Pages

25 November 2013

Photoshop – Shortcut & Fungsi Tool Yang Wajib Anda Tahu

Fungsi Tool pada Photoshop
Berikut merupakan fungsi-fungsi Tool yang terdapat di dalam Adobe Photoshop, antaranya adalah:

Selection Tool
tools-photoshop-move  Move Tool – Shortcut (V) , alat ini digunakan untuk memindahkan kedudukan layer dalam satu foto ataupun memindahkan sebuah foto atau layer dalam sebuah foto ke foto yang lain.
tools-photoshop-rectangular-marquee  Rectangular Marquee Tool – Shortcut (M), alat ini digunakan untuk highlight objek yang berbentuk kotak. Klik kanan diatas alat ini maka akan muncul alat lain dari kelompok marquee tool seperti eliptical Marquee Tool , Single Row Marquee tool dan Single Column Marquee Tool .
tools-photoshop-eliptical-marquee  Eliptical Marquee Tool – Shortcut (M), alat ini digunakan untuk highlight objek yang berbentuk lingkaran seperti highlight lingkaran mata , tayar kereta dan objek lain. Merupakan satu kumpulan dengan Rectangular Marquee Tool .
tools-photoshop-lasso  Lasso Tool – Shortcut (L), digunakan untuk highlight objek dengan bentuk bebas , alat ini akan membentuk kesan highlight mengikut pergerakan mouse , penggunaan alat ini sangat bergantung dengan gerakan mouse sehingga cukup sukar mengawal dan mencapai hasil yang benar-benar berkesan.
tools-photoshop-polygonal-lasso  Polygonal Lasso Tool – Shortcut (L), digunakan untuk highlight objek dengan bentuk bebas bersudut , alat ini juga membentuk kesan highlight melalui titik -titik point yang dibuat dengan menggunakan klik kiri pada tetikus. Alat ini juga boleh digunakan untuk memotong dan menukar background gambar .
tools-photoshop-magnetic-lasso  Magnetic Lasso Tool – Shortcut (L), digunakan untuk highlight objek dengan bentuk bebas , cara kerja alat ini adalah melekat pada tepi objek yang akan dipotong ketika mouse bergerak mengelilingi objek , melalui proses highlight alat ini juga akan membentuk titik -titik penghubung.
tools-photoshop-magic-wand  Magic Wand Tool – Shortcut (W), digunakan untuk highlight satu jenis warna (warna solid ) pada gambar . Alat ini dapat highlight dengan tetapan nilai tolerance atau nilai liputan warna, semakin besar nilai tersebut maka semakin luas liputan warna yang di highlight .

Drawing and Type Tool
tools-photoshop-path-selection  Path Selection Tool – Shortcut (A), digunakan untuk melakukan selection path.
tools-photoshop-horizontal-type  Horizontal Type Tool – Shortcut ( T), digunakan untuk membuat teks secara melintang. Selain alat ini ada juga Vertical Type Tool untuk membuat teks secara vertical dan type mask untuk membuat teks mengikut bentuk kegemaran anda.
tools-photoshop-pen  Pen Tool – Shortcut ( P), digunakan untuk membuat sudut ataupun lengkung . Alat ini boleh juga digunakan untuk highlight objek. Selain alat ini boleh menambah titik point , mengurangkan dan mengubahsuai bentuk yang telah dibuat.

Crop & Slice Tool
tools-photoshop-crop  Crop Tool – Shortcut ( C), digunakan untuk memotong gambar , foto ataupun canvas (kertas kerja ).
tools-photoshop-slice  Slice Tool – Shortcut ( C), digunakan untuk keperluan website dengan cara memotong hasil reka bentuk yang telah dibuat di Photoshop menjadi potongan yang lebih kecil.
tools-photoshop-slice-select  Slice Select Tool – Shortcut ( C), digunakan untuk memilih atau mengubah posisi potongan atau saiz yang telah dipotong sebelumnya dengan menggunakan slice tool.

Retouching Tool
tools-photoshop-spot-healing  Spot Healing Brush – Shortcut ( J), digunakan untuk menghapuskan titik hitam pada sebuah foto ataupun gambar , alat ini juga biasanya digunakan untuk menghilangkan titik gelap di wajah ataupun menghilangkan jerawat.
tools-photoshop-patch  Patch Tool – Shortcut ( J), digunakan untuk memperbaiki foto dengan cara memanfaatkan pola yang terdapat pada foto tersebut . Pembaikan dilakukan dengan highlights kerosakan area kemudian menarikhighlights  tersebut keatas sasaran untuk menutup kawasan yang rosak .
tools-photoshop-redeye  Red Eye Tool – Shortcut ( J), digunakan untuk menghilangkan kesan mata merah yang timbul pada  gambar akibat mengambil gambar dalam keadaan gelap. Ianya menyebabkan flash kamera memantulkan warna merah dan menyebabkan warna mata akan nampak sedikit merah/bercahaya.
tools-photoshop-stamp  Clone Stamp Tool – Shortcut (S), digunakan untuk mengambil sample dari sebuah kawasan gambar kemudian mengklon sample tersebut untuk dipamerkan diatas kawasan lain .
tools-photoshop-clone-pattern  Pattern Stamp Tool – Shortcut (S), digunakan untuk melukis image dengan menggunakan pola tertentu sesuai dengan pola yang dipilih pada option bar.
tools-photoshop-eraser  Eraser Tool – Shortcut ( E), digunakan untuk memadam.
tools-photoshop-background-eraser  Background Eraser Tool – Shortcut ( E), digunakan untuk memadam sehingga menghasilkan layer transparant pada bahagian foto atau pada kawasan yang dipadam.
tools-photoshop-magic-eraser  Magic Eraser Tool – Shortcut ( E), digunakan untuk memadam kawasan tertentu dari sebuah foto atau gambar yang mempunyai warna yang sama (satu warna solid ) menjadi telus dengan satu kali klik pada kawasan warna tersebut. Boleh dimanfaatkan untuk menghapuskan background yang mempunyai satu warna.
tools-photoshop-blur  Blur Tool – digunakan untuk mengaburkan area tertentu dari sebuah foto atau gambar. Dengan mengaburkan gambar akan memberikan kesan blur.
tools-photoshop-sharp  Sharpen Tool – digunakan untuk menajamkan area tertentu dari sebuah foto atau gambar. Kualiti gambar akan tampak lebih kasar dan sharp.
tools-photoshop-smudge  Smudge Tool – digunakan untuk menggosok / menarik permukaan tertentu dari sebuah foto atau gambar seolah- olah dipengaruhi oleh sapuan jari telunjuk diatas sebuah lukisan.
tools-photoshop-dodge  Dodge Tool – Shortcut (O) , digunakan untuk menerangkan permukaan tertentu pada gambar atau foto dengan memberikan highlights pada kawasan tertentu hingga area tersebut kelihatan lebih cerah / terang .
tools-photoshop-burn  Burn Tool – Shortcut (O) , digunakan untuk menggelapkan warna di kawasan tertentu pada gambar atau foto dengan memberikan shadow / bayangan pada kawasan tertentu hingga nampak lebih gelap.
tools-photoshop-sponge  Sponge Tool – Shortcut (O) , digunakan untuk mengubah saturation di kawasan tertentu pada permukaan gambar atau foto .

Painting Tool
tools-photoshop-brush  Brush Tool – Shortcut (B), digunakan untuk melukis gambar atau gambar dengan geseran berus berdasarkan warna depan ( foreground color) yang telah dipilih.
tools-photoshop-history-brush  History Brush Tool – Shortcut (Y) , digunakan untuk melukis image menggunakan snapshot atau state history dari Image .
tools-photoshop-art-history  Art History Brush Tool – Shortcut (Y) , digunakan untuk melukis image menggunakan snapshot atau state history dari image , dengan model seni tertentu.
tools-photoshop-pencil  Pencil Tool – Shortcut (B), digunakan untuk melukis dengan goresan pensil.
tools-photoshop-gradient  Gradient Tool – Shortcut (G) , digunakan untuk mewarna area yang dipilih ( selected area ) dengan menggunakan dua warna atau lebih. Gradient ini juga mempunyai beberapa tetapan dan jenis untuk menghasilkan kesan perpaduan warna yang sesuai.
tools-photoshop-paint-bucket  Paint Bucket Tool – Shortcut (G) , digunakan untuk mengecat atau mewarnai kawasan tertentu atau layer tertentu berdasarkan warna depan ( foreground color) yang telah dipilih.

Annotation , Measuring & Navigation Tool
tools-photoshop-eyedropper  Eyedropper Tool – Shortcut ( I ) , digunakan untuk mengambil sample warna dari sebuah gambar ataupun foto , sample warna diambil dengan cara klik warna target yang kemudian secara automatik akan mengubah warna depan ( foreground color ) pada toolbox .
tools-photoshop-ruler  Ruler Tool – Shortcut ( I ) , digunakan untuk mengukur dimensi lebar dan tinggi. alat ini biasanya digunakan untuk keperluan website seperti mengukur dan menganggarkan interface tinggi & lebar butang , header ataupun area website lain. Unit yang digunakan biasanya pixels .
tools-photoshop-note  Note tool – Shortcut ( I ) , digunakan untuk memberikan catatan pada hasil reka bentuk yang telah di buat. Catatan ini berguna sebagai peringatan dalam proses pembuatan reka bentuk ataupun dapat membantu sebagai media untuk penyampaian mesej ketika bekerja secara team.
tools-photoshop-hand  Hand Tool – Shortcut ( H), digunakan untuk menggeser / memindah bidang pandang foto atau gambar di dalam window view area atau dalam keadaan gambar sedang di perbesar ( zoom in ) . Cukup tekan dan tahan butang ruang untuk meminjam alat ini .
tools-photoshop-zoom  Zoom Tool – Shortcut (Z) , digunakan untuk memperbesar ataupun memperkecil paparan foto atau gambar. Tetapan zoom in atau zoom out boleh dilakukan melalui option bar.

19 November 2013

Nak Berniaga Guna Minisite ! Apa itu Minisite?

  1. "Apa itu Minisite?"
  2. "Apakah kegunaan Minisite? "
  3. "Bagaimana minisite boleh berkesan untuk melariskan jualan?"
Apabila orang bertanya kepada aku tentang 'Minisite', apa yang terlintas dalam fikiran adalah:
  • Mini website (website ringkas @ simple , kecil).
  • Mempunyai Header (Kepala Web).
  • Mempunyai Footer (Kaki Web).
  • Table @ Jadual ( ianya bermaksud tempat di mana teks badan seperti tajuk dan salinan iklan berkumpul, dan kadang-kadang mempunyai butang navigation).
  • Mempunyai satu atau dua kolum, ada yang letak sampai lima.
  • Biasanya mempunyai 1 hingga 2 pages, paling banyak pun dalam 10 pages.
  • Direka untuk menjual hanya satu jenis produk sahaja.
  • Ada yang berfungsi untuk mendapatkan database daripada pelanggan.
  • Dan ada juga minisite yang berfungsi sebagai Affiliate.

boleh digunakan untuk menjual produk , untuk mengumpul, atau untuk mendapatkan database / keahlian. Pada pendapat aku, minisite amat penting kepada peniaga yang ingin menjual atau memperkenalkan barangan mereka menerusi medium online. Cara untuk dapatkan database aku akan terangkan melalui tutorial yang akan datang.

Minisite yang baik adalah minisite yang boleh menarik perhatian pengunjung dengan rekabentuk grafik yang berkualiti tinggi serta menarik. Ianya menggambarkan ciri-ciri produk dengan cara yang kata-kata yang menarik perhatian pengunjung sehingga membuatkan pengunjung membeli produk tersebut.

Namun korang kena ingat, walaupun grafiknya menarik, tetapi jikalau skripnya tak tersusun,ianya memang tak best langsung dan membuatkan pengunjung tidak yakin serta hilang minat. Maknanya umpan anda tidak mengena....

Minisite yang baik juga biasanya tidak mempunyai banyak kolum tabs (yang sebelah atas) .Hal ini kerana, pengunjung akan sedikit terganggu, dan hilang fokus daripada niat asal iaitu untuk membeli produk.

Secara kesimpulannya, sesebuah minisite yang terbaik wajib mempunyai :
  1. Skrip iklan / tarik pelanggan yang memukau.
  2. Grafik yang menakjubkan.
  3. Pantas menerangkan kepada pengunjung apa yang website tu boleh offer
  4. Target market yang betul
  5. Testimoni pelanggan (Hal ini penting untuk membuktikan kepada pengunjung minisite kita bahawa produk kita mendapat feedback yang positif).
  6. Borang pesanan yang dihantarkan terus ke email anda.
  7. Video (link dengan pautan youtube , vimeo dan sebagainya).
  8. Mempunyai pautan dengan laman social @ website utama.
  9. Mempunyai pautan bayaran secara online.
OK, Katakan korang ada produk yang bagus dan berkualiti, tetapi anda tidak mempunyai budget yang cukup untuk mengupah web designer untuk buat website, anda boleh belajar sendiri untuk buat minisite. Paling tidak pun korang boleh mendapatkan khidmat pakar, kalau tak silap aku, minisite yang paling murah adalah dalam lingkungan RM 250 hingga RM 600 sahaja, jika ada yang cas sampai RM 1999 tu aku rasa dah melampau-lampau laaa. Kalau nak services yang lagi murah sila masuk mudah.my dan cari, kebanyakan student universiti yang freelance banyak cas dengan harga yang amat murah sehingga kadang-kadang tak masuk akal dia punya murah.

Kat bawah aku letakkan beberapa link Minisite yang bagi aku mempunyai citarasa unik untuk menarik pelanggan.
  1. www.bearbesar.com
  2. programusahawan.com
  3. marimelancong.com
  4. bisnesinternet.com
  5. dan banyak lagi...

Jika korang tahu sedikit kod html, aku sarankan korang buat sendiri, hanya beli domain dan juga hosting selama setahun dan upload semua file minisite ke dalam tu.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sekian Terima kasih

Photoshop – Asas Dan Pengenalan

Jika anda seorang pereka grafik, anda mesti pernah gunakan Adobe Photoshop kan? Buat masa sekarang aku belum jumpa lagi software grafik yang sebagus dan sehebat geng2 Adobe neh, tak kira la Illustrator ke, in-Design, Premiere ke atau sewaktu dengannya, kalau aku silap sila tegur ye.
Masa aku belajar dulu, aku tak diterangkan secara detail apa itu photoshop (mungkin masa tu aku tak masuk kelas) , masuk-masuk kelas je mesti kena jolok dengan assignment, seminggu kadang-kadang paling sikit 3 assignment kena siapkan. Situasi menjadi sangat tension sehingga kami rasa macam nak pukul orang je, pelajar dari pengajian lain lalu dekat asrama siap kena jeling lagi tajam-tajam, muahaha… Semuanya belajar sendiri dan banyakkan bertanya orang yang lebih pakar.
OK, Pada malam ni aku nak ceritakan serba sedikit bagaimana sejarah permulaan Photoshop, hal ini penting supaya korang tahu perkara asas dahulu sebelum aku terangkan dengan lebih lanjut tool-tool dan fungsi yang ada di dalamnya..
SEJARAH

Pada tahun 1987 Thomas Knoll (seorang pelajar PhD pada waktu itu) telah mencipta satu program pada komputer Macintoshnya untuk memaparkan imej ‘grayscale’ pada monitor monokrom.


Program tersebut telah beliau namakan sebagai Display. Dalam masa yang sama, abangnya iaitu John Knoll telah melihat dan berminat dengan program tersebut. Mereka kemudiannya telah bekerjasama untuk menghasilkan sebuah program yang lebih canggih dikenali sebagai ImagePro.
Setahun kemudian, Thomas Knoll telah menukarkan nama program tersebut kepada Photoshop.
Mereka kemudiannya telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar scanner iaitu Barneyscan. Hasilnya Photoshop telah berjaya diedarkan sebanyak 200 salinan bersama-sama dengan produk Berneyscan tersebut.
Melihatkan kepada potensi program Photoshop tersebut, John Knoll telah membuat demo program ini kepada syarikat Apple dan Adobe.
Demo tersebut telah memikat syarikat Adobe lalu mereka membeli Photoshop pada bulan September 1988.
Mulai tahun 1990 Photoshop 1.0 telah mula dikomersialkan. Pada awal keluarannya ianya eksklusif hanya untuk komputer Machintosh sahaja.
Namun mulai November 1992, penggunaan Photoshop telah semakin meluas meliputi semua jenis sistem pengoperasian dan komputer samada Windows, Mac OS X, Solaris.
Pada awal keluarannya ia dikenali dengan panggilan Adobe’s 2003 “Creative Suite”.
Website rasmi untuk adobe korang boleh buat rujukan di www.adobe.com.
Dalam tutorial yang seterusnya aku akan sentuh banyak topik tentang penggunaan tool dan juga effect, kalau korang rasa dah pandai serta sudah tahu, baik tengok tutorial versi lain daripada blog ni, sebab kat sini aku akan ajar korang perkara asas dahulu, lepas tu baru fokus kepada perkara yang susah dan rumit.
Semoga ia memberi manfaat, Sekian.

18 November 2013

Kongsi Ilmu, Ada Baiknya

Setiap kali aku google, pasti ada web blog daripada Indonesia yang dengan jujurnya memaparkan tentang tutorial wordpress serta berkongsi ilmu secara umum. Bukan nak memuji negara lain dan bukan juga nak perlekehkan bangsa sendiri, cuma kadang-kadang orang kita terlampau kedekut ilmu dan ada yang suka ambil kesempatan kerana orang lain tak berilmu. Korang faham maksud aku kan?
Ok, bagi pendapat aku, kalau kita buat benda dengan ikhlas, pasti Allah akan balasnya dengan nikmat yang setimpal. tak perlulah nak jual ilmu dengan pakej yang mengarut dan membebankan orang sangat-sangat sampai orang terpaksa berhutang dengan along atau bank yag interestnya cekik darah. Cukupla sekadar buat benda dengan ikhlas untuk memajukan bangsa sendiri. Mungkin ilmu yang kita share secara ikhlas tu menjadi saham akhirat yang akan dihitung dalam alam barzakh nanti, itu kerja yang Maha Esa, siapa tahu kan?
Aku sebenarnya amat kagum dengan masyarakat barat berkaitan perkongsian limu, jika aku post dekat forum diorang dan aku tanya tentang masalah IT, website, WordPress atau joomla, pasti dijawab dengan selaju-lajunya, siap bagi solution dengan link tutorial lagi. Namun jika aku post dekat forum orang kita, sampai setahun pun belum ada orang balas, yang mengejek dan merapu memang amat banyak la.
Jadi, aku rasa macam bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu secara percuma tentang apa yang aku tahu melalui medium ber blogging ni. Bukan nak tunjuk pandai,tapi sekadar menolong orang tahu apa yang nak tahu dan belum tahu. Aku akan cuba share ilmu yang aku tahu dengan seikhlasnya, mungkin ada benda yang aku tak tahu aku boleh dapatkan daripada korang dan begitulah sebaliknya.
Prinsip aku adalah, aku tak akan gunakan blog aku ni dengan post benda yang tak memberi manfaat dan mengarut, biarlah orang nak cakap perasan bagus atau berlagak pandai sekalipun. Sudah terbukti, dunia sekarang ni dunia IT, dunia Ilmu, jika seseorang tiada ilmu, layakkah kita menggunakan akal yang dianugerahkan-Nya ke jalan yang betul?
Aku juga amat-amat berharap semoga perkongsian yang aku kongsikan selama ni menjadi rujukan untuk anak bangsa kita sepanjang masa.  In Sha Allah. Sekian

14 November 2013

Install WordPress Dalam 30 Saat Menggunakan Softaculous



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sebelum ini aku ada share dekat korang cara untuk install WordPress menggunakan cara manual kan? Artikelnya adalah anda boleh rujuk di sini.. OK! Pernahkah anda dengar tentang Softaculous? Mungkin ianya benda baru bagi sesiapa yang mula kenal tentang Cpanel dan juga domain hosting. Tapi takpe, aku akan terangkan fungsi dan peranan softaculous secara mendalam lagi. Link untuk laman rasmi Softacolous anda boleh dapati di sini..

Softaculous membolehkan pemasangan aplikasi web dengan sekali klik sahaja dan yang lebih bagus, ianya dilakukan secara automatik tanpa melibatkan penggunaan skrip yang susah. Cuba anda tengok Cpanel anda (jika anda sudah mempunyai hosting), jika tiada, anda boleh dapatkan hosting anda sendiri di sini. Tapi anda harus ingat, tidak semua hosting ada softaculous nih, jika betul tiada, aku sarankan korang hubungi Hosting Provider masing-masing untuk pemasangannya. Yang pastinya aku dah tak perlu risau tentang Softaculous ni sebabnya Server Freak sudah bagi dekat aku siap-siap, tu sebab la aku amat-amat berterima kasih dengan team mereka neh.



Berikut Merupakan Cara Penggunaan Softaculous :

Login ke cpanel hosting anda,
Masuk ke menu Software/Services -> Softaculous
Misalnya aku akan bagi contoh apabila kita install WordPress, hanya klik WordPress -> Install



software Setup

Choose Protocol : Pilih http://
Choose Domain : Nama Domain yang akan anda install
In Directory: Kosongkan ruangan ini ( padamkan perkataan wp jika anda nak letakkan main folder anda di depan public_html cpanel anda / jika anda nak tambah sub-folder, letak je sebarang nama )
Database Name: Isi nama data base sesuai pilihan anda ( biasanya maksimum 6 karakter / huruf)

database Settings

Table Prefix : Teks wp_  jangan ubah, biarkan dia kat situ .

Site Settings

Site Name: Isi dengan Tajuk / nama Website korang.
Site Description : Penerangan Website , contohnya 'Blog Ini Blog Berhantu, hehehe'.
Enable Multisite ( WPMU ) : Klik box tersebut jika korang  ingin menggunakan ciri-ciri Multisite , namun Server anda haruslah suport Aphace mod_rewrite untuk menjalankan ciri-ciri tersebut . Sila rujuk dengan web hosting anda. (Biasanya aku akan ignore je dia)

Admin Account

Admin Username: Tetap gunakan Admin (tapi akau sarankan korang jangan gunakan perkataan 'admin', sebab senang dihack oleh para hackers)
Admin Password : Letakkan Password yang strong, kalau boleh password dan username anda letakkan dalam notepad dan simpan dalam pen drive atau komputer anda. Password ini nantinya akan korang gunakan untuk Log in ke wp-admin
Admin Email: Masukkan alamat e-mel korang yang sah .

Choose Language

Pilih bahasa yang akan korang gunakan pada CMS wordpress. Guna je bahasa English. Periksa sekali lagi dengan teliti sebelum anda klik Install . Apabila tidak keluar tulisan berwarna merah error , teruskan Install WordPress korang dan ..... berjaya , maka anda akan menerima email dari Softaculous beserta link untuk akses ke wp- admin website: http://domainanda.com/wp-admin .

Klik link tersebut untuk Log in, seterusnya korang boleh memulakan untuk menulis artikel dan mengubah website / blog korang semua.

Satu lagi nak bagitau, Softaculous ni bukan hanya boleh install WordPress, tetapi boleh install bermacam-macam lagi seperti :
  • Zikula
  • Xoops
  • ocPortal
  • Website Baker
  • sNews
  • Geeklog
  • Drupal
  • Mambo
  • PHP-Nuke
  • Pligg
  • MODx
  • e107
  • Concrete5
  • phpwcms
  • CMS Made Simple
  • Contao
  • SilverStripe
  • PyroCMS
  • Redaxscript
  • PHP-Fusion
  • Silex
  • Saurus
  • jCore
  • Fork
  • Mahara
  • Tribiq
  • ImpressCMS
  • Typo3
  • Quick.CMS
  • ImpressPages
  • Pluck
  • BIGACE
  • Subrion
  • Joomla
  • Pimcore
  • Monstra
  • Tiki Wiki CMS Groupware
  • Bolt
  • Croogo
  • Dan banyak lagi
Seperti biasa, aku tahu korang semua malas membaca artikel aku yang panjang berjela nih,  aku akan letakkan sekali video yang sumbernya dari youtube. Harap tutorial ni dapat membantu, terima kasih


12 November 2013

Joomla! Asas dan Pengenalan



Joomla adalah open source content management system yang membolehkan anda untuk membina laman web dan aplikasi dalam talian yang hebat. Ia boleh didapati secara percuma, Joomla ditulis dalam format PHP untuk menguruskan kandungan pada laman web dan menggunakan pangkalan data MySQL untuk menyimpan kandungan. Joomla! dikeluarkan di bawah GNU General Public License.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengurusan kandungan / Content Management System ( CMS)?

Content Management System (CMS) adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS. Sistem pengurusan kandungan seperti menyediakan prosedur untuk menguruskan kerja di laman web yang kita bangunkan menggunakan CMS ini.

Prosedur ini boleh dilakukan samada secara manual ataupun secara automatik.
Kandungan pertama Pengurusan sistem (CMS) telah diumumkan pada akhir 1990-an. CMS ini telah direka untuk memudahkan tugas kompleks yang menulis versi pelbagai kod dan membuat proses pembangunan laman web yang lebih fleksibel.

Platform CMS membolehkan pengguna untuk membuat penulisan, penerbitan dan pengubahsuaian pada antara muka depan laman web anda sehingga ke bahagian yang lebih lengkap di sebalik laman web anda.

Bagaimana Joomla bekerja di laman web hari ini?

Berikut merupakan beberapa contoh laman web yang menggunakan Joomla!

  • Laman web korporat atau portal
  • Majalah dalam talian, surat khabar, dan penerbitan
  • E -dagang / E-Commerce dan tempahan dalam talian
  • Aplikasi Kerajaan
  • Laman web perniagaan kecil-kecilan
  • Laman web bukan keuntungan dan organisasi
  • Portal berasaskan komuniti
  • Laman web sekolah
  • Laman Web peribadi atau keluarga
  • dan banyak lagi ..

Apakah jenis-jenis fungsi yang laman web Joomla boleh buat?
Pendek kata , Joomla sejenis platform CMS yang mempunyai fungsi yang pelbagai. Dengan Joomla, anda boleh membina sebuah laman web secara kedai online, portal direktori, sistem perkhidmatan pelanggan, forum dan juga laman blog. Joomla adalah sangat extensible dan beribu-ribu plugin boleh didapati di Extensions Directory Joomla.

Di mana saya boleh memuat turun Joomla ?
Anda boleh memuat turun Joomla! melalui link berikut http://joomla.org atau Joomlacode.
Penafian: Joomla! ® merupakan hak cipta yang dimiliki oleh Open Source Matters, Inc  di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Lihat video dibawah ini untuk mengenali Joomla dengan lebih mendalam secara info grafik:

http://youtu.be/PhSyVwAug6w

11 November 2013

Kejam!!! Pengawal Tembak Pekerja AmBank Ditangkap

Salam. bulan lepas negara dikejutkan dengan kes pembunuhan yang agak kejam dan mengerikan terutama melibatkan 'warganegara' Malaysia yang mempunyai kad pengenalan PALSU yang menjadi pegawai security (pak guard). Sedihnya aku tengok anak-anak pasangan ni yang kehilangan ibunya dikala usia yang masih kecik lagi. Takziah diucapkan kepada suami dan keluarga mangsa Arwahyarhamah Norazita Abu Talib.

Aku ulas benda ni sebab lepas STPM, aku pernah join dan jadi pegawai security di syarikat ni tapi sekadar jaga kilang buat bahan mentah Mc'D je la. Aku juga tahu sedikit sebanyak prosedur keselamatan untuk menjadi pengawal keselamatan di sini dan salah satunya perlu ada IC serta cukup umur. Rekod polis juga akan disemak dan jika ada yang mempunyai rekod lampau kerana mencuri dan sewaktu dengannya, pengawal keselematan ini akan diberhentikan dan terus dibawa ke balai polis.

Permasalahannya adalah, macam mana pihak majikan boleh terlepas pandang berkenaan IC yang dikatakan PALSU? Kenapa tak buat tapisan betul-betul terhadap suspek? Harap pihak berkuasa pantau gejala IC PALSU yang rata-ratanya diberi secara berleluasa di Sabah. Dan semalam aku tengok berita dekat TV9 yang mamat ni dah kena tahan dekat Johor, nasib baik belum sempat naik feri pergi ke Indonesia.

Baca seterusnya...

image-security

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - Bernama

 

Berikut merupakan pelbagai kisah kad pengenalan palsu berjaya didedahkan dan menjadi persoalan bagaimana warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia dengan menggunakan MyKad palsu
.

Klik link ni :

  1. http://www.nescafeais.com/mudahnya-mendapatkan-mykad-palsu-dengan-harga-hanya-rm350/

  2. http://www.nescafeais.com/rakan-pembunuh-kejam-ambank-beraksi-ganas-acu-senjata-api/