Pages

17 Februari 2014

Sony Vegas Pro – Asas dan Pengenalan

Semenjak berkecimpung dalam dunia multimedia ni aku pernah menggunakan bermacam-macam software untuk membuat suntingan video antaranya Pinnacle StudioAdobe Premiere Elements,Adobe Premiere Pro dan juga Adobe After Effect. Namun aku telah berpeluang untuk belajar satu lagi software  yang baru  iaitu Sony Vegas Pro.
Sony Vegas Pro adalah satu pakej perisian editing video untuk sistem penyuntingan bukan linear (non-linear editing systems - NLE) yang diterbitkan oleh Sonic Foundry, kini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Sony Creative Software.
Pada mulanya, Sony Vegas dibangunkan sebagai editor audio, dan aku masih ingat pada 5 tahun lepas software Sony yang popular untuk audio adalah Sound Forge, ia akhirnya berkembang menjadi NLE untuk video dan audio dari versi 2.0. Sehingga versi 10, Vegas Pro menggunakan Microsoft Windows XP (32-bit sahaja), Vista dan 7 (kedua-dua edisi 32-bit dan 64-bit ). Namun Versi 11 pula hanya support untuk Windows XP, dan versi 12 hanya support untuk komputer yang mempunyai fungsi Window 64-bit sahaja.
Setelah diteliti, Sony Vegas Pro tidaklah susah sangat berbanding dengan Adobe After Effect, ianya juga menjadi lebih mudah jikalau anda sudah pun faham dan mempunyai pengalaman menggunakan adobe Primere Pro sebelum ini. Secara ringkas, Sony Vegas pro memang sesuai juga untuk mereka yang tidak mempunyai basic editing sebelum ini.
Jika korang inginkan kelainan dan kepelbagaian, aku sarankan belajar Sony Vegas Pro ini, serius memang bagus. tambahan pula, terdapat beberapa template yang percuma boleh didapati di youtube. Sony Vegas juga mempunyai fungsi edit green screen. Anda juga boleh muat turun/download software Sony Vegas terbaru di laman web Sony ini, walaupun boleh buat percubaan untuk 30 hari, aku rasa ianya amat berbaloi juga untuk belajar  :).
Untuk melihat contoh video kahwin yang menggunakan 100% software Sony Vegas pula sila klik link ini . 
Berikut merupakan contoh video tutorial yang menerangkan secara detail cara penggunaan Sony Vegas pro ini, selamat mencuba  :)


Dividen KWSP 2013 – 6.36 %

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bagi ahlinya, iaitu peningkatan berbanding tahun 2012.
Tahun lepas KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.
Pengerusi Lembaga KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.
Beliau berkata penyata akaun KWSP yang telah dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my
“Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai Isnin, 17 Februari 2014,” katanya.
Tambah beliau, maklumat dividen 2013 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, di pejabat KWSPTwitter KWSPBuzz dan YouTube.
Beliau berkata kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatat rekod tertinggi sebanyak RM35 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.012 bilion yang dicatat pada 2012.
“Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran,” katanya.
Samsudin berkata ekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP pada 2013, menjana RM19.52 bilion pendapatan, peningkatan ketara sebanyak 40.39 peratus berbanding RM13.90 bilion yang dicatat pada 2012.
“Portfolio ekuiti KWSP menjana pulangan nyata dua angka, mengatasi prestasi dana lain yang sama,” tambah beliau.
Beliau berkata prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti telah disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi, berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya PRU13.
Menurut beliau, dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013.
Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012. Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun, jelasnya.
“Di sebalik kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan kewangan, KWSP tetap teguh dan pencapaiannya adalah bukti usaha dan inisiatif berterusan pengurusan KWSP untuk mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang,” kata beliau.
Jelas Samsudin, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun yang lepas.
“Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten,” tambah beliau.

Sumber – Bernama