuan yang dilakukan oleh Umar al-Khattab. Beliau juga adalah sebagai orang yang pertama:

  1.  Digelar Sebagai ‘Amirul Mukminin’
  2.  Menetapkan Kalendar Islam (Hijriyyah/Hijrah)
  3.  Mengenakan Hukuman Pukulan 80 Kali Kepada Peminum Arak
  4.  Mengharamkan Nikah Mut’ah
  5.  Memberikan Wang Kepada Bayi Yang Baru Lahir
  6.  Mewajibkan Zakat Terhadap Ternakan Kuda
  7.  Membahagikan Sumbangan Kepada Penghafaz Al-Quran
  8.  Memerintahkan Agar Semua Masjid Dinyalakan Lampu Pada Bulan Ramadan Agar Memudahkan Orang Ramai Berqiamullail
  9.  Mengarahkan Solat Jenazah Berjemaah Dengan Empat Takbir
  10.  Memperkenalkan Al-‘Aul Dalam Masalah Faraid (Harta Pusaka)

RUJUKAN
1. Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab oleh Ustaz Fawwaz bin Mohd Jan
2. Muhammad Husain Haekal, 2002, Umar bin Khattab, terj. Ali Audah, Al-Faruq ‘Umar, Pustaka Litera AntarNusa: Bogor.
3. Wiwid Prasetyo, 2013, Lilin Pun Dipadamkannya, Kemilau Publika: Selangor
4. Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong, Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2.

31 Julai 2019

10 Laman Web buat Design Untuk Orang Yang Tak Pandai Design! - BHG 1


Assalamualaikum semua.

Tajuk macam pelik sahaja kan? Okay, hari ni saya nak share 10 link laman web online yang amat berguna kepada sesiapa yang buat bisnes secara online atau kepada mereka yang sukakan kelainan, tetapi tidak tahu cara nak buat design yang pantas & menarik. Zaman sekarang ni semua benda boleh kita search hanya di hujung jari sahaja, amat rugi jika kita tidak guna dengan sepenuhnya. Tambahan pula makin banyak platform percuma yang boleh digunakan supaya posting kita nampak lebih profesional dan juga menarik. Orang tak pandai design pun boleh buat tau.

Tak percaya? Cubalah!!!

  1. Canva - satu template untuk membuat design posting dekat Facebook, iklan dan lain-lain lagi. Juga terdapat di dalamnya bank image yang free dan hi-resolution .
  2. Crello -  sama dengan Canva, kita boleh buat design secara online dan memudahkan proses reka bentuk dan sesuai digunakan oleh semua orang. Yang paling penting saiz boleh diperbagaikan untuk facebook, instagram, video, dalam macam-macam lagi.
  3. FBFontChanger - Ini bukan platform design grafik, tapi satu laman untuk mengubah font facebook anda untuk kelihatan lebih menarik, lain dari yang lain dan juga kelakar.
  4. Klex - Klex memudahkan anda membuat reka bentuk yang menakjubkan  untuk perniagaan, keluarga dan rakan anda.
  5. Figma - Reka bentuk, prototaip, dan mengumpulkan maklum balas semua dalam satu tempat dengan Figma.
  6. PhotoScape X - Nak edit gambar? Anda boleh guna platform ni, amat senang dan menyeronokkan,  (Tetapi anda perlu download dan install dahulu okay)
  7. SketchUp Make - Sketchup Free, ia adalah salah satu permulaan untuk berkarya. Ianya sangat senang digunakan dan percaya atau tidak, anda boleh buat plan lakaran bangunan berkonsepkan 3 Dimensi dengan hanya menggunakan SketchUp ini sahaja. (yang ni pun kena download & install dulu)
  8. FaceGarage - Betul ke percuma ni? Ya,  laman web ni sesuai untuk create Profile Facebook atau Cover Photos (Quotes Covers Maker, Cover Filters), kita juga boleh masukkan Filters dan Effect dekat gambar tu) & jika anda terlebih rajin, anda boleh explore banyak lagi !
  9. DesignBold - Satu platform edit gambar untuk mencipta kesan khas yang menakjubkan. Mudah! hanya pilih template, kemudian buat design.
  10. Tonomatograph - Anda boleh pilih template yang unik dari  koleksi Tonomatograph untuk create social media post, presentations, flyers, business card, poster, invitation card dan banyak lagi!

Nah!! dah tak perlu upah mahal-mahal dekat designer lagi kan? semua dah boleh buat sendiri sekarang tetapi, jika nak lagi menarik dan customize tentulah kena tanya graphic designer juga nanti, hehehe. Saya akan cuba share lebih banyak info pada posting yang akan datang, InsyaAllah .

Semoga bermanfaat untuk semua. 

Sekian Terima kasih

15 April 2019

Ketupat Palas, Ketupat Warisan Turun Temurun



Sebagai masyarakat melayu Nusantara, siapa yang tidak kenal dengan ketupat terutamanya ketupat nasi dan ketupat palas. Berbeza dengan negeri lain di Malaysia, Ketupat palas lebih mendapat sambutan di negeri-negeri pantai timur khususnya Terengganu dan juga Kelantan. Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. 

Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. 

Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Bagi yang menggemari ketupat palas, suka saya nak share satu ketupat yang memang sedap dan terbaik rasanya dari yang lain. Ketupat Palas Sri Selasih merupakan produk keluaran bumiputera daripada usahawan desa bernama Puan Rabiah dan anak-anak di Kg. felda Selasih, Besut Terengganu. Idea untuk menubuhkan produk ketupat palas ini muncul apabila mereka mendapat banyak permintaan dari luar Terengganu dan juga Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada April 1987, Ketupat Palas Sri Selasih mengekalkan keaslian apabila dibalut dengan menggunakan daun palas selain rasanya juga tidak berubah kerana resepi warisan asli daripada turun temurun.

Antara inti ketupat palas yang disediakan untuk pelanggan  :
  1. Ketupat Lemak
  2. Serunding Ayam
  3. Serunding Daging
  4. Serunding Ikan


Kepada yang ingin menempah bolehlah hubungi @ WhatsApp  di www.wasap.my/+60176996728/KetupatSriSelasih

Bagi yang ingin mengetahui lebih detail lagi, anda juga boleh like dan follow Facebook page rasmi Ketupat Palas sri Selasih di link ini.

#ketupatpalas #ketupatpalassedap #ketupat #warisanasli #ketupatpalassriselasih #malaysianfood #asian #malaysia #terengganu #republicofbesut #hariraya #

26 Februari 2019

PUBG Mobile Zombie Mode: 10 Tips dan Trik untuk bertahan pada malam hari

Siapa yang tidak tahu permainan Playerunknown's Battlegrounds (PUBG), yang berkisahkan Pertempuran diRaja (Royale) ini? Semua yang menggemarkan game online pasti tahu dan bermain permainan yang telah sedang 'hot' sekarang ini. Untuk anda yang belum tahu, PUBG ini merupakan game yang boleh dimainkan dalam telefon pintar (mobile) dan juga PC (lite).  Uniknya, pencipta PUBG iaitu  Brendan Greene pada mulanya tidak terfikir akan menjadi Game Developer sepenuh masa, dia sebenarnya seorang jurugambar dan pereka grafik. Greene juga bermain permainan Call of Duty dan Assassin 'Creed dan Greene mengatakan bahawa dia tidak suka bermain permainan tersebut. Itulah yang membuatnya mahu membuat permainan yang dia lebih suka. Kunci kejayaan genre Battle Royale atau PUBG adalah, anda sebagai pemain tidak akan tahu di mana musuh itu berada dan tidak akan tahu apa yang akan berlaku nanti, setiap kali anda bermain anda akan mendapat cerita dan pengalaman yang berbeza. Itulah sisi yang menarik PUBG yang tidak ada dalam game-game lain. Game ini mula berkembang di Malaysia pada tahun 2018,  dan menjadi kegilaan ramai termasuk golongan artis & juga selebriti.

Namun yang menariknya, pada 2 minggu lepas, setelah sekian lama ditunggu-tunggu,  PUBG Mobile 0.11.0 dengan kerjasama Resident Evil 2 telah memperkenalkan ZOMBIE MODE! Kemas kini yang terbaru memberikan kepada pemain beberapa perubahan termasuk senjata baru, design yang menarik dan yang paling penting karekter zombie yang sangat dinanti-nantikan. Kemas kini sudah tersedia untuk pengguna di kedua-dua Android dan iOS kepada yang ingin melibatkan diri  dengan permainan ini. 

Okay, untuk memudahkan anda, di bawah ini saya senaraikan 10 tips yang boleh anda ikut untuk memenangi Chicken Dinner dan bagi membantu anda  untuk mengalahkan serangan zombie dalam Mod Zombie Mobile PUBG:

  1. Terjunan Tepat (The Accurate Jump): Sama seperti mod lain, tempat pendaratan memainkan peranan penting semasa bersaing dalam mod "Zombie: Survive Till Dawn". Pilihan terbaik di sini adalah mendarat di tempat penduduk di Peta. Tempat penduduk seperti Pochinki akan mempunyai lebih ramai pemain yang akan membantu anda membunuh zombie. Tetapi anda kena ingat!! Bukan zombie sahaja musuh anda okay, pemain lain yang berjumlah 96 orang  (tidak termasuk team anda) juga adalah antara yang perlu anda kalahkan untuk memenangi Chicken Dinner.

  2. Kekal bersama kumpulan: Jangan berpecah terlalu jauh , ahli pasukan bukan sekadar skuad mereka adalah keluarga anda. Tidak mustahil untuk bertahan di Peta Erangel sahaja. Bila matahari terbenam adalah apabila sebahagian besar zombie berubah menjadi ganas dan mula menyerang pemain. Tinggal bersama sebagai satu pasukan dan bersatu membunuh mereka bersama-sama.

  3. Bekalan Ubat: Pastikan diri anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi seperti first aid, minuman tenaga, dan ubat penahan sakit. Malam yang gelap dan penuh dengan ketakutan, jadi seseorang perlu bersedia untuk menyembuhkan diri dan ahli kumpulan yang lain supaya dapat bertahan sehingga subuh.

  4. Gunakan Zombie Bomb: Cari Bom Zombie di rumah-rumah dan gunakannya apabila gelap dan takkala skuad anda dikelilingi oleh sekumpulan zombie yang berjalan kaki. Bom ini tidak akan membahayakan pemain tetapi akan membunuh semua zombie di sekeliling anda.

  5. Vaksin Zombie: Zombie tidak akan membuat kesan tapak kaki seperti musuh manusia tetapi akan muncul di mana-mana dan hati-hati,  apabila anda mendengar suaranya dia sudah ada di belakang anda. Semua zombie tidak akan  hilang walaupun anda berhenti menyerang mereka. Jika lemah, suntik vaksin zombi untuk mendapatkan kesan penyembuhan yang lebih cepat.

  6. Cari Kenderaan: Kenderaan adalah strategi yang kurang terperinci dalam mod zombie. Anda memerlukan dua perkara untuk melaksanakan strategi ini - kenderaan dan rumah (sebaik-baiknya cari bangunan dua tingkat). Gunakan kenderaan untuk menyekat pintu masuk ke bangunan. Ini akan menghalang zombie daripada memasuki bangunan tersebut yang memberikan anda cukup waktu untuk 'berkubu' dan menahan mereka sehingga subuh.

  7. Optimum penggunaan Senjata api: Zombie boleh dibunuh dengan peluru. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja malam menjelang, dia akan muncul dari mana-mana sahaja termasuk dari dalam tanah yang anda pijak. Sebaik sahaja anda berada dalam situasi ini, adalah penting untuk menggunakan peluru anda dengan bijak dan lebih berhati-hati. Sasarkan serangan tepat di kepala untuk menghapuskan mereka secepat yang anda boleh dan menjimatkan peluru untuk sampai ke subuh.

  8. Bunuh Boss Zombie: Semasa anda berjuang pada waktu malam, jangan lupa untuk 'stay allert' pada bos zombie yang besar. Membunuh mereka akan memberi anda lebih banyak imbuhan. Legenda mengatakan bahawa kadang-kadang mereka memberi anda 8X.Jika anda masih hidup selepas subuh, ambil apa yang ditinggalkan oleh zombie. Dengan senjata baru, peluru dan alatan peperangan yang ada, bersedia untuk serangan yang seterusnya.

  9. Bertindak apabila terdesak sahaja: Jangan bazirkan peluru anda dengan Zombie pada siang hari sahaja. Pemain lain cenderung untuk melibatkan diri dengan zombie dan menyebabkan kedudukan mereka dikesan dengan mudah. Ingat!!! Chicken Dinner hanya boleh dinikmati apabila pemain semua pemain lawan mati.

  10. Ketahui Perangai Ziombie (Zombie Behavior): Zombie yang akan muncul pada malam kedua akan lebih sukar untuk ditangani daripada yang awal. Cuba dan bertahan dengan semua jenis cara untuk menghapuskan zombie yang ada.


Kepada yang bermain PUBG, JOM  bermain dan bekerjasama dengan saya, Picasso8678 di dalam Mode Zombie.  Good luck dan selamat berjaya kepada kaki PUBG sedunia..hehehe