Pages

31 Oktober 2018

Hukum Sambut Perayaan Halloween

Sekadar gambar hiasan.

Soalan: Apakah hukum menyambut perayaan Halloween?
Jawapan:
Definisi Halloween
Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.
Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.
Sambutan Halloween
Halloween disambut dikebanyakan negara bukan Islam pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau."
Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.[1]
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Hukum Berkenaan Dengan Halloween
Dikatakan  di sini bahawa menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.  
Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. Riwayat Abu Daud (4031)

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]
Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i'tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]
Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.
Pendapat Badan Fatwa
Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam. Ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah.[2]
Fatwa dari islamweb.net mengatakan bahawa merayakan hari Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam. Ibu-bapa dilarang untuk menghantar anak untuk turut serta dalam perayaan ini.[3]
Pendapat Ulama’
Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid juga mengatakan haram bagi umat Islam menyambut hari Halloween kerana menyerupai orang kafir.
Sheikh Dr. Ahmad Sa’id Hawwa ahli Syrian Islamic Council mengatakan bahawa haram bagi umat Islam untuk menyambut hari Halloween. Halloween menurut beliau adalah hari yang suci yang di sambut oleh penganut masihi dan umat Islam dilarang untuk mengikuti dalam perayaan mereka.[4]
Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Tambah beliau lagi, selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Valentine’s Day dan April’s Fool juga haram diraikan kerana berkait rapat dengan unsur agama lain. Tambah beliau lagi, sambutan-sambuntan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.
Penutup
Kesimpulannya, kami tegaskan sekali lagi bahawa hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
3 November 2015 bersamaan 21 Muharram 1437H

Sumber : 

30 Oktober 2018

Himpunan Hadis Mengenai Solat

Sumber gambar dari majalahpama.my

“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat” (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Aisyah radhiallahu ‘anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Dua rakaat sunat fajar (yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya).” [Riwayat Muslim]

Nabi s.a.w bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” [HR Muslim]

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim, hendaklah ia menjaga shalat lima waktu.” (HR.Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” (HR: Abu Daud & al-Tarmizi)

“Rasulullah bila menghadapi suatu dilema (situasi yg sukar dan membingungkan) beliau shalat (Sunnah).” (HR Ahmad)

Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (HR Muslim)

“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud.” (HR Muslim)

“Rasulullah s.a.w shalat dhuha 8 rakaat dan melakukan salam setiap dua rakaat.” (HR.Abu Daud)

‎”Solat Dhuha mendatangkan keberkatan rezeki dan menolak kemiskinan, tiada seorang memelihara solat Dhuha melainkan seorang ahli bertaubat. Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, niscaya diampuni dosanya oleh Allah, sekali pun dosanya sebanyak buih di lautan” (riwayat At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: “Anak kunci syurga ialah solat.” (HR. Imam Ahmad)

“Sesungguhnya yang petama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik, maka baik pula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu.” (HR. An Nasa’I : 463)

“Bila engkau melakukan sholat maka sholatlah kamu, seperti orang yang akan meninggalkan alam fana” (HR Ibnu Majah & Imam Ahmad)

“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al – Hakim)

“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat” (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Aisyah radhiallahu ‘anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Dua rakaat sunat fajar (yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya).” [Riwayat Muslim]

Nabi s.a.w bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” [HR Muslim]

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim, hendaklah ia menjaga shalat lima waktu.” (HR.Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” (HR: Abu Daud & al-Tarmizi)

“Rasulullah bila menghadapi suatu dilema (situasi yg sukar dan membingungkan) beliau shalat (Sunnah).” (HR Ahmad)

Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (HR Muslim)

“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud.” (HR Muslim)

“Rasulullah s.a.w shalat dhuha 8 rakaat dan melakukan salam setiap dua rakaat.” (HR.Abu Daud)

‎”Solat Dhuha mendatangkan keberkatan rezeki dan menolak kemiskinan, tiada seorang memelihara solat Dhuha melainkan seorang ahli bertaubat. Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, niscaya diampuni dosanya oleh Allah, sekali pun dosanya sebanyak buih di lautan” (riwayat At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: “Anak kunci syurga ialah solat.” (HR. Imam Ahmad)

“Sesungguhnya yang petama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik, maka baik pula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu.” (HR. An Nasa’I : 463)

“Bila engkau melakukan sholat maka sholatlah kamu, seperti orang yang akan meninggalkan alam fana” (HR Ibnu Majah & Imam Ahmad)

“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al – Hakim)


Sumber : Pautan

25 Oktober 2018

Teka-Teki Dalam Al-Quran



Dapatkah anda menjawab Teka Teki ini ?
  1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
    Jawapan: 6236 ayat

  2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
    Jawapan: 114 surah.

  3. Surah apa tiada Bismillah?
    Jawapan: Surah Taubah

  4. Ayat pertama dalam Al-Quran?
    Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim

  5. Wahyu terakhir diturunkan?
    Jawapan: Optional: Banyak khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yang hebah = al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat-ayat mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

  6. Ada 6 perkara..jika 6 ditolak 6 bersamaan 0, tetapi jika 6 ditolak dengan (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) jawapannya jugak adalah 0 ... Apakah ia?
    Jawapan: Rukun Iman

  7. What is more powerful than Allah
    More evil than The Devil
    The Poor has it
    The Rich doesn't need it
    If you eat it, you'll die
    the answer is:.............................?
    Jawapan :
    NOTHING (!)
    NOTHING is more powerful than Allah
    NOTHING is More evil than The Devil
    The Poor has NOTHING
    The Rich doesn't need NOTHING
    If you eat NOTHING, you'll die

  8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah. memandangkan Surah Taubah tiada "bismillahirrahmanirrahim "maka sepatutnya ada 113 "bismillahirrahmanirrahim" tetapi bila dikira balik ada 114 "bismillahirrahmanirrahim" dalam surah manakah letaknya "bismillahirrahmanirrahim" yang satu lagi?
    Jawapan: Dalam surah an-naml ayat 30. Ayat dlm Surah An-Naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada Ratu Balqis.

  9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tapi Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin tak boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun kehairanan, mcam manalah dua air laut ni tak boleh bercampur. (Jika anda ingin melihat video boleh klik pautan ini-> https://www.youtube.com/watch?v=X-U44fzBa0I)
    Soalannya - manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?
    Jawapan: surah ar-rahman ayat 19-20 
    "ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

  10. Dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yang pendek. Terdapat satu surah yang panjang ini, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai habis, dalam satu masa. Apakah Surah ini?
    Jawapan: Surah Al-An'am.

  11. Surah ape yang tiada huruf Mim...?
    Jawapan: Surah Al-Kauthar

  12. Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
    Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
    sebab bunuh Habil..pada zaman tersebut cuma ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda.Dan Qabil adalah 1/6 dari manusia pada ketika itu.

  13. Surah yang memiliki dua basmalah?
    Jawapan : Adalah surah An Naml (Semut) pada ayat 30

  14. Mahkota dan keindahan Al Quran 
    Jawapan: Adalah surah Ar Rahman

  15. Jantung Al Quran 
    Jawapan: Surah Yasiin

  16. Surah terpanjang 
    Jawapan: Surah Al Baqarah 6.

  17. Surah terpendek 
    Jawapan: Al Kautsar

  18. Ayat terpanjang dalam Al Quran 
    Jawapan:  ayat ke 282 dari Surah Al Baqarah

  19. Ayat terpendek dalam Al Quran 
    Jawapan: Thaha

  20. Huruf pertengahan dalam Al Quran 
    Jawapan: huruf Ta’

  21. Kata terpanjang dalam Al Quran 
    Jawapan: Fa asqaina kumuhu (Al Hijr 22)

  22. Kata paling pendek dalam Al Quran 
    Jawapan: Adalah "Ba" dalam Basmalah

  23. Surah yang pertama kali turun 
    Jawapan: Al Alaq

  24. Surah yang terakhir turun 
    Jawapan: AL- Nashr

  25. Jumlah Juz dalam Al Quran 
    Jawapan: 30 juz

  26. Ayat-ayat yang bilamana orang yang mendengarnya atau membacanya sunat bersujud dan jika dibaca dalam solat pula jika Imam sujud kita wajib sujud.
    Jawapan:
    Ada empat ayat 
    - As-Sajdah ke-32, 
    - Fushilat ayat ke -41, 
    - Al Najm ayat ke-53, 
    - Al Alaq ayat ke-19

  27. Jumlah Basmalah dalam Al Quran
    Jawapan: Ada 144

  28. Ayat yang paling penting dalam Al Quran
    Jawapan: Ayat Kursy

  29. Surah yang diseluruh ayat-ayatnya menyertakan kata Allah 
    Jawapan: Adalah Surah Al Mujadalah

  30. Surah yang tidak terdapat huruf Fa didalamnya
    Jawapan: Adalah Al Fatihah

  31. Awal turunnya Al Quran
    Jawapan: Adalah 17 Ramadhan tahun pertama kenabian
    Al Quran turun kepada Rasulullah Saw selama 23 tahun (menurut riwayat yang mahsyur) sebanyak 95 surah turun di Mekkah dan 19 lainnya turun di Madinah.
Sekian, Semoga bermanfaat untuk semua..

Sumber : Pautan

19 Oktober 2018

'Zakir Naik Malaysia'

sumber dari Facebook Ustaz Auni Fans
Seremban: “Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed, 41, yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamadunan Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.

Selain itu, ada beranggapan Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Lebih mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” katanya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai pendidikan katanya, beliau belajar di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa gemilangnya Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Auni, dia begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri.

“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Auni berkata, dia bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Ditanya kebolehannya berceramah tanpa membaca kitab selain memberikan fakta yang unik, Auni berkata, dia mempelajari kaedah mengingat daripada gurunya.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Katanya, dia bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 5:58 AM

Politik Di Pejabat: Nasihat Buat Adik-adik yang Ingin Memulakan Kerjaya

Sekadar gambar hiasan

Seekor Kerbau yang BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata…

1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang :

”kawan, saya sangat penat…. besok nak rehat sehari suntuk…”

2. Anjing berjumpa Kucing di sudut tembok :

”Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing :

Kerbau komplain dan bising-bising sebab bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!”

4. Kambing berjumpa Ayam

”Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos… mungkin ada bos lain yang lebih baik…”

5. Ayam bercerita kepada Monyet :

Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!”

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos :

Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain! Dia pun ada cakap macam-macam yang tak elok pasal bos. Dah lama saya perhatikan…”

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

===========================================================

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Allahu’alam…

16 Oktober 2018

Di Sebalik Kisah Peta Piri Reis Yang Hebat

Sumber gambar dari : biografi.kamikamu.net

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Istanbul, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemukan hingga tahun 1818!

Mereka mengkaji lagi. Mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang!Sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat dari kulit rusa.

Peta aneh tersebut ditunjukkan kepada Arlington T. Mallerey, seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula ‘lega’ kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenal kompas dan bintang-bintang!Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin ditunjukkan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.

Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey karena peta tersebut ternyata sangat tepat!

Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.
Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H Hapgood dan Richard W Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahwa peta kuno itu kemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit!!

Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)

Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.

Peta itu adalah karya Muhiddin Piri Reis. Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16.

RIWAYAT MUHIDDIN PIRI REIS

Piri Reis lahir pada 1465, di Gallipoli, Turki, yang merupakan wilayah pantai. Ayahnya bernama Haci Mehmet, sedangkan bapa saudaranya merupakan seorang laksamana terkenal ketika itu, Kemal Reis.
Seperti anak-anak yang pada umumnya yang dipengaruhi suasana sekelilingnya, sejak kecil lagi beliau bergelut dengan pantai dan kebiasaan untuk berlayar. Tidak menghairankan ketika umurnya baru 12 tahun, beliau telah bergabung bersama bapa saudaranya, Kemal Reis.

Meskipun masih remaja, rupanya beliau sarat dengan pengetahuan. Beliau tidak merasa kekok berlayar bersama bapa saudaranya. Dan masa itu menjadi awal kepada kerjayanya mengharungi lautan dan samudera bersama Kemal Reis. Selama 14 tahun Kemal Reis memberi bimbingan kepada anak saudaranya itu.

Sepak terajang Kemal Reis di laut lepas, membuatkan Kesultanan Uthmaniyyah memberinya kedudukan terhormat di Angkatan Laut Diraja pada tahun 1494. Tambahan pula tenaganya membuatkan angkatan laut Kesultanan Uthmaniyyah semakin kuat. Mereka terkenal, dengan perjuangan tanpa akhir bagi tegaknya Islam.

Bergabungnya, Kemal Reis di angkatan laut kesultanan, membuat Piri pun akhirnya bergabung pula beberapa saat kemudian. Ia tetap berada di bawah arahan bapa saudaranya, walaupun beliau telah mula dipercayai untuk memimpin pasukan kecil.

Setiap selang waktu, Piri seringkali pulang ke kampung halamannya. Di sana beliau tidak tinggal diam, namun mencatatkan setiap apa yang dilihatnya dari perjalanannya selama ini ke dalam sebuah karya; peta. Terbukti, pada 1513 ia mampu menghasilkan sebuah peta dunia. Dalam karyanya itu, ia memetakan Laut Atlantik serta pantai-pantai di Eropa, karyanya diberi tajuk I-Bahriye.

Pada 1516-1517 Piri Reis mendapat mandat untuk memimpin pasukan Uthmaniyyah melawan Mesir. Dalam kesempatan ini Piri berlayar ke Kaherah melalui Nil dan kemudian menggambarkan sebuah peta dan memberikan maklumat yang terperinci tentang wilayah tersebut.

Setelah Mesir bergabung dengan kesultanan Uthmaniyyah, Piri memiliki kesempatan melakukan hubungan peribadi dengan pemegang tampuk kekuasaan di sana, Yavuz Selim. Beliau memperlihatkan peta hasil buatannya kepada sang sultan. Hasil karyanya itu juga ditambahkan ke dalam Bahriye.

Pertempuran dahsyat Piri alami juga bersama bapa saudaranya ketika melawan pasukan dari Venesia pada 1520. Dan pasukan Uthmaniyyah saat itu mampu memukul mundur pasukan musuh. Hal ini merupakan kemenangan yang besar bagi Uthmaniyyah.

Kegembiraan yang beliau rasakan beberapa saat kemudian berubah menjadi duka. Bapa saudaranya yang dikasihi, Kemal Reis, gugur akhirnya. Untuk menggantikan posisi Kemal Reis, pihak pemerintah kemudian malantik Piri Reis menjadi laksamana Kesultanan Uthmaniyyah.

Meskipun Piri telah menjadi laksamana yang begitu padat kegiatannya, beliau tetap meluangkan masanya untuk menuliskan catatan perjalanannya selama ini. Pada 1528 sampai 1529, Piri melengkapi peta pertamanya yang tercantum dalam I-Bahriye.

Kali ini, beliau berhasil memetakan wilayah Barat Daya Atlantik, sebuah wilayah yang disebut dunia baru yang terletak dari Venezuela hingga bagian selatan Greenland. Jadi tidak hanya kemenangan di laut yang beliau rasakan.

Dengan kenyataan ini, Piri Reis juga telah memberikan sumbangan bagi ilmu pengetahuan, terutama Geografi dan Nautika atau Ilmu Pelayaran. Ilmu yang mereka kembangkan tidak hanya berguna bagi kalangan Islam, namun kepada seluruh dunia.

Sang waktu terus merambat. Piri Reis, sang laksamana, telah memberikan sumbangan bagi kebesaran Kesultanan Uthmaniyyah, juga keharuman Islam. Ia telah melakarkan prestasi besar dengan karyanya I-Bahriye yang menjadi panduan bagi orang-orang setelahnya, dalam berlayar. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1554.

Semua karyanya akhirnya dijumpai oleh dunia moden. Itulah yang diceritakan pada awal artikel ini. Ketepatannya dan bagaimana ia difoto dari pandangan atas amat menghairankan ramai orang. Sehingga ada pendapat yang mengatakan ia menggunakan teknologi makhluk asing!Ada juga pendapat yang mengatakan ia adalah peta yang dibuat oleh bangsa-bangsa yang hilang seperti Atlantis ataupun Lemuria. Bangsa-bangsa ini dikatakan mempunyai tamadun dan teknologi yang tinggi.

Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti Illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander yang Agung, 8 peta karya ahli geografi Muslim, 4 peta Portugis, dan 1 peta hasil karya Columbus.

Kemudian peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkas menjadi satu peta dunia. Ini sesuai pengakuan Piri Reis, ”Di dalam abad ini (Pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya, ” kata Piri Reis lagi, ”Dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta … maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai …”
Walaupun begitu, bagaimana Piri membuat pengubahsuaian sehingga menghasilkan peta yang begitu tepat dan benar melampaui kronologi sejarah amat mengkagumkan. Malah sangat tepat jika ditinjau dari segi kronologi geografi.

Contohnya, Greenland digambarkan sebagai dua pulau yang berbeza. Kejanggalan ini akhirnya pupus setelah ada penyelidikan yang dilakukan ekspedisi kutub yang dilakukan ilmuwan Perancis. Mereka menyatakan bahwa ketika itu terjadi gempa yang membuat lapisan ais merekah dan menghasilkan ruang pemisah.

Pada Januari 1966, di majalah Fate, Profesor Charles H Hapgood menjelaskan penemuan yang mengagumkan tersebut. Ini merupakan hal yang luar biasa, Piri dapat memetakan tempat di mana seorang pun tidak dapat menemukan Antartika hingga 1818.

Menariknya, Hapgood benar-benar tercengang, betapa lengkapnya peta tersebut dan langsung mengubah anggapannya selama ini bahwa orang-orang Islam tidak memiliki ilmu kartografi yang baik!. Ilmuwan Jerman, P Kahle, melakukan analisis dan mengiktiraf bahwa Piri merupakan seorang ahli kartografi yang handal dan terhebat sepanjang zaman.

Jadi bagaimana dengan kita sebagai umat Islam?Adakah kita masih memikirkan bahawa Islamlah pembawa kemunduran, kolot dan ketinggalan zaman? (atau agama keganasan?-ini adalah pandangan paling primitif pada masa kini). Kita diajar di sekolah tentang sumbangan tokoh-tokoh Barat kepada kemajuan dunia, sehingga tergenggam ijazah di tangan pun masih manis mulut memuji-muji kecerdikan tokoh-tokoh Barat.

Tahukah anda para sarjana Barat benar-benar mengagumi para ilmuwan Islam dahulukala?Tahukah anda bahawa untuk membina superkomputer Blue Gene/L (ini adalah superkomputer yang terpantas di dunia, selaju 136.8 teraflop persaat-trillion pengiraan titik perpuluhan persaat) nenek moyang para jurutera IBM yang hidup pada zaman kegelapan Eropah terpaksa melutut meminta secebis ilmu daripada pensyarah-pensyarah mereka yang beragama Islam di universiti-universiti seluruh empayar Islam. Para cendekiawan Barat hari ini telah menulis banyak buku yang merakam sumbangan dunia Islam kepada dunia. Tetapi buku-buku seperti ini cuba digam, diharamkan atau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Ini yang berlaku kepada Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Florina, di dalam ucaptamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

“at this civilization was driven more than anything by the invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its mathematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers and the creation of encryption. Its doctors examined the human body and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nations were afraid of ideas, this civilization thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilizations, this civilization kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I’m talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent”

Terjemahan maksudnya:
“Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Bangunan reka bentuk arkiteknya yang menentang graviti.. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila halangan mengancam ilmu daripada tamadun silam, tamadun ini menghidupkan ilmu dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung”.

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucaptama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya…
Inilah perangai buruk Barat… masih angkuh, sombong dan sanggup bersusah payah menipu serta mengubah sejarah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Pautan Pautan , Pautan

15 Oktober 2018

​Kisah Yahudi Menyihir Rasulullah SAW


Sekadar gambar hiasan

Peristiwa Yahudi menyihir Rasulullah SAW dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun 7 Hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar, maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq. Mereka bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah SAW.

Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

Bersama bahan-bahan tersebut dibuat patung berupa Rasulullah SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan.

Maka dengan izin Allah jua ditakdirkan, Rasulullah SAW pun terkenalah sihir selama 40 hari.

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Hal ini disebut dalam banyak hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas r.a., Ibnu Majjah r.a., Muslim r.a., An-Nasai r.a. dll.

Daripada Syaidatina Aisyah r.ha. menceritakan, bahawa Rasulullah SAW mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.

Perkara yang telah dilakukan, Rasulullah SAW merasa ragu-ragu sama ada sudah dilakukan atau tidak dan Baginda merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.
Kerana itu pada suatu hari (atau suatu malam) Rasulullah SAW berdoa, kemudian berdoa dan berdoa lagi.

Lalu datang dua malaikat berupa dua orang laki-laki menemui Rasulullah SAW ketika Baginda sedang tidur.

Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Rasulullah SAW.

Malaikat yang berada di sebelah kaki bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kepala Baginda:

“Apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?”

Malaikat yang di kepala menjawab: “Thabb.”

Malaikat yang di kaki: “Apakah Thabb itu?”

Malaikat yang di kepala: “Sihir.”

Malaikat yang di kaki: “Siapakah yang menyihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Lubaid Al A’sham, seorang Yahudi.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apa disihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Sikat dan rambut yang gugur beserta mayang kurma kering.”

Malaikat yang di kaki: “Di manakah sihir itu diletakkan?”

Malaikat yang di kepala: “Dalam bungkusan daun tamar di bawah batu besar dalam telaga keluarga Zarwan.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apakah kita akan merawat dan memulihkan Muhammad ini?”

Maka malaikat di kepala pun membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas).

Rasulullah SAW kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut.

Setelah sampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai, kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.
Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui ‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu.

Seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah SAW.
Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.

Kemudian Rasulullah SAW membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam.

Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya.

Maka dengan izin-Nya, Rasulullah  SAW dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.

Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Daripada Anas ibnu Malik r.a. pula beliau menceritakan:

“Bahawa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah  SAW. Maka kerana hal tersebut, Rasulullah SAW mengalami sakit tenat.

Ketika para sahabat datang untuk menjenguknya, mereka menyangka, bahawa hal itu hanyalah disebabkan sakit biasa.

Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua-dua surah ini.
Malaikat Jibril akan mengubatinya dengan membacakan kedua surah itu.

Lalu Rasulullah  SAW keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat dan segar-bugar.”
Aisyah bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?”

Baginda menjawab:
“Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.”

Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam sahaja barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)

Dalam hadis lain pula:
“Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Rasulullah  SAW.

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui kisah ini.

Sumber: Pautan

13 Oktober 2018

Apa Itu Deposit Sewa Rumah / Bilik?


Sekadar gambar hiasan

Deposit sewa adalah sejumlah wang yg dibayar oleh penyewa kepada tuan rumah setelah persetujuan untuk menyewa di unit milik tuan rumah beserta syarat2 dicapai antara dua pihak.
Jumlah Deposit adalah sama dengan jumlah sewa unit sebulan.

Contohnya : Sewa 1 unit adalah RM500 maka depositnya juga  adalah 1 bulan RM500.
Jumlah deposit ditetapkan oleh Tuan Rumah dan tidak terhad.
Kebiasaan yang kita selalu lihat adalah :
1+1 bermaksud 1 bulan deposit + 1 bulan sewa
2+1 bermaksud 2 bulan deposit + 1 bulan sewa
Deposit dikenakan untuk:
1.  Mengelakkan penganiayaan penyewa terhadap tuan rumah berlaku
2. Untuk melindungi hak serta aset2 yg berada di unit tuan rumah sepanjang disewakan kepada penyewa.

Situasi menyewa tanpa deposit :
Pak Samad menyewakan rumahnya kepada Khalish tanpa sebarang deposit.
Pak Samad sudah memberitahu kepada Khalish dia haruslah penyewa untuk tempoh lama sama ada 6 bulan atau 12 bulan.

Khalish bersetuju dan mula menyewa 1HB Januari dan membayar sewa RM500 pada hari tersebut.

Pada 15HB Khalish merasa dia tidak selesa di rumah itu dan berniat hendak keluar sebelum hujung bulan Januari. Dia tidak memberitahu Pak Samad kerana Pak Samad sudah pasti tidak setuju kerana pada awalnya Khalish setuju untuk menyewa untuk tempoh yg lama.

Khalish juga berfikir dia tidak mengalami apa2 kerugian kerana dia tiada sebarang deposit yg dipegang oleh Pak Samad. Cukup bulan dia berpindah keluar.

Pak Samad cuba mengubungi Khalish untuk meminta sewa bagi bulan Februari tetapi Khalish tidak dapat dihubungi lagi. Pak Samad melawat rumah sewanya dan mendapati Khalish sudah berpindah keluar, kunci hanya dicampakkan ke dalam rumah dari luar. Pak Samad dapati pelbagai kerosakan dibuat termasuk peti ais, katil patah dan bil utiliti yang tertunggak.

Dalam situasi ini oleh dasar percaya dengan kata2 Khalish, Pak Samad telah dianiaya. Pak Samad terpaksa mencari penyewa baru serta membayar kos baiki kerosakan, bil eletrik dan air selama Khalish menetap disitu.

Jika pada awal Khalish dikenakan sewa deposit 1 bulan sudah pasti dia tidak ingin mengalami kerugian dan mahu kan deposit nya kembali. Sudah pasti Khalish akan memberitahu Pak Samad secara baik sebelum dia ingin berpindah.

Pak Samad akan mempunyai masa sebulan untuk menyediakan deposit sebelum Khalish berpindah keluar. Khalish juga akan membayar bil eletrik dan air untuk mengelakkan ia ditolak pada deposit.

Situasi Deposit 2+1 atau 1+1 :
Timah menyewakan rumahnya kepada Leha 1+1 pada 1HB Januari.
Pada hari Leha menyewa dia telah membayar 1 bulan sewa + 1 bulan deposit kepada Timah.

Masuk 1HB Februari dan Leha tak mampu bayar sewa meminta tempoh tangguh sewa sebulan daripada Timah. Oleh kerana dasar kesian dan budi bicara maka Timah bersetuju.

1HB Mac genap dua bulan Leha menyewa rumah Timah. Leha menghubungi Timah utk meminta sewa 2 bulan utk bulan yg tertunggak Februari dan bulan terbaru iaitu Mac.

Oleh kerana Timah tak dapat hubungi Leha jadi beliau melawat rumah yg disewakan itu. Leha telah pun berpindah keluar. Dia tidak memberitahu Timah atau memberi notis sebulan.

Timah telah dianiaya seperti Pak Samad dan terpaksa mencari penyewa baru dan membayar 2 bulan  bil eletrik dan air.
Leha mengambil kesempatan atas budi bicara Timah.

Sekiranya Timah menyewakan rumahnya dengan 2+1 deposit situasi ini sudah tentu tidak akan berlaku. Kenapa ?
Dengan 2 bulan deposit, Leha akan mengalami kerugian jika dia pindah keluar tanpa notis.

Timah mungkin akan setuju utk memberi tempoh tangguh sewa 1HB Februari sehingga 1HB  Mac kepada Leha.
Tetapi 1HB Mac Leha mintak tangguh lagi sudah pasti Timah tidak akan bersetuju.
Disini Timah berhak memberi memberi kata putus kepada Leha iaitu pindah keluar 1hb April.

Timah akan mempunyai masa sebulan utk mencari penyewa baru. Timah jugak tidak mengalami kerugian dimana Leha telah membayar 2 + 1.

Sewa Januari telah dibayar. Deposit 2 bulan Leha akan digunakan utk cover bulan Februari dan bulan Mac. Bererti 1HB April Leha tidak lagi boleh menyewa di rumah Timah.

Ini sebabnya kenapa kita lihat utk menyewa Rumah, Kondo @ Apartment Tuan Rumah akan mengenakan deposit secara 2+1.

1+1 adalah sangat tidak relevan lagi terutama jika tuan rumah sering menjadi mangsa buli penyewa. Budi bicara dan janji serta kata2 penyewa tidak mampu memberi keadilan kepada Tuan Rumah.
1+1 kebiasaanya akan banyak di offer di lokasi seperti PPRT, Flat, Rumah kos rendah. Kadang-kadang tiada deposit pun ada, penyewa hanya masuk bayar sewa sahaja.

Kenapa begini? Kita kena faham lokasi, kemudahan serta tahap keselamatan adalah memainkan peranan dalam menentukan kos sewa sesuatu tempat.
Jika anda tidak kisah tentang soal keselesaan, keselamatan, kemudahan jd tidak ada masalah bagi anda menyewa di lokasi PPRT, Flat.

Tetapi amatlah tidak logik jika kita demand nk sewa tanpa deposit, deposit 1+1, Nak bilik single dgn harga bawah rm300 di Kondo atau Apartment yang berdekatan dengan kemudahan awam lain seperti stesen bas, sekolah,  MRT dsb.

Jika anda duduk di kawasan pinggir bandar seperti Batang Kali atau Kuala Kubu Baru itu adalah logik. Jika kita tahu kemampuan kewangan, maka sewa lah setakat mana kita mampu.

Jika anda seorang tuan rumah dan menyewakan unit tanpa deposit itu adalah risiko anda sendiri. Contoh di atas adalah pengalaman bertahun-tahun kami sebagai owner rumah.

Penyewa yang baik adalah ramai, tetapi ada segelintir penyewa yang suka ambil kesempatan atas kebaikan owner. Yang tak baik itulah yang menyebabkan huru hara dekat semua orang lain.

Seeloknya owner kena buat perjanjian dengan penyewa secara bertulis dan tandatangan saksi. Hal ini amat penting bagi mengelakkan penipuan oleh kedua-dua pihak sebab adanya hitam putih yang jelas (jangan lupa untuk cop LHDN juga).

Sebagai tuan rumah, buat la pemilihan yang tepat dalam mengambil penyewa, dan jangan sewakan dekat warga asing yang bermasalah ye. Nanti haru biru jadinya...

Sekian, semoga bermanfaat.

Terima kasih