Pages

21 September 2016

Ciri-Ciri Orang Yang Dipengaruhi Dengan Dasim dan Angkatannya


Jika kita perhatikan di sekeliling kita, banyak tingkah laku dan perangai orang sekeliling yang sedikit sebanyak memberikan suasana yang tidak selesa dalam pejabat atau tempat kerja. Suka mengumpat, bercakap kosong, menghina orang lain, dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sudah adab manusia barangkali, tak kira bangsa apa, manusia sering lupa dengan ajaran agama dan nilai rohani iaitu bercakap sesuatu yang tidak benar boleh terjerumus ke dalam fitnah yang dasyat.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).

Faktor utama manusia terjerumus dengan gejala tersebut adalah hasutan daripada Iblis dan konco-konconya. Antara anak Iblis yang selalu berdamping dengan manusia untuk mengajar supaya membuat firnah bernama Dasim. Dasim adalah anak iblis yang bertugas untuk menghasut dan memecah belah rumah tangga manusia. Dikatakan ianya merupakan anak kesayangan Iblis kerana tugasnya adalah (memecah belah rumah tangga) dianggap sangat mulia dikalangan iblis. Dasim akan menimbulkan rasa benci dalam rumah tangga, dia juga yang membisikan ke dalam masyarakat untuk menyebarkan aib sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku bahkan sampai kepada perceraian.

Ciri-ciri orang yang suka berkawan dengan Dasim dan angkatannya :
  1. Banyak Menipu
  2. Pandai bercakap manis
  3. Suka memulakan percakapan
  4. Percakapannya lantang, lembut, sedap didengar, menyenangkan dan bersemangat .
  5. Suka melebih - lebihkan keadaan dan berita
  6. Meminjam nama seseorang seakan - akan dia bercakap mewakili orang itu .
  7. Mempunyai cita-cita yang besar
  8. Suka melihat orang mengalami kesulitan
  9. Pandai mengampu bos / majikan
  10. Di depan kita bercakap lain, di belakang lain jadinya
  11. Suka melaga-lagakan orang
              kesimpulannya adalah, berhati-hatilah kita dalam pergaulan seharian. lebih baik jaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata nista dan meyakitkan hati orang. Cuba muhasabah diri, dan tanya diri sendiri, kenapa kita suka melihat buruk orang sedangkan orang tersebut tidak sesekali membuat jahat kepada anda.

              Lebih malang, dalam diam-diam, hasil fitnahnya berjaya dengan bangganya sehingga seseorang hilang pekerjaan, rumah tangga berantakan, kesannya juga menyebabkan periuk nasi seseorang telah anda campur dengan kotoran sehingga anak bini sesorang merasai kesan yang dasyat dan berpanjangan. Betullah pendapat orang bijak pandai bahawa sikap sebenar seseorang itu boleh dinilai dengan cara percakapannya.

              Hati-hatilah kita semua dari terjebak dengan fitnah dan hasutan Iblis, Dasim dan konco-konconya.. Semoga kita mendapat rahmat hidayah dunia akhirat. Kami berlindung pada-Mu ya Allah, dari godaan syaitan yang terkutuk. Wallahu a'lam bish shawwab.

              Hitam hati rosaklah minda. Sekian...

              Cerita Seram - Hantu Pelaris Roti Tempayan


              Kejadian ni berlaku pd aku & family masa dalam perjalanan nk balik kg mertua aku di setiu,Terengganu. Kami bertolak pd hari jumaat jam 3 ptg lepas solat jumaat dari KL. Dalam family aku ada mak,ayah,aku,wife & anak kecil aku baru setahun. Dari KL ayah aku yang drive, dia bg chance aku rilek dlu sebab nanti masuk cherating dia ckp tukar driver pula. Setiba di cherating aku bertanya kt ayah aku nk tukar driver ke? tapi kita berhenti makan dulu sebab jam dah pukul 7.30 malam. Ayah aku kata nanti lah kita berhenti kt depan. Aku hanya bagi respon OK. Dari cherating sampai ke Kerteh aku tgk ayah aku drive je tak pulak ada tanda² dia nk berhenti makan. Tiba² dia berhenti kt sebuah kedai tepi jalan. Kedai tu terletak di antara kerteh nk ke paka. aku tak berapa ingat lokasi yg sebetulnya. Kedai nampak usang tp agak memeranjatkan org terlampau ramai. Yang dtg mkn silih berganti mcm pelanggan tak putus² dtg. Kedai tu sentiasa penuh nk order pun ambil masa. Menu utama yang aku nampak kt signboard tulisan tgn ROTI TEMPAYAN.

              Kami sekeluarga pn order tanpa syak apa².Dalam fikiran aku hanya fikir mungkin kedai lain tak buka kot tu sebab orang ramai. Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan. Masa ni aku pula yg drive. Elok masuk je dalam kereta anak aku menangis masa tu mak aku yg dokong anak aku ni. Aku tak syak apa² mungkin sebab dia penat kot jalan jauh. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aku perhatikan bila isteri aku ambil anak aku akan menangis tak tahu punca kenapa. so dalam perjalanan tu anak aku cuma duduk dgn mak aku je. Nasib lah mak ayah aku nk ikut aku balik rumah mak mertua aku kalau tak aku pn tak tahu nak buat apa.

              Kami sampai di rumah mak mertua aku ngam² pukul 12 tgh malam. Isteri aku turun untuk panggil org buka pintu dan pergi ke kereta balik untuk ambil anak aku tp masa tu anak aku masih lg menangis bila tgk isteri aku. Bila semua org dah masuk rumah anak aku masih menangis lg so mak aku decide dia jaga anak aku malam tu. Masa aku ambil barang untuk dimasukkan ke dlm bilik aku tgk isteri aku dah ada dalam tu. Aku ni jenis org yg pakai spec mata. so biasa klu pakai spec lama² mata jadi letih. Aku pn buka spec untuk gosok² mata sebab letih tak semena² aku terkaku sekejab lihat wajah isteri aku. Aku tenung melihat tanpa berkelip. Aku rasa lain je muka isteri aku ni. kenapa jadi putih plain mcm pelakon opera cina bila makeup. Aku tersedar bila isteri aku tegur dan bertanya kenapa pandang dia mcm tu? Aku hanya diam dan duduk di sudut katil. sambil berfikir.. mungkin sebab ni kot anak aku takut. Ada benda tumpang rupanya. Aku tidak bg tahu sesiapa pun dlm rumah tu sebab takut nanti semua org takut dan terjaga dari tidur.

              Aku biarkan saja cuma baca ayat kursi berberapa kali.tp macam tak jalan je. Mungkin aku ni kurang ilmu. Malam tu aku tidur ala kadar takut benda tu buat kacau.tapi Alhamdulillah sampai pagi tiada apa² yg aneh berlaku dalam rumah tu. Aku ingatkan benda yg menumpang tu dh pergi tapi sangkaan aku meleset,mana taknya anak aku masih lg tak nak kt isteri aku.Aku baru cakap kt keluarga aku yg aku nampak malam tadi,mungkin sebab tu anak aku tak nak dan menangis bila tengok isteri aku. Mak aku terus baca lah ayat ayat alquran (ayat dan surah mane aku tak pasti) dan minta isteri aku ikut bacaan dia dan lepas tu minta isteri aku pergi mandi air yg telah dia sediakan. Alhamdulillah lepas mandi anak aku terus nk dekat isteri aku.

              Kakak ipar aku bawa aku dan isteri pergi rumah pengamal perubatan islam dan minta org tu tengok kn kot² benda yg tumpang tu ada lg ke tak tapi alhamdulillah org tu cakap benda tu dah pergi dia cuma tumpang aje dan memang tak kacau.sambil berseloroh benda tu sesat kot.. ketawa org tu. Aku senyum je sambil tu aku usik bini aku ada benda yg berkenan le tu. Sekian.



              Ps* - kepada sesiapa yang ingin membaca pelbagai cerita seram menarik boleh layari laman blog berikut percumamovies.blogspot.my  . Terima kasih

              20 September 2016

              Kerana POMADE, Fesyen Anak Muda-Mudi Kembali Ke arah 50-an?


              Secara tiba-tiba tergerak hati nak post artikel berkaitan Pomade. Potongan rambut vintaj ala tahun 50an ini kembali menjadi trending pada hari ini. Saya ingat trend lagi zaman sekolah dulu, ramai budak-budak lelaki guna pomade jenis Tancho pada zaman tersebut, baunya memang kuat tapi tetapi terbaekkk...

              Antara artis yang menjadikan fesyen Pomade ini sebagai sumber pendapatan dan juga gaya style adalah Wak DoyokAmar Baharin dan Zizan Razak. Bagi anda yang mempunyai rambut lurus dan sedikit tebal, anda tidak mempunyai masalah untuk bergaya dengan potongan rambut vintaj. Caranya, belah rambut ke tepi, sapukan pomade dan biarkan ia semulajadi tanpa sikat dan sedikit bergelombang. Ada banyak gaya yang kita boleh buat sebenarnya.

              Sebenarnya Pomade mula trending di dalam pasaran Malaysia sejak awal tahun 2015 apabila ramai artis mula menggayakannya di majlis-majis tertentu. Kini jejaka Malaysia mula memberi tumpuan terhadap pomade bagi mendapatkan hasil rambut terbaik. Pomade juga sudah merebak di kalangan artis sukan antarabangsa terutamanya bola sepak. Antara artis sukan bola sepak yang menggunakan pomade adalah Ayoze Perez, Jack Grealish, Diego Costa, Olivier Giroud dan banyak lagi.

              Sebelum itu, apa itu pomade? 

              Pomade merupakan zat berminyak dan berunsurkan lilin yang digunakan untuk menghias gaya rambut. Penggunaan pomade benar-benar menjamin rambut anda kelihatan lebih rapi, berkilat dan kemas. Pomade yang mula popular sekitar tahun 1900an ini mengandungi sumber dari minyak kelapa, lanolin, wax dan pewangi. 

              Berbeza dengan wax, gel atau penyembur rambut, pomade tidak mudah kering dan mengeras namun memerlukan sedikit masa untuk membersihkannya. Namun, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencuci rambut menggunakan produk khas (de-greaser). Anda juga boleh menggunakan air suam serta minyak zaitun untuk membersihkan rambut anda.

              Pomade pula terbahagi kepada 2 jenis:
              1. Water Based
                Jenis pomade ini memiliki daya ketahanan/hold yang cukup baik dan mudah untuk dibersihkan dengan air. Bukan berarti semua pomade water based daya ketahanannya rendah ya, ada beberapa produk pomade yang daya ketahanan sangat kuat. Untuk pomade jenis ini juga sangat sesuai bagi anda yang banyak menghabiskan kegiatan di indoor sebab efek dia tidak bertahan lama. Hanya sekitar 6 jam.
              2. Oil based
                Jenis pomade ini memiliki daya ketahanan/hold yang cukup tinggi dan kuat namun sedikit sukar untuk dibersihkan dengan air. Perlu dicuci bersama shampoo. Pomade oil based ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki kegiatan di outdoor sebab kesan dia boleh tahan sehingga 12jam!
              Di Malaysia, antara pomade yang mudah didapati dan popular adalah Suavecito, Layrite, Bona Fide, Shiner Gold dan banyak lagi. Terdapat juga pomade buatan Malaysia seperti Malaya Pomade dan The Matt Pomade yang pertama berunsurkan halal dan suci. Ada juga produk yang nyata laris di pasaran seperti Pomade Wak Doyok, harganya pun hanya RM35.00 dan bnyak yang terjual baik di Malaysia dan Indonesia,

              Anda semua juga kena hati-hati, zaman dahulu banyak pomade yang dibuat dan dijual di pasaran menggunakan campuran lemak Khinzir. Jadi pemilihan pomade yang betul-betul halal harus menjadi keutamaan kita sebagai umat Islam. Lagi satu pastikan pomade yang anda beli dan gunakan tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

              Jika sesiapa yang berminat untuk membeli pomade dengan harga yang berpatutan boleh hubungi saya baik melalui email atau pun membuat pertanyaan melalui blog ini. Nak jadi lelaki sejati? Biar ada Gaya! hehehehe....