Pages

19 September 2014

Apa Itu Pemasaran Secara ONLINE


Kebanyakan pemilik bisnes beranggapan perniagaan internet ialah membina laman web kemudian menunggu trafik datang dengan sendiri, malangnya ia tidaklah semudah itu.

Untuk memastikan laman web anda berfungsi dengan baik, ia perlulah mempunyai rancangan pemasaran yang komprehensif. Itu tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk agensi pengiklanan! Anda boleh melakukan semuanya dengan sendiri.

Dalam laporan ini, saya akan memberitahu anda beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan lebih lagi manfaat dari laman web syarikat anda. Anda akan pelajari bagaimana untuk menggunakan laman web anda dengan betul, bagaimana untuk kekal berhubung dengan para pelanggan dan membina kesetiaan dan keyakinan antara mereka, pada masa yang sama mendapatkan pelanggan baru dan jumlah trafik yang lebih tinggi untuk laman web anda.

Laman Web Anda

Kebanyakan perniagaan menghabiskan ribuan ringgit untuk membina sebuah laman web yang pada pendapat mereka boleh memberikan keuntungan semula kepada mereka tetapi pada hakikatnya, kebanyakan perniagaan TIDAK memerlukan laman web yang mahal dan kompleks.

Mereka sebenarnya hanya perlukan sebuah minisite sahaja jika sekiranya anda ingin memasarkan ‘single product’ atau satu jenis produk sahaja. Kebiasaan minisite mempunyai tidak lebih dari 1 – 5 halaman yang memberitahu para pengunjung maklumat lanjut tentang syarikat atau produk yang dijual, maklumat untuk dihubungi, mendapatkan maklumat tentang pengunjung dan menawarkan lain-lain kupon dan insentif.

Anda perlulah memastikan yang laman web anda telah dioptimumkan untuk enjin-enjin carian. Pastikan anda meletakkan frasa-frasa yang berkaitan dengan perniagaan anda di bahagian tajuk dan kandungan laman web anda.

Ia juga hendaklah kelihatan profesional dan menarik supaya prospek tahu dan yakin bahawa syarikat anda boleh dipercayai. Jika tidak, laman web anda itu hanya akan menjatuhkan lagi reputasi perniagaan anda.

Jangan gunakan Flash! Laman web anda hendaklah dibina dengan HTML/CSS, gunakan Flash hanya untuk elemen-elemen visual yang minimum. Ini untuk memastikan laman web anda serasi dengan semua jenis browser!

Mendapatkan Trafik

Setelah anda memiliki sebuah laman web yang ringkas dan menarik, sekarang tibalah masanya untuk mendapatkan trafik. Kebanyakan trafik datang dari enjin carian, jadi anda perlu pastikan laman web anda mempunyai keyword-keyword yang penting di bahagian tajuk dan kandungannya.

Katakanlah anda menjual Keropok Lekor Power di Terengganu dan membina website untuk memasarkan secara online. 

Maka keyword-keyword yang berpotensi ialah:

- Keropok Lekor Power Pak Abu di Terengganu
- Keropok Lekor Power Abu Terengganu
- Keropok Lekor Power Terbaik di Area Terengganu
- Keropok Lekor Power Online – Terengganu

Semua itu hanyalah sebahagian keyword yang boleh membantu menarik para pengunjung ke laman web anda melalui enjin carian. Anda juga perlulah berusaha untuk memastikan laman web anda akan muncul apabila seseorang pengguna itu membuat carian yang relevan dengan bisnes anda dengan membina tajuk laman web dengan kreatif.

Contoh tajuk:

Keropok Lekor Power Pak Abu di Terengganu

Anda juga haruslah memasukkan frasa-frasa keyword tersebut di bahagian kandungan laman web itu sendiri. Untuk tujuan ini, anda perlulah menjadikannya dalam bentuk teks biasa, bukan imej ataupun Flash.

Local SEO

Saya sudah memberitahu anda tentang SEO secara umum seperti memasukkannya ke dalam tajuk dan kandungan laman web, tetapi masih terdapat aspek lain dalam mendapatkan trafik bisnes dari enjin carian.

Google (enjin carian #1 di dunia) memaparkan keputusan local sebelum senarai biasa dan anda haruslah memasukkan bisnes anda ke bahagian carian local secara khususnya, jika tidak laman web anda tidak akan muncul di sana. Pertamanya anda juga perlu ‘submit’ website anda dalam Google agar website anda tersenarai dalam ranking Google atau Yahoo.

Anda juga boleh mendaftarkan perniagaan anda menggunakan Google Places untuk itu, anda boleh melakukannya dengan mengisi borang online di bawah:



Anda juga boleh submit url website anda ke


Social Marketing

Banyak syarikat-syarikat yang tidak sesuai dengan social marketing. Tetapi jika demografik utama anda di bawah 40, maka social marketing boleh menjadi satu alat yang menakjubkan.

Facebook , Istagram,dan Twitter adalah berguna untuk kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Bina satu halaman peminat di Facebook dan dapatkan akaun Twitter untuk syarikat atau produk anda. Kemudian mulalah tambahkan kenalan-kenalan baru dari kawasan tempatan anda.


Pemasaran Offline

Anda juga boleh mempromosi laman web anda secara offline. Akhbar tempatan, majalah, iklan radio, papan buletin dan lain-lain sumber adalah tempat yang sesuai untuk mengiklankan laman web anda.

Jangan lupa untuk memberitahu para pelanggan anda tentang laman web anda juga. Sesetengah pemilik bisnes beranggapan mereka tidak perlu membawa pelanggan-pelanggan lama ke laman web mereka kerana bagi mereka laman web itu dibina adalah untuk mendapatkan pelanggan baru. Sebenarnya pendapat mereka adalah salah!

Menguruskan Database / Data Pelanggan

Adalah penting untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru, tetapi begitu juga untuk memastikan pelanggan-pelanggan lama terus setia. Dengan pembinaan senarai emel, anda boleh terus kekal berhubung dengan para pelanggan yang baru, lama serta bakal pelanggan, mengingatkan mereka tentang kewujudan bisnes anda dan semoga terus berurusan dengan anda! Antara data yang paling penting untuk anda dapatkan daripada pelanggan anda adalah nombor telefon, email, nama dan juga alamat.

Ini bermakna anda perlu mendapatkan bakal pelanggan ke senarai anda, juga seramai mungkin pelanggan-pelanggan lama. Anda boleh menggunakan flyer, pelekat atau kad bisnes dengan meletakkan alamat laman web anda padanya untuk memudahkan para pelanggan anda berurusan dengan anda. Pastikan juga anda memberitahu mereka dengan jelas tentang tawaran-tawaran istimewa, pengumuman tentang produk atau servis baru dan diskaun atau kupon dari masa ke semasa.

Menawarkan diskaun dan kupon kepada para pelanggan anda akan menyebabkan mereka terus setia berurusan dengan anda dan bukan dengan para pesaing anda!

Anda boleh cuba www.aweber.com atau www.getresponse.com untuk pengurusan senarai emel yang lebih baik.

Kesimpulan

Memasarkan bisnes online anda adalah jauh lebih mudah berbanding dengan apa yang disangka oleh kebanyakan pemilik bisnes. Apa yang anda perlukan ialah laman web yang ringkas, sedikit inisiatif dan beberapa jam untuk semuanya siap dibina.

Perniagaan online anda sebenarnya boleh bermula dan siap dibina secara keseluruhannya hanya dalam beberapa jam sahaja.

Di bawah ini adalah ‘checklist’ untuk panduan anda:
  1. Dapatkan laman web yang ringkas atau minisite yang mempunyai 1 -5 halaman.
  2. Submitkannya ke carian Google Local Business atau Google Directory
  3. Masukkan keyword dalam website anda
  4. Gunakan Facebook dan Twitter sebagai pemasaran
  5. Bina dan uruskan senarai emel

Semoga Bermanfaat untuk anda, Terima kasih