Pages

31 Disember 2015

2015 Di Penghujung, Anda Sudah Bayar ZAKAT?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena hujung tahun ini terdetik hati nak menulis berkaitan dengan ZAKAT. Bagi penganut agama Islam, kita diwajibkan membayar zakat jika sudah menepati syarat-syarat tertentu, tetapi ramai umat Islam di negara kita hanya bayar zakat Fitrah sahaja pada setiap kali sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya, ada beberapa lagi kategori zakat yang kita tidak ambil maklum iaitu ZAKAT HARTA yang merangkumi ; Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat Pertanian dan Zakat Ternakan.

Zakat pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Ianya diklasifikasikan sebagai harta yang ikhtilaf untuk dikenakan zakat, namun zakat ini telah diwajibkan pada tahun 1997 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Terkecuali negeri Perak sahaja pada tahun 2004 telah mewartakan bahawa zakat pendapatan adalah tidak wajib dikutip. 

Bagi saya, jika kita sudah dikategorikan sebagai mampu untuk membayar zakat, bayarlah walaupun sedikit kerana Allah pasti akan mengcukupkan / menambah kembali rezeki tersebut berlipat kali ganda nanti, InsyaAllah. Namun ramai umat Islam khususnya di Malaysia masih belum memahami konsep berzakat dan masih ramai umat Islam yang belum melaksanakan tuntutan ini walaupun mereka sudah dikategorikan mempunyai pendapatan yang berlebihan pada setiap bulan @ tahun.

Setiap individu yang ingin mengeluarkan zakat perlu memahami syarat-syarat bagi wajib membayar zakat.  Antara Syarat-Syarat WAJIB membayar zakat adalah :
  1. Orang Islam (Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja).
  2. Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik - (Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat).
  3. Harta tersebut telah cukup Nisab - (Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas).
  4. Cukup Haul - (Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi).

Secara amnya anda akan peroleh dua hikmah dalam berzakat antaranya dapat  MENSUCIKAN DIRI, dan juga MENYUBURKAN HARTA. Manakala jika dilihat secara khusus, zakat mempunyai banyak hikmah lain terutama jalinan sosial & tanggungjawab kita kepada umat Islam yang lain, Perincian HIKMAH berzakat antaranya:-
  1. Dapat mensucikan diri  dari dosa, membersihkan diri dari perasaan bongkak dan tamak pembayar zakat.
  2. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  3. Sebagai ungkapan rasa syukur ke atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala, di kalangan orang yang berada, kerana asal kekayaan itu adalah daripada Allah jua.
  4. Sebagai sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (muallaf)
  5. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat 
  6. Membentras penyakit iri hati, rasa benci dan dengki  orang fakir dan miskin terhadap orang kaya, dan sebagai pengikat sialturrahim antara golongan kaya dengan yang miskin serta sebagai penghapus jurang yang menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah
  7. Memberikan peluang kepada golongan kaya untuk beramal ibadat melalui mengeluarkan zakat dengan mengagihkan sebahagian kecil kekayaan mereka kepada golongan yang kurang berada.
  8. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  9. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  10. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  11. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
Untuk mereka yang terlalu sibuk dengan urusan perniagaan dan bekerja, banyak saluran yang boleh kita guna untuk membuat bayaran zakat. Saluran alternatif lain untuk bayaran zakat boleh dibayar melalui Bank Islam (TAP), Cimb Click, Maybank2u dan banyak lagi selain dari pergi sendiri ke kaunter. Jika anda bekerja di KUALA LUMPUR misalnya, bayaran Zakat boleh dibayar kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP) yang menjadikan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sebagai medium untuk membuat pembayaran.

Urusan PPZ juga sangat bagus dan memudahkan, anda boleh terus buat pembayaran secara dalam talian menerusi LINK PPZ ini. Dalam laman web tersebut juga kita boleh buat pengiraan tentang jumlah sebenar zakat pendapatan kita dengan mudah. Anda tidak perlu risau, segala transaksi akan direkodkan dan resit bayaran boleh dicetak secara dalam talian pada bila-bila masa. Hal ini penting bagi memudahkan anda membuat tafsiran cukai setiap hujung tahun nanti.

Keistimewaanya dari sudut lain. Jika anda buat bayaran zakat, tentu sahaja anda akan dapat pengecualian CUKAI 100% apabila anda declare cukai di LHDN melalui e-filing nanti. Contohnya jika anda bayar zakat RM1000, cukai pendapatan anda juga akan diberi keistimewaan potongan RM1000. Rasanya di negara lain tiada yang macam ni kecuali negara yang rakyatnya majoriti Islam.

Akhir kata, bagi saya.. dalam membayar zakat niat hati kita kenalah ikhlas. Lebih penting kita buat bayaran zakat ini adalah niat untuk sucikan harta dan menyumbang ke arah kebajikan, bukan untuk untuk mendapatkan rebat cukai semata-mata.. Sekian sahaja.

Selamat menyambut tahun baru 2016. Terima kasih.

*Anda sudah bayar Zakat? ('-') Sebarang Info lanjut anda boleh layari laman web www.zakat.com.my

28 Disember 2015

EMAS Disebut dalam Al Quran



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

EMAS atau GOLD sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi iaitu sekitar 3000 - 4000 tahun sebelum masihi sampailah ke hari ini. Nilai emas tidak sesekali akan pudar, malah makin bertambah bernilai jika dijadikan perhiasan dan simbol kekayaan peribadi.

Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas (dinar dan dirham) dalam jual beli. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Emas tidak akan jatuh nilainya kerana EMAS tetap EMAS. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas.

Jika ditanya, mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu pada zaman sekarang? Saya bukan nak tunjuk pandai atau hebat, tetapi saranan tersebut terang-terangan dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kita menyimpan emas & perak. Hadis tersebut berbunyi begini ;

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." - (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).


Hadis tersebut telah terbukti betul-betul berlaku pada hari ini kerana antara sedar atau tidak, jual beli menggunakan dinar emas telah dipadamkan oleh 'si mata satu' sejak dari kejatuhan kerajaan Uthmaniyah lagi. Tengok sahaja nilai ringgit kita pada masa sekarang, sara hidup rakyat makin parah disebabkan kenaikan mendadak dan turun naik harga barang dan komoditi, kesan tersebut meyebabkan nilai mata wang setiap negara tidak sama rata dan ada negara yang hampir muflis. Sebabnya senang, negara tersebut terlalu banyak hutang dengan Bank Dunia sehingga menyebabkan WANG kertas sendiri tiada nilai, malah makin jatuh berbanding dollar. 

Ahli politik pula saling bertelagah dan tunding jari sesama sendiri. Politik? saya tidak mahu ulas panjang, cukup sekadar anda nilai sendiri dengan membaca surat khabar dan ikuti perkembangan semasa baik dari internet atau televisyen.

Namun dalam artikel ini saya akan bercerita tentang EMAS sahaja. Antara sedar atau tidak, terdapat banyak ayat-ayat dalam Al Quran yang menceritakan tentang EMAS. Berikut merupakan antara ayat-ayat berkaitan dengan emas yang disebut di dalam Qalamullah tersebut untuk panduan kita semua, antaranya adalah;


Ali ‘Imran, ayat 14
Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)
Ali ‘Imran(3), ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.
Al-A’raaf(7), ayat 148
Dan kaum Musa, setelah bepergian (Musa ke gunung Sinai) mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan melenguh (bersuara) dari perhiasan (EMAS). Apakah mereka tidak mengetahui bahwa (patung) anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan). Mereka adalah orang-orang yang zalim.
At-Taubah(9), ayat 34
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih
At-Taubah(9), ayat 35
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.
Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul
Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)
Faathir(35), ayat 33
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.
Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)
Az-Zukhruf(43), ayat 53 
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)
Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)
Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata.

Kesimpulannya, EMAS amat penting pada zaman sekarang untuk dijadikan simpanan tetap atau pelaburan setiap bulan. Sekarang di Malaysia ramai peniaga Melayu ISLAM yang terlibat dengan jual beli /pajak gadai emas termasuk penubuhan Ar Rahnu bercirikan ISLAMIC di setiap negeri. Ini memang BAGUS... 

Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak, setiap kali ke bandar Jerteh saya tengok banyak pajak gadai milik orang bukan Islam. Lebih pelik ramai orang Melayu yang pajak emas di situ padahal sistem di situ tidak berunsurkan islamic. Rupa-rupanya pada masa itu orang kita tiada pilihan, jual beli emas hampir 90% dikuasai oleh orang bukan Islam. Tetapi situasi sekarang dah banyak berubah, ada pelbagai Ar Rahnu berkonsepkan Islamic di negara kita antaranya Ar Rahnu YaPEIM, Ar Rahnu Bank Rakyat, Ar Rahnu Bank Islam dan sebagainya. 

Akhir kata, suka saya nasihatkan kepada semua dan diri sendiri supaya buatlah simpanan emas. Cara saya adalah..dapat je gaji setiap bulan terus bahagi 5, sebahagian besar melabur, sebahagian lagi bayar hutang /bil- bil utiliti, sebahagian simpan (untuk kecemasan), sebahagian beli emas dan sebahagian lagi bersedekah/ zakat/ bagi dekat mak ayah. Paling tidak sekurang-kurangnya simpan 1 gram emas pada setiap 1 bulan... insyaAllah pasti berguna suatu masa nanti.

Sekian sahaja dari saya. Terima kasih


* Jika ada sebarang pembetulan atau kesalahan ayat quran atau hadis di atas saya mohon maaf dan sila maklumkan untuk diubah sebagai rujukan generasi yang mendatang.




21 Disember 2015

Cara Buka Akaun Semasa Untuk Syarikat di CIMB Bank


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sudah tidak update blog, hari ni saya nak berkongsi tentang kepentingan dan cara-cara nak buat akaun semasa syarikat.

Jika anda peniaga atau seorang usahawan, amat penting jika anda mengasingkan wang bisnes dan wang peribadi terutama akaun bank yang menjadi tempat masuk gaji setiap bulan. Sebabnya, jika kita menggunakan akaun peribadi sebagai duit transaksi berniaga dan jumlah transaksi tersebut lebih daripada 10 kali sehari, pihak bank mungkin akan block akaun kita untuk sementara waktu. Masalah ini kita tidak boleh salahkan pihak bank 100% kerana memang tugas diorang untuk buat semakan, cuma benda ni mungkin akan jadi semakin leceh jika kita nak guna wang tersebut dengan kadar segera, tetapi tidak dapat masuk ke akaun sendiri.

Satu lagi kemungkinan, jika kita adalah pembayar cukai, transaksi yang tidak munasabah dan melebihi jumlah gaji bulanan kita berkemungkinan akan memberi masalah semasa proses declare cukai tahunan nanti. Jadi bagi saya, cara yang selamat adalah membuat akaun syarikat bagi yang meniaga secara talian atau sampingan...Ok, Jika anda berfikiran seperti saya sila ikut langkah-langkah dibawah ini:
  1. Dapatkan dulu BORANG buka akaun dekat mana-mana cawangan CIMB Bank dan isi siap-siap.
  2. Cari INTRODUCER. Sebelum ni CIMB Bank tak perlu ada introducer untuk buka akaun syarikat, dan saya dapat tahu dari pekerja CIMB yang syarat ni mula dibuat pada awal tahun 2015....(Sungguh melecehkan) Biasanya Introducer yang diterima oleh CIMB adalah mereka yang syarikatnya sudah lebih 1 tahun ada current account syarikat di bawah CIMB bank. Kalau tidak jumpa jugak orang yang sudi jadi Introducer minta tolong mana-mana staff CIMB yang kita kenal samada kita pernah buat loan rumah, peribadi atau adik-beradik dengan dia. Nanti pihak CIMB akan semak latar belakang staff berpandukan ID Staff tersebut dan mengesahkan secara panggilan telefon. Introducer tersebut pula TIDAK perlu datang ke CIMB Bank bersama-sama dengan kita, dia hanya perlu isi borang kecil berkaitan dengan nombor akaun, nama syarikat, tanda tangan dan juga COP syarikat dia sahaja.
  3. Daftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Slip Pendaftaran SSM,  Sila bawa juga Sijil Syarikat ASAL yang dikeluarkan oleh SSM semasa register nama syarikat dulu. Kalau syarikat tu milikan tunggal senang, kita seorang diri boleh datang ke CIMB bank, cuma kalau syarikat Perkongsian sememangnya sedikit leceh, sebabnya, kita kena bawa partner kita tu datang bersama-sama untuk buka akaun.
  4. MyKad hendaklah dibawa. Sebaik-baiknya sila pastikan CIP MyKad berfungsi dengan baik.
  5. COP Syarikat. Sebelum datang untuk buka akaun, anda perlu buat COP syarikat peribadi sendiri. Proses nak buat biasanya tak lebih dari 3 hari bekerja dan ada kedai yang boleh buat instant service, kita  terus dapat cop tu tak sampai 1 jam tetapi bayarannya mahal la berbanding yang ditempah 3 hari. Jenis Cop yang kena bawa bergantug pada budi bicara pihak pengurusan bank samada ber Bentuk PETAK atau BULAT. Dekat Cop tu hanya letak NAMA SYARIKAT dan No pendaftaran Syarikat sahaja, tetapi anda kena sedia... ada juga  sesetengah cawangan CIMB yang cerewet nak kena standby COP yang lengkap dengan Nama Syarikat dan juga Alamat Lengkap. Untuk tidak menyusahkan, saya sarankan anda buat dua-dua jenis COP sekali gus. Harganya pun tidak mahal sangat dalam RM50.00 untuk dua cop.
  6. Kena sediakan Duit RM1,000.00 (satu ribu untuk bukak akaun syarikat). Tapi ianya tidak dibayar semasa pendaftaran. Duit RM1000 ni akan dimasukkan setelah pengesahan dibuat dan permohonan diluluskan dari Bank Negara dalam masa 5-10 hari bekerja.
  7. Apabila akaun syarikat anda telah diaktifkan. Anda boleh buat Kad ATM serta buka akaun Online bagi perkhidmatan CIMB click, memang lagi senang bila berurusan dalam talian.
  8. Selepas Seminggu datang semula pada cawangan yang anda buka akaun untuk mengambil buku Cek..Itu sahaja cara-cara buka akaun syarikat bagi yag berminat dengan CIMB Bank.
Kenapa saya pilih CIMB Bank? Sebabnya senang sahaja, sistem perkhidmatan online nya boleh dikatakan terbaik setakat ini, tahap security yang tinggi, ada apps yang boleh download melalui telefon pintar di samping cas transfer yang murah antara mana-mana bank dalam negara. 

Dari segi cas, jikalau kita transfer daripada akaun CIMB sendiri ke akaun CIMB pelanggan, kita tidak akan dikenakan cas langsung kecuali kalau kita hantar pesanan info penerimaan  ke no telefon penerima melalui sms. Tak silap saya dalam 21 sen termasuk GST sekali transferTetapi had limit transfer online CIMB Click adalah RM 30 ribu sehari, kalau nak buat transfer lebih kena pergi ke kaunter bank sendiri.

Kalau anda nak buka akaun syarikat saya sarankan baik anda buat cepat-cepat. Sebabnya, prosedur untuk buka akaun syarikat semakin lama semakin leceh. Tidak mustahil juga lepas ni mungkin ada mana-mana bank akan mewajibkan syarat kena ada lesen perniagaan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) sebagai syarat wajib untuk buka akaun syarikat. Untuk makluman, syarat lesen PBT tu kita wajib daftar alamat kedai, tak boleh buat alamat rumah. Kalau kita berniaga online atau part time kecil kecilan macam mana? mesti susah nak buat kan..

Buat masa ini CIMB Bank memang terbaik dan tentu sahaja Maybank pesaing rapatnya. Itu sahaja info dari saya, kalau salah mohon perbetulkan. Terima kasih & Selamat berjaya

07 Oktober 2015

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-50 Masjid Negara

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Masjid Negara ke-50 yang dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965. Upacara pembukaan tersebut telah diserikan dengan kehadiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga adalah tertakluk kepada 6% GST.
2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga adalah tertakluk kepada 6% GST.
3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga adalah tertakluk kepada 6% GST.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 2,000 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.
Nota: Harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

Reka Bentuk Duit Syiling
Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:
1. Bahagian Hadapan Duit Syiling
Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan imej Masjid Negara dan perkataan Masjid Negara dalam tulisan bahasa Jawi. Perkataan JUBLI EMAS MASJID NEGARA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1965 - 2015” dan landskap Masjid Negara pula dipaparkan di bahagian bawah reka bentuk syiling tersebut.
2. Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan logo perayaan sempena sambutan Jubli Emas Masjid Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” pula dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera di bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 Ogos 2015 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat-pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

12 Julai 2015

Tips Jimat Duit Semasa Raya


Baru-baru ni, satu video berkaitan dengan Celik Kewangan telah tersebar di laman-laman sosial. Saranan itu dibuat oleh seorang pakar kewangan ketika ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV 1 berkenaan isu Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji .

Berikut merupakan salah satu daripada dialog temubual tersebut:


“Tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel.

“Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah,” ujarnya.

Dan ada beberapa perkara lagi berkaitan dengan 'tips jimat cermat semasa beraya' yang aku rasa macam malas nak ulas.
___________________________________________________________________

Secara peribadi aku tidak berapa setuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut dalam menyuarakan pendapatnya. Mungkin pendapat itu sekadar pandangan peribadi beliau tetapi sepatutnya ia lebih fokus tentang tips dan cara untuk menjimatkan kewangan di hari raya, bukannya terus kata tahun ni jangan balik kampung kalau nak jimat.

Umum sudah tahu tradisi rakyat Malaysia yang mengamalkan "balik kampung" setiap kali menyambut perayaan dan aku yakin tradisi ini tidak akan pupus walau secanggih mana pun teknologi dan masa berlalu. Sebabnya adalah, ramai pekerja bandar mencari pekerjaan di bandar-bandar besar khusunya Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain, tak kira la dari Utara, Selatan atau Timur, mereka-mereka ini adalah orang kampung seperti aku, jadi sambutan hari raya seakan lesu kalau tidak balik beraya bersama saudara-mara dan sahabat lama di kampung.

Antara Tips sendiri yang dirasakan berguna untuk berjimat di hari Raya adalah:
  1. Berkongsi kenderaan secara berjemaah- Share duit tol dan minyak secara ramai-ramai satu langkah yang bijak, secara tidak langsung kita dapat mengurangkan karbon dioksida (ayat cikgu sains), hehe
  2. Beli tiket promosi yang murah dan awal - Kebiasaanya banyak syarikat penerbangan yang buat promosi murah dua tiga bulan sebelum raya, rajin-rajin la buka website dan survey. Contohnya Air Asia, Firefly, Malindo Air, MAS dll
  3. Bagi duit raya secara berhemah - Sebagai contoh kalau dulu kita bagi dekat budak-budak RM2, sekarang cuba bagi dalam RM1 atau 50 sen je, bergantung kepada budget masing-masing. hehehe
  4. Simpan duit Tak Boleh Sentuh dalam akaun berasingan - Maksudnya simpan duit khas untuk kegunaan perancangan sebelum, semasa dan selepas raya supaya anda tidak berada dalam keadaan pokai selepas raya nanti
  5. Guna baju raya 2 tahun lepas - Tips ni berkesan untuk lelaki sahaja kot. Baju melayu bagi lelaki ada design yang sama cuma warna je berbeza. So pakai je yang dua tahun sebelum, jangan pakai yang Raya tahun lepas nanti kantoi
  6. Rancang cuti sebelum dan selepas Raya - Cuba rancangan cuti, balik dan pulang awal untuk elak kesesatan lalulintas yang teruk, kalau kita terperangkap dekat tengah-tengah highway confirm la lagi banyak minyak
  7. Kawal pembelanjaan puasa untuk kegunaan semasa raya - Jangan berbelanja sesuka hati di bazar ramadhan. Aku sendiri lebih suka isteri yang masak, cuma beli sedikit kuih je untuk buat pencuci mulut semasa berbuka.
  8. Balik guna motorsikal - Untuk yang bujang, mungkin cara ni amat penat dan risiko kena hujan tinggi, tetapi kalau dirancang dengan berhati-hati cara ni memang menjimatkan terutama kepada mereka yang suka konvoi beramai-ramai
  9. Jangan beli mercun- Budaya main mercun ni aku tidak pasti orang kita ambil dari mana, tetapi masa kecil aku juga suka main mercun. Tetapi lepas dah tiba-tiba mercun ketupat meletup dekat tapak tangan, terus fobia sampai sekarang. So, nak jimat jangan beli mercun, tengok orang main boleh lah.
  10. Rancang pembayaran hutang wajib - jika anda mempunyai hutang kereta, buat bayaran lebih untuk dua tiga bulan sebelumnya, contohnya kalau kereta kita bayar RM500 sebulan, bayar lebih jadi RM600 atau RM650 untuk cover bulan hadapan dan seterusnya. Bila sampai bulan raya dah tak payah bayar sebab dah cover sebulan yang kita lebihkan sebelum ini

Sekian sahaja 10 tips jimat semasa berhari raya, mungkin ada lagi tips lain yang aku tidak perasan atau terlepas pandang. Semoga selamat perjalanan untuk balik ke kampung nanti.

Terima kasih dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.






25 Jun 2015

Keliru Nama Makanan Samada Halal dan Haram?


Di mana tempat yang sedap nak makan? Sedap ke makanan tu…” Itu antara dialog yang biasa kita dengar tentang. Jarang sekali kita dengar: “Di mana tempat yang halal nak makan? Halal ke makanan tu…”
ini menunjukkan bahawa pengguna Islam di Malaysia sentiasa bersangka baik tentang status halal sesuatu produk.
Lebih-lebih lagi kecanggihan teknologi makanan dunia menyebabkan umat Islam keliru dengan status halal sesuatu produk terutama setelah dijenamakan semula.
Sering timbul pertanyaan bolehkah menggunakan perkataan ‘halal’ untuk bak kut teh, hamburger, hot dog, beef bacon, turkey ham, bir dan lain-lain.
Akhir-akhir ini, media massa juga banyak membangkit isu menggabungkan nama ‘halal’ dengan istilah yang mengelirukan dan haram. Terutamanya isu bir halal yang menjadi polemik kepada orang Islam.
Begitu juga dengan nama beef bacon, hamburger, chicken ham digunakan oleh restoran dan hotel untuk menarik golongan bukan Islam atau pelancong asing.
Walaupun ia adalah daging lembu atau ayam tetapi dengan nama tersebut dapat menunjukkan ia seolah-olah atau coraknya seperti daging babi.
Sebenarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah lama mengharamkan nama-nama ini kepada industri halal untuk mendapatkan sijil halal.
Semua ini bertentangan dengan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Malaysia Standard MS 1500:2009 yang menjadi asas kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pengurusan pensijilan halal.
Ini bermakna Jakim dan JAIN tidak akan mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana syarikat atau produk yang menggunakan nama-nama yang dikaitkan dengan perkara haram.
Dalam perkara 4.5 (g) Prosedur Pensijilan Halal Malaysia menyatakan: “Permohonan pensijilan halal ditolak sekiranya mengunakan perkataan atau nama yang sinonim dengan perkara yang haram seperti bak kut teh dan sebagainya.”
Dalam klausa 3.7.4 MS 1500:2009 juga menyebut: “Makanan halal dan bahan perasa tiruan halal, hendaklah tidak menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan atau merujuk kepada makanan tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon, bir, rum dan sebagainya.”
Sebab itu Jakim tidak boleh memberi sijil halal kepada bir yang didakwa halal. Tidak semestinya tidak mabuk itu adalah halal. Haramnya kerana ia adalah najis.
Pengharaman sesuatu produk mengambil kira banyak perkara termasuk bahan yang digunakan, cara proses, peralatan dan kesan kepada pengguna selain sumber al-Quran dan hadis.
Sheikh Dr. Yusof Al-Qaradaawi (Tokoh Maal Hijrah 2009) dalam bukunya Halal wal Haram fil Islam (Halal dan Haram Dalam Islam) menjelaskan dalam prinsip ketujuhnya, akan ada manusia akan membuat tipu daya dengan menggambarkan perkara yang haram itu dengan ditukar namanya kepada halal.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Nanti akan ada segolongan dari umatku yang menganggap minuman khamar itu halal dengan menamakannya dengan nama-namanya yang lain”. (riwayat Ahmad).
Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud: Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Lantaran itu, peranan Jakim bukan hanya mengeluarkan sijil halal kepada produk atau syarikat semata-mata tetapi juga melihat kesan ke atas generasi Islam yang memakan produk tersebut.
Jika diberikan sijil halal kepada nama-nama tersebut di Malaysia maka apabila ke luar negara nanti generasi ini juga beranggapan nama-nama tersebut adalah halal.
Atas alasan itu Jakim memainkan peranan tanggungjawab agama dan sosial tidak mengeluarkan sijil halal kerana mencegah adalah lebih baik daripada berubat.
Kita tidak harus merosakkan fikiran generasi yang telah rosak kini dengan nama haram yang dihalalkan.
Justeru dicadangkan agensi lain yang terlibat seperti Kementerian Pelancongan, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain yang terlibat supaya tidak membenarkan nama-nama haram digabungkan dengan perkataan halal untuk tujuan promosi atau sebagainya supaya pengguna tidak terkeliru.

_____________________________________________________________________

Salam.


Petikan di atas saya ambil dari Utusan Malaysia.

Entah kenapa rasa macam nak post isu makanan pada bulan ramadhan ni. Isunya adalah Halal Haram. Saya sendiri pernah terlibat dengan perbincangan dengan satu group di Facebook. Ada seorang pemuda post video Bacon yang sedang dimasak bersama-sama dengan keju. Nampak sedap...siap dengan cairan keju panas. Tetapi dia sedar atau tidak istilah bacon tersebut adalah daging babi yang sememangnya haram dimakan oleh penganut Islam... ramai orang kita yang masih tidak berhati-hati dalam penggunaan nama yang tidak halal dalam perbincangan seharian. 

Lebih malang, ada segelintir Melayu dalam group tersebut yang bekerja dengan hotel @ restoran cuba backup pemuda yang post 'bacon' tersebut dengan mengatakan bacon Malaysia Bacon halal, terbukti halal dan macam-macam lagi. Stop membebel, bagi saya 'BACON' adalah istilah kepada nama 'Daging babi yang dihiris nipis, disalai dan dilumurkan dengan garam'. Budak-budak yang selalu tengok rancangan masakan Astro pun tau kan. 

Kesimpulannya, Lebih baik JANGAN letak nama yang sememangnya haram dekat daging lembu, ayam, atau kambing yang halal. Takut ia mengelirukan budak-budak yang tidak tau. Lebih baik jika terus panggil daging tu Daging Lembu Salai atau Daging Lembu Bakorrr. habis cerita, hehe. Sekadar coretan sebelum berbuka puasa.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa:)


Sumber Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

26 Mei 2015

Berhati-hati Memilih Kawan atau Sahabat



Islam memandang persahabatan sebagai nilai yang terpenting dalam menentukan nasib, hala tuju dan masa hadapan kehidupan seseorang itu.

Para ahli psikologi berpendapat bahawa jiwa anak remaja amat mudah untuk dipengaruhi baik dalam pergaulan dan juga berkawan. Islam mengambil berat berkaitan sikap anak muda ini sehingga menekankan kepada penganutnya supaya berhati-hati dalam memilih kawan atau sahabat. Sebagai seorang ayah atau ibu, jika kita mahu lihat perangai sebenar anak-anak kita semasa berada di luar rumah, lihatlah dengan siapa dia berkawan atau bersahabat.

Antara pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
  1. Pertama
    Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

  2. Kedua
    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

  3. Ketiga
    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

  4. Keempat
    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  5. Kelima
    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
________________________________________________________________

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat yang sejati.

Golongan Yang Patut Dihindari Daripada Bersahabat
  1. Suka bermuka-muka
  2. Pendengki yang amat
  3. Meninggalkan kita apabila susah, datang apabila kita senang
  4. Suka mengapi-apikan antara satu sama lain
  5. Bercakap belakang
  6. Suka mencari salah orang lain
  7. Payah menerima nasihat
  8. Apabila mendapat kerja dia suka membuat alasan (Malas)
  9. Suka membazir masa
  10. Tidak tepati waktu
  11. Suka ponteng kerja
  12. Hasad dengki meruap-ruap setiap kali bercakap
  13. Suka berpuak-puak
Jika diamati, golongan tersebut sebenarnya boleh diubah, cari tunjang utamanya  (punca) sebab dia menjadi begitu, cuba ajak ke arah kebaikan. Sesungguhnya Allah tidak merubah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. {QS. Ar Ra'd : 11}

Akhir kata, berhati-hatilah dalam memilih sahabat dan juga dalam pergaulan. Nasihat di atas dituju kepada diri sendiri dan adik-adik yang masih bersekolah serta dah berkerjaya.  

Berhati-hatilah memilih kawan.

Rosak pada masa muda merupakan penyesalan teramat pedih di hari tua...

Sekian.

14 Mei 2015

10 Asas Jepun Menjadi Maju



  1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu mata pelajaran yang dinamakan “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
  2.  Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
  3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
  4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
  5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
  6.  Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
  7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
  8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.
  9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pinggan.
  10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Kredit Kpd: Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini,

22 April 2015

Terbukti Rezeki itu Milik Allah..



Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki. Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit. Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan. Apatah lagi dalam yang banyak.

Bersyukur bukan bermakna kita harus mudah berasa puas hati dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita malas untuk berusaha lebih gigih. Dan kita juga tidak seharusnya tiada lagi keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Bersyukur biarlah kena pada konteks dan tuntutan syariat Islam. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Jangan pula sesekali menyesali nasib diri dan menyalahkan takdir Ilahi.

Allah telah berfirman..

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [Al-Baqarah : 245]


P/S : Petikan di atas saya ambil daripada Semanis Kurma TV9 untuk iktibar kita semua.

______________________________________________

Kelmarin, nak dijadikan cerita datang seorang pemuda dalam lingkungan 30-an ke office kami yang terletak di pusat bandar KL, dia cerita secara panjang lebar tentang masalahnya, anak masih kecil dan perlukan susu dalam tin yang mahal tu untuk menyusu. 

Cerita punya cerita saya cungkil sedikit demi sedikit tentang latar belakang dia. Katanya dia berasal dari Terengganu, isteri orang Sabah dan ada dua orang anak masih kecil. Sekarang menumpang dekat bangunan khidmat masyarakat yang khas untuk golongan gelandangan dan diberi tempoh selama 5 hari sahaja duduk disitu. 

Dia keluar senyap-senyap dan dia bagitau isteri dia nak cari kerja, tidak boleh bawa isteri dia , kalau bawa jugak, isteri dia akan menangis sebab tak boleh terima hakikat terpaksa minta duit orang untuk beli susu anak. 

Katanya lagi, dia terpaksa keluar cari kerja yang boleh bayar mengikut jam atau hari semata-mata untuk beli susu anak serta beli tiket kapal terbang untuk balik ke Sabah.

Terbayang pula diri ini, saya pun ada anak kecil  tapi tidakla diuji seberat abg tu. Tengok dekat wallet ada dalam RM55 ringgit dan gaji bulan ni masih belum dapat. Tanpa fikir panjang terus bagi 50 Ringgit dekat abg tu, fikir dalam hati 5 ringgit lagi boleh la isi minyak motor. 

Mulanya dia tak nak terima tapi lepas saya desak dan saya cakap duit tu untuk anak dia, rezeki anak dia.. dia terus ambil dan ucap terima kasih banyak2. Dia terus keluar dari office kami dan saya fikir mungkin dia cari kerja lain atau balik terus beli susu untuk anak dia.

Saya bagi sebab saya tahu, kalau niat kita tolong orang dengan ikhlas Allah akan balas balik samada cepat atau lambat je.

Tak sampai 5 minit saya dapat mesej daripada bekas tuan rumah saya, dia kata yang dia baru je transfer duit RM 300 ringgit dekat akaun saya, baki daripada bayaran deposit elektrik dan air rumah sewa kami yang lepas. 

Terkedu rasa...Tiba-tiba saya fikir....... Allah nak bagi rezeki..... antara cepat atau lambat.... kita sebagai umat Islam, kena sabar dan ikhlas....

Namun kadang-kadang sedih juga sebab ada kalangan kita yang suka mengumpat, mengadu domba berkaitan rezeki, gaji tak cukup, gaji tak adil...."Rezeki Milik Allah... sindirnya.." Semoga anda beroleh hidayah.

Sekian

05 Januari 2015

TOP 33 Jeneral / Panglima perang Agung terhebat Dalam Sejarah



1. Nabi Muhammad S.A.W (570 M- 8 Jun 632 M)


Tidak dihairankan lagi bahawa baginda ialah seorang daripada jeneral perang yang terhebat dalam sejarah. Dalam semua peperangan yang pernah dihadapi oleh baginda, baginda cuma pernah kalah sekali iaitu Pertempuran Uhud, itu pun kerana taktikal dan strategi baginda tidak dipatuhi oleh askar di atas gunung. Bukan sahaja memainkan peranan dalam peperangan, baginda juga seorang pemimpin dan ahli politik yang hebat. Kalau tidak kerana asas yang dibuatkan oleh baginda ketika mendirikan negara Islam Madinah, kita tidak mungkin dapat melihat empayar-empayar Islam yang lahir selepas zaman baginda.


2. Sun Tzu (544 - 496 SM) – Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
Tidak keterlaluan kalau saya meletakkan beliau sebagai Bapa Peperangan! Karya beliau, The Art Of The War digunakan oleh pelbagai jeneral dan segala taktikal yang direncenakan dalam buku ini kemudiannya diulang pakai dan sehingga ke hari ini, bukunya masih dibaca kerana semua yang dituliskannya bukan sahaja diamalkan dalam peperangan, tetapi di dalam bidang perniagaan. Pernah memimpin 50 000 orang askar Wu melawan 200 000 orang Askar Chu dan memenangi peperangan itu.

3. Alexander The Great (356-323 SM). Empayar Macedonia.
Menawan empayar Parsi dan Utara India. Empayarnya melebar dari timur ke barat. Salah satu calon Zulkarnain yang diceritakan dalam Al-Quran. Antara pertempuran terhebat yang pernah dihadapi oleh Alexander The Great ialah ketika dalam Pertempuran Gilgamesh. Dikatakan bahawa Alexander The Great memimpin 47000 askar Macedonia melawan 250,000 sehingga 1 juta askar Parsi di bawah pimpinan Raja Darius daripada Parsi. Beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan.
4. Khalid Al-Walid (588-642 Masihi) – Khulafa Ar-Rasydin.
Menghancurkan pasukan Rom dan Parsi dalam tempoh 13 bulan sahaja! Khalid tidak pernah tewas dalam 100 pertempuran. Memimpin 24 000 – 40 000 orang askar Islam melawan 400 000 orang askar Rom dalam Pertempuran Yarmuk dan memenangi peperangan itu. Bila rasulullah S.A.W meletakkan panggilan Pedang ALLAH kepada Khalid Al-Walid, sesungguhnya dia ditakdirkan untuk tidak KALAH dalam peperangan. Masakan kalau dia kalah, itu bermaksud pedang ALLAH telahpun patah.
5. Genghis Khan (1162-1227 Masihi ) – Empayar Mongol.
Berjaya menewaskan China, Parsi, Russia, Eropah, Korea, Jepun untuk membentuk antara empayar terluas yang pernah dunia lihat. Mimpi ngeri pada setiap kerajaan-kerajaan yang wujdu pada ketika hidup Genghis Khan. Askar Mongol di bawah pimpinan beliau seumpama ombak yang menyapu pantai. Angkatan berkuda yang sangat pantas dan kehebatan bangsa Mongol yang menunggang sambil memanah dengan efisyen membantu penaklukan beliau.
6. Paul von Lettow-Vorbeck (20 March 1870 – 9 March 1964 Masihi) – German Empire dan Weimar Republic.
Salah seorang daripada jeneral perang yang tidak pernah terkalahkan dalam sejarah. Pernah memimpin 11 000 askar Jerman-Afrika melawan 300 000 orang askar British, Belgium dan Portugis dan berjaya memenangi peperangan itu. Dilabelkan oleh Edwin Palmer Hoyt, seorang sejarawan Amerika sebagai “jeneral perang paling hebat dalam perang gerilla dan selepas beliau, tidak wujud sebarang jeneral perang seperti beliau.
7. Alexander Suvorov ( 24 November 1730 - 18 May 1800) – Empayar Russia.
Salah satu daripada jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan, Alexander Suvorov dicatatkan telah menang lebih daripada 60 buah pertempuran sepanjang hidupnya. Terkenal dengan bukunya yang bertajuk The Science of Victory. Kata-kata hikmah daripada beliau berbunyi seperti berikut:
- “Apa yang sukar dalam latihan akan menjadi mudah dalam pertempuran "
- “Peluru adalah satu perkara yang gila; hanya bayonet yang tahu tentangnya.”
- “Binasalah diri dalam peperangan dan selamatkan kawan anda!”
8. The Duke Of Welinggton (1 May 1769 – 14 September 1852 Masihi) – British Empire
Pengasas kepada Empayar British yang hebat itu. Dan empayar ini kemudiannya menjadi empayar paling luas dalam dunia, mengatasi Empayar Mongol yang dibina oleh Genghis Khan. Dilabelkan salah seorang daripada jeneral perang yang terhebat dalam taktikal bertahan.
Mengalahkan Perancis, Moghul Sepanyol, dan banyak kuasa besar dunia dan langsung tidak pernah tewas dalam sebarang peperangan dan pertempuran pun. Berjaya membebaskan Iberia dan Portugis daripada Empayar Perancis yang dipimpin oleh Napoleon serta berjaya mengalahkan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo.
Pertempuran Assaye di India ialah pertempuran pertama beliau apabila berjaya mengalahkan lebih 50 000 orang tentera Maratha yang mempunyai lebih 100 meriam. Ketika itu, askar di bawah pimpinannya sekadar berjumlah 10 000 orang dan mempunyai 17 meriam sahaja.
9. George Washington (1732–1799 Masihi) – Amerika Syarikat
Beliau merupakan presiden Amerika yang pertama. Antara jeneral perang yang tidak pernah tewas dalam peperangan. Di mana ketika itu, Revolusi Amerika, George Washington telah berjaya memenangi peperangan ke atas British yang merupakan kuasa dunia yang terkuat ketika itu. Tanpa George Washington, Amerika Syarikat tidak mungkin akan wujud pada hari ini. Revolusi Amerika berlaku selama 7 tahun, 11 bulan 3 minggu and 2 hari).
10. Horatio Nelson (29 September 1758 – 21 October 1805) – Empayar British
Nelson ialah watak utama di sebalik penaklukan dan perluasan kuasa Empayar British sehingga menjadi salah satu daripada empayar terhebat dalam sejarah. Dinobatkan sebagai laksamana terhebat British dalam sejarah. Antara pertempuran terhebat yang dihadapi oleh Horatio ialah dalam Pertempuran Trafalgar di mana kuasa maritim terhebat pada waktu itu iaitu Empayar Perancis dan Sepanyol dikalahkannya. Ketika itu, 33 kapal British terpaksa berhadapan dengan 41 buah kapal dari kedua-dua pihak ini. Malangnya ketika Pertempuran Trafalgar ini, Horatio telah terbunuh.
11. Sultan Muhammad Al-Fatih (1432 -1481 Masihi) Turki Uthamaniyah.
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
“…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Menjadi raja yang dimaksudkan dalam hadis nabi apabila berjaya menawan Kota Konstatinapole ketika hanya berusia 21 tahun sahaja! Taktikal baginda masih diingati sehingga hari ini apabila membawa 70 Kapal merentas daratan.
12. Julius Caesar (100-44 SM) – Empayar Rom
Maharaja Rom ini merupakan antara jeneral perang Rom terhebat yang pernah dilihat dalam sejarah. Rom ketika di bawah pemerintahan beliau berjaya menawan 1/3 eropah. Perancis, Belgium, England, Belanda dan England hari ini semuanya berada di bawah pemerintahannya. Selepas berjaya selamat dalam perang saudara di Rom, Julius Caesar telah memulakan kempen menakluk seluruh eropah.
Dan antara kejayaan dalam sepanjangnya meneruskan kempen itu adalah berjaya membunuh lebih daripada 500 000 orang tentera Gaul. Pertempuran Alissia adalah kejayaan terhebatnya apabila dengan hanya 60 000 orang askar Roman, dia berjaya mengalahkan 330 000 orang tentera Gaul.
13. Napoleon Bonaprate (15 August 1769 – 5 May 1821) – Empayar Perancis
Bila bercakap mengenai jeneral perang terhebat dalam sejarah, agak sukar untuk meletakkan nama beliau ke tepi kerana Napoleon ialah seorang jeneral perang yang hebat. Sepanjang kariernya sebagai jeneral perang, Napoleon telah memenangi hampir kesemua pertempuran yang disertainya sebelum akhirnya tewas pada 1815. Empayar Perancis berada di zaman kemuncak pada tahun 1811, merentang dari Sepanyol sehingga ke barat Russia.
Ketika zamannya memimpin Perancis dalam Perang Napleon, dia berjaya menawan hampir seluruh eropah, namun tidak bernasib baik apabila seluruh eropah sendiri menjadi musuhnya. Seorang pemimpin dan jeneral perang yang hanya boleh ditundukkan apabila semua kuasa dunia ketika itu bergabung. Yang paling penting, Napoleon cukup meminati junjungan besar Rasulullah S.A.W.
14. Han Xin (Mati Pada Tahun 196 Masihi) – Dinasti Han
Salah satu daripada Empayar Terhebat China Purba tidak akan wujud kalau tidak kerana sumbangan jeneral perang yang boleh dinobatkan antara yang terlicik dan terbijak dalam sejarah China dan dunia. Berjaya menewaskan panglima perang China yang dipanggil sebagai panglima perang terhebat dalam sejarah China menggunakan kebijaksanaan akal.
Antara pertempuran yang diingati melibatkan Han Xin ialah di mana beliau telah memerintahkan askar-askar Han untuk kononnya membina jalan yang sudah runtuh sementara beliau mengerahkan askar Han yang lain melalui jalan dan laluan rahsia menentang negeri berhampiran dengan Han.
3 Raja yang memerintah negeri itu tidak langsung memasang syak wasangka pada negeri Han di bawah Liu Bang ketika itu. Mereka menyangka bahawa askar Han sedang sibuk membina jalan yang telah runtuh dari negeri tempat Liu Bang memerintah.
Askar Han kemudian muncul menyerang mereka yang langsung tidak bersedia. Akhirnya, berkat kebijaksanaan akal Han Xin dalam Pertempuran Gaixia, Xiangyu berjaya dikalahkan dan Dinasti Han berjaya ditubuhkan dengan Liu Bang sebagai maharajanya. Kalau tidak kerana Han Xin, mungkin Dinasti Han tidak akan pernah wujud dalam sejarah China.
15. Joseph Stalin (1878 – 1953 Masihi) – Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet
Mustahil untuk berbincang tentang Kesatuan Soviet tanpa memasukkan Joseph Stalin dalam perbicaraan. Beliau berjaya menerajui ekonomi Soviet daripada pemanduan pertanian kearah kegemilangan perindustrian, sebuah usaha panjang yang diteruskan penggantinya. Namun, usaha ini tergendala dan terjejas buat seketika.
Selepas menguasai Poland, Adolf Hitler telah mengkhianati perjanjiannya bersama Kesatuan Soviet tentang pengelakan peperangan. Jerman melaksanakan peperangan keatas Kesatuan Soviet dengan penuh keefektifan, menyekat Leningrad (kini Saint Petersburg) selama dua tahun yang mengakibatkan kematian lebih daripada sejuta rakyat dan juga menghampiri Moscow dalam lingkungan beberapa kilometer sahaja.
Tetapi Joseph Stalin berjaya merancakkan serangan balas Tentera Merah, menolak kemaraan Jerman keluar dari Rusia, memecahkan kesatuan Jerman di Seelow dan akhirnya menawan Berlin, sebuah perjuangan yang meragut 25 juta nyawa.
16. Ramses II (1303 -1213 SM) – Mesir Purba
Mesir Purba berada di zaman kemuncak kegemilangan pada pemerintahan Ramses II sehinggakan firaun yang menaiki takhta selepasnya menamakan Ramses II sebagai nenek moyang yang hebat atau “The Great Ancestor.”
Antara kejayaan Ramses II dalam sepanjang pemerintahannya ialah mengembalikan kembali Mesir yang gemilang. Segala ancaman seperti lanun yang berleluasa di perairan Mesir berjaya dihapuskan, menundukkan musuh seperti Empayar Hiiti yang berada di utara Mesir, dalam wilayah Turki dan Greece pada hari ini, dan meluaskan empayar Mesir sehingga memasuki Tanah Kanaan, iaitu Palestine hari ini. Sumbangan Ramses II dalam bidang ketentaraan Mesir juga adalah berjaya menumpaskan Libya dalam peperangan, yang berjiran dengan Mesir Purba.
Bukan itu sahaja, sepanjang pemerintahan Ramses II ini juga, didapati bahawa Ramses II melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemerintah Mesir sebelum baginda. Dari delta Sungai Nil sehinggalah ke Nubia hari ini, terdapat banyak binaan-binaan hebat yang dipahat atas nama Ramsess II. Merupakan calon firaun dalam Al-Quran.
17. Cyrus The Great (576-530 SM) Empayar Parsi.
Antara calon Zulkarnain dalam Al-Quran menurut para ulama selain daripada Alexander The Great. Seorang jeneral perang yang berjaya menundukkan tiga buah empayar terhebat di zamannya! Walaupun beliau telah berjaya menundukkan ratusan negara kota, belasan negara dan 3 empayar, namun dia bukanlah seorang tirani yang kejam sebaliknya dia membenarkan segala amalan dan adat agama yang pernah diamalkan sebelum ini diteruskan.
18. Peter The Great (1672-1725 Masihi) – Empayar Russia
Negara Russia yang luas hari ini harus berterima kasih kepadanya kerana Peter telah berjaya meluaskan Russia kepada sebuah empayar dan menjadi kuasa besar eropah ketika itu. Selain berjaya dalam bidang ketenteraan, Peter juga berjaya memimbing Russia kepada sebuah revolusi di mana segala amalan lama zaman pertengahan digantikan dengan amalan baru yang lebih membawa kepada kemajuan!
19. David IV of Georgia (1073 – 24 January 1125 Masihi) – Dinasti Bagrationi, Georgia
Raja yang terkenal kerana berjaya memenangi pertempuran yang dinobatkan sebagai antara keajaiban hebat dalam sejaran. Pertempuran Didgori menyaksikan bagaimana hanya 55, 600 orang askar Georgia berjaya menang ke atas lebih 600 000 orang askar Seljuk. Apa yang menariknya dalam pertempuran ini, di mana hampir 70 peratus seluruh askar Seljuk dihabiskan oleh askar Georgia di bawah pimpinan David IV.
21. Hannibal (247 – 183 SM) - Carthage
Antara jeneral perang terhebat dalam sejarah dunia. Menyaksikan bagaimana Rom hampir diperbudak-budakkan oleh kebijaksanaan beliau dalam peperangan dan hampir kalah dalam peperangan kalau tidak kerana kebijaksanaan seorang jeneral perang mereka.
Hannibal terkenal kerana telah membawa askar dengan cara yang langsung tidak dapat dibayangkan ketika itu. Dia telah memilih laluan maut untuk membawa askarnya yang berjumlah 90,000 askar pejalan kaki, 12,000 tentera berkuda dan 37 gajah perang melintasi Pergunungan Alps.
22. Maharaja Dharaindra (775 – 800 Masihi). Empayar Melayu Srivijaya.
Walau bagaimanapun dan sesiapa pun yang saya cuba letakkan dalam senarai ini, saya berpendapat nama baginda perlu ada dalam senarai ini. Baginda kalau tidak keterlaluan, boleh dinobatkan sebagai raja teragung dan terbaik dalam sejarah ketenteraan bangsa Melayu.
Dipercayai bahawa Empayar Melayu Srivijaya berada di kemuncaknya ketika di bawah pemerintahan baginda walaupun baginda tidak memerintah dengan lama. Tarumanegara, dan Sunda di Pulau Jawa,Po-Ni di Borneo beserta Kedah Tua dan Chaiya di Semenanjung Tanah Melayu, Champa serta Empayar Chenla di Indo-China ditundukkan oleh beliau. Bahkan Candi Borubudur, monumen Buddha yang terhebat itu dibina oleh beliau. Tanpa baginda, mungkin Srivijaya tidak akan menjadi empayar terhebat bangsa Melayu!
23. Maharaja Asoka (273-232 SM) – Empayar Maurya
Asoka juga dikenali sebagai Ashoka dan Asoka Agung, ialah maharaja dari Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan.
Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya.
24. Laksamana Yi Sun-sin ( 1545 – 1598) – Dinasti Joseon Korea
Seorang laksamana perang yang telah berjaya memimpin armada perang laut Korea menentang Invasi Jepun ke atas tanah Korea. Dalam Pertempuran Myeongnyang, Laksamana Yi Sun-sin yang hanya berbekalkan 12 buah panokseon, iaitu sebuah kapal perang Korea. Manakala Jepun pula hadir dengan 133 buah kapal, itupun berserta dengan 200 kapal logistik. Sepanjang hidupnya, dia telah berjaya memenangi lebih daripada 23 pertempuran navi!
25. Salahudin Al-Ayubi (1137/1138 – 1193 Masihi) – Dinasti Ayyubi
Berjaya menawan Palestine dan Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib. Membuatkan King Richard dan King Guy kelihatan seperti budak yang baru belajar peperangan. Dalam Pertempuran Hittin menyaksikan kehebatan Salahuddin Al-Ayyubi sebagai salah seorang jeneral perang hebat dalam sejarah Islam.
26. Tariq Bin Ziyad (670- 720 Masihi) – Dinasti Umaiiyah
Beliau ialah orang yang memimpin 7000 orang askar menakluk Sepanyol. Ketika memasuki wilayah Sepanyol, beliau harus berdepan dengan lebih daripada 25 000 orang tentera Visigoth. Masih mekar sebuah lagenda yang mengatakan bahawa Tariq telah membakar seluruh kapal tentera Muslim yang membawa mereka melintasi laut untuk sampai ke Sepanyol. Maka kata Tariq, di hadapan kalian ialah syahid di belakang ialah laut, maka pilihlah antara dua. Kejayaan Tariq ini membuka kepada penguasaan Islam di Sepanyol selama ratusan tahun.
27. Eulji Mundeok (Abad Ke-6 – 629 Masihi) – Kerajaan Goguryeo
Menjadi duri dalam daging kepada Dinasti Sui yang cuba menyerang Korea di bawah pemerintahan Kerajaan Goguryeo. Dalam pertempuran di Sungai Salsu, di mana dia terlah berjaya membawa askar Korea yang hanya berjumlah 10 000 orang menang pertempuran ke atas Dinasti Sui yang berjumlah lebih daripada 300 000 orang dengan hanya menggunakan sebuah empangan.
Ketika Askar Sui mengharungi sebuah sungai Salsu, dia telah melepaskan air bah dari empangan itu sekaligus menyapu seluruh askar Dinasti Sui. Lebih daripada 90 peratus askar Sui dihabiskan oleh air bah itu.
28. Thutmose III (1481 - 1425 SM) Mesir Purba
Thutmose III telah menghancurkan pemberontak-pemberontak dalam kalangan Kadesh, Megiddo dan puak Mesopotamia. Sebelum menyerang Megiddo, ucapannya yang meletakkan dirinya sebagai raja dikasihi Dewa Ra’ telah menaikkan semangat tentera-tenteranya untuk ikuti jalan yang susah pada ketika nasihat jeneralnya untuk ikuti jalan yang mudah diabaikan.
Tetapi, Thutmose III tetap berjaya dalam ketiga-tiga operasi itu, termasuk kesemua 16 kempen ketenteraan yang dilaksanakannya di Palestin, Syria dan Nubia. Hampir 350 bandar ditawani Thutmose III. Mudah kata, Mesir Purba berdiri teguh sebagai kuasa besar dengan ketenteraan yang luar biasa.
29. Tran Hung Dao (1228-1300 Masihi) – Dai Viet
Tran Hung Dao ialah watak utama di sebalik kekalahan tiga kali Mongol di tangan Dai Viet. Ketika itu Mongol merupakan bala tentera terkuat yang pernah dunia lihat dan Mongol tewas di tangannya. Dinasti Yuan di bawah Kublai Khan dibantai teruk terutama dalam dua pertempuran utama melawan Tran Hung Dao iaitu pada 1285 dan 1287.
30. Scipio Africanus (236–183 Masihi) – Empayar Rom
Kalau tidak kerana beliau, pastinya kita tidak akan dapat menyaksikan bahawa hari ini, mungkin empayar yang menaungi seluruh Eropah adalah Empayar Chartage. Kemaraan Hannibal yang pada awalnya seperti tidak dapat dibendung akhirnya tewas juga di tangan jeneral perang ini.
Pertempuran Zuma adalah antara pertempuran yang memahat nama Scipio Africanus dalam sejarah. Di mana ketika itu, askar perang yang digunakan oleh Hannibal yang pada awalnya seperti tidak dapat dikalahkan akhirnya tewas pada bunyi bisings eperti hon yang dihasilkan oleh beliau untuk menakutkan gajah perang tersebut.
31. Miltiades (550 - 489 SM) Athens.
Panglima perang daripada Athens ini diingati dunia dalam Pertempuran Marathon apabila berjaya mengekang invasi Parsi yang dipimpin oleh King Xerxes. Startegi beliau ketika Pertempuran Maratahon ini masih dipelajari sehingga hari ini.
32. Artemisia I of Caria (480 SM)
Mungkin beliau ialah laksamana perempuan terhebat dalam sejarah. Mendahului zaman, ketika waktu para wanita ditindas, Artemisia bangkit menjadi salah seorang daripada jeneral perang yang hari ini patut kita kenang. Pertempuran Salamis yang menyaksikan kekalahan Parsi pada Greek menyaksikan kebijaksanaan wanita ini. Artemisia dipandang sebagai wanita besi yang hebat dan licik.Kononnya dia banyak mempengaruhi Xerxes dalam membuat keputusan.
Artemisia turut menyertai pertempuran dengan mengetuai lima kapal perangnya sendiri dan juga tentera laut dari empat kota Greek yang tunduk dibawah Xerxes I iaitu Halicarnassus sendiri, Cos, Nisyros dan Calyndos.Kapal-kapalnya adalah antara yang terbaik dari segi reputasi.Herodotus,sejarahwan Greek menggambarkan Artemisia sebagai seorang yang bijak,berani dan berpengaruh dalam semua komander laut di bawah Xerxes.
Ketika kapal-kapal Artemisia juga berpatah balik menurut kapal-kapal Parsi yang lain. Ameinias,seorang kapten sebuah kapal Greek menyedari kehadiran Artemisia mula curiga dan cuba mengejarnya.Artemisia yang penuh muslihat,mengarahkan bendera Parsi diturunkan dan bendera mirip dari sebelah pihak Greek dinaikkan dan ini mengelirukan kapal Greek yang mengejarnya.
Ketika tersepit di antara kapal-kapal Greek dan Parsi,Artemisia mengambil keputusan memusnahkan kapal sekutunya sendiri iaitu kapal-kapal Calyndos. Artemisia tidak mahu menghentam kapal-kapal Parsi kerana menyedari Xerxes memerhatikan dari jauh.
Dengan ini kapal-kapal Greek menyangka kapal Artemisia adalah dari pihak mereka,manakala Xerxes pula menyangka Artemisia telah memusnahkan kapal-kapal musuh kerana kapal Calyndos memang mirip kapal Greek dan orang-orang Calyndos juga sememangnya sebangsa dengan orang Greek. Artemisia pulang ke pangkuan Xerxes dengan membawa bersama mayat abang emperor Parsi itu,Ariabignes.
33. Adruja Wijayamala Singa [Perempuan – Kota Grahi, Melayu]
Baginda dikatakan mahir menunggang kuda dan bermain senjata sejak kecil dan seringkali mengikuti ayahnya di medan perang. Baginda akan bertindak memberi rawatan kepada askar-askar lelaki yang cedera parah dalam pertempuran. Baginda pernah menubuhkan pasukan khas srikandi wanita yang terdiri daripada wanita yang berjumlah 41 orang.
Skuad ini kemudiannya menempah nama dalam sejarah apabila berjaya membunuh Raja Rama Khamhaeng yang membawa bala askar Sukhothai menyerang Grahi selepas gagal dalam kali pertama , di mana skuad elit yang ditubuhkan oleh baginda menyumbang besar membunuh Raja Rama Khahaeng. Skuad elit ini juga banyak memainkan peranan ketika serangan Sukohthai pertama ke atas Grahi.
Pernah suatu ketika skuad elit ini diperlekehkan oleh seorang panglima raja. Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap.
Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut. Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap - hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:
“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”. Selepas kejatuhan Grahi, baginda kemudiannya menubuhkan Kesultanan Serendah Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung. Orang pertama yang menggunakan gelaran Cik Siti Wan Kembang.