Pages

29 Oktober 2013

Brunei Telah Melaksanakan Hukum Hudud



BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.

24 Oktober 2013

Anda Graphic Designer? Anda kenal Vector & Raster?


Soalan cepumas, Anda designer? anda kenal vector dan raster? Jikalau anda graphic designer , anda wajib kenal vector dan juga raster, ianya bukan penyanyi dangdut, bukan juga pemain biola serta bukan pemain Arsenal.
Sebagai seorang pereka grafik, perkara utama yang korang perlu tahu adalah perbezaan antara raster dengan vector. Sekiranya korang semua bekerja dalam industri kreatif dan melibatkan kerja untuk merekabentuk grafik, adalah amat penting untuk anda mempunyai pemahaman asas imej Raster & Vector. Imej raster adalah terbentuk dari kumpulan dot per inch (dpi) dan diwujudkan melalui imbasan karya seni seperti hasil suntingan gambar dan sebarang program.

Manakala imej Vector pula terbentuk dari garisan melengkung dan garisan yang membentuk objek. Imej ini terhasil melalui pengiraan matematik menggunakan perisian berasaskan vektor contohnya seperti Adobe Illustrator. Sebagai contoh sila rujuk gambar di bawah :


Jadual Perbezaan Antara Vector Dengan Raster
RASTER
VECTOR
RESOLUSIdpiPengiraan matematik
SAIZLebih besar, bergantung kepada dpiSangat kecil
FORMATBMP,PCX,TIFF,JPEG,PNG,PSDEPS,AI,WMF,CDR,DXF
HASIL KARYAPoster, lukisan
PERISIANAdobe Photoshop, Win paintAdobe Illustrator, Coraw Draw, Adobe Flash
KELEBIHANMenambahkan kesan khas seperti pencahayaan dan bayang-bayangSaiz imej dapat diubah tanpa menjejaskan kualiti imej

Pada pendapat aku pula, Vector adalah satu jenis image yang terbentuk hasil daripada koleksi garisan, warna, titik lengkongan yang bersambung antara satu sama lain, lebih jelas lagi, jika makin banyak titik dalam sesuatu gambar, makin jelas & sharp gambar tersebut. Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan tertentu dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
  • Logo
  • Animasi
  • Banner/Bunting/Billboard
  • Clip art
  • Button
  • Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
  • Adobe Illustrator
  • Corel Draw
  • AutoCAD
  • Macromedia/Adobe Flash
  • Macromedia FreeHand
  • In-Design
Ok, kat bawah merupakan list website untuk korang download pelbagai vector yang aku terangkan kat atas. Boleh dikatakan antara website yang patut dijadikan rujukan oleh seorang pereka grafik dan yang lebih penting ianya 100% PERCUMA. Klik mana-mana senarai link dibawah :-
Harap dapat membantu, terima kasih

22 Oktober 2013

Cara Untuk Install WordPress Secara Manual

Dalam tutorial ini aku akan menerangkan kepada kamu semua tentang cara-cara install WordPress ke web hosting secara manual. Ramai pengguna di luar sana yang lebih bergantung kepada penggunaan softaculous yang berfungsi secara automatik dalam men'install WordPress. Namun bagi aku, lebih baik tahu kedua-duanya daripada tidak ambil tahu dan buat-buat tahu tapi tak tahu, tak gitu? Ok, Ikut garis panduan ini jika anda mahu untuk melaksanakan pemasangan versi WordPress terbaru tanpa menggunakan pemasangan secara Softaculous.

LANGKAH 1 Muat turun pakej pemasangan WordPress

Untuk memulakan proses pemasangan , pertama anda perlu memuat turun WordPress dari halaman download rasmi. Aku sarankan supaya kamu semua sentiasa memuat turun dan memasang versi terbaru WordPress bagi mengelak pelbagai perkara buruk berlaku di kemudian hari. Anda boleh memuat turun versi terbaru di laman web ini.

tutorial-wordpress-1

Sebaik sahaja anda klik pada butang Download/muat turun untuk versi WordPress terbaru, pakej pemasangan dalam format ZIP akan disimpan ke komputer anda. Cari pakej pemasangan yang anda baru sahaja muat turun dan ekstrak ke folder baru.

LANGKAH 2 Muat Naik Fail WordPress ke CPanel @ Hosting anda

Sekarang, anda perlu memuat naik gambar-gambar yang diambil dan folder ke hosting anda. Cara yang paling mudah untuk memuat naik fail pemasangan adalah melalui FTP. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk memuat naik fail melalui FTP, nanti aku akan jelaskan secara terperinci melalui tutorial yang akan datang.

Penting!
Jika anda ingin WordPress anda untuk pemasangan utama dalam akaun anda dan boleh diakses melalui domain utama anda (iaitu www.mydomain.com ), anda perlu memuat naik gambar-gambar yang diekstrak ke folder public_html anda.

Sebaik sahaja muat turun selesai, cabutan arkib dan memuat naik ke akaun web hosting anda. Anda boleh berbuat demikian melalui FTP menggunakan aplikasi pelanggan seperti FileZilla atau melalui cPanel -> File Manager -> Muat naik fail. Jika anda ingin pemasangan WordPress ini menjadi nama utama untuk laman web anda , fail-fail perlu diletakkan di dalam folder public_html dalam hosting @ cpanel anda. Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh membuat subfolder (iaitu public_html / blog ) jika anda mahu menjalankan hanya sebahagian daripada laman web anda di WordPress.

tutorial-wordpress-2

LANGKAH 3 Buat Pangkalan Data MySQL untuk menggunakan WordPress

Sekarang, anda perlu untuk mewujudkan pangkalan data MySQL dan menetapkan pengguna untuk dengan kebenaran penuh. Sebaik sahaja anda mewujudkan Pangkalan Data MySQL anda dan User / Pengguna , pastikan anda menulis nama pangkalan data, pangkalan data dan nama pengguna serta kata laluan anda yang baru sahaja diwujudkan. Anda akan memerlukan kedua-duanya untuk proses pemasangan yang berikut.

tutorial-wordpress-3

LANGKAH 4 Pergi melalui proses pemasangan

Kini sudah tiba masanya untuk pergi ke laman web anda untuk bermula dengan proses pemasangan. Jika anda telah memuat naik WordPress dalam direktori public_html anda, anda akan perlu pergi ke http://yourdomain.com dalam pelayar pilihan anda. Perkara pertama yang anda akan perasan adalah mesej, memberitahu anda bahawa anda tidak mempunyai fail wp -config.php dan anda perlu membuatnya satu fail secara manual. Hanya klik pada butang Buat Fail Konfigurasi untuk meneruskan.

tutorial-wordpress-4

Pada halaman ini anda akan melihat mesej, meminta anda untuk menyediakan maklumat yang diperlukan untuk pemasangan. Oleh kerana kita sudah mempunyai maklumat ini, hanya tekan Lets' Go!.

tutorial-wordpress-5

Masukkan butiran untuk pangkalan data MySQL anda yang baru cipta dan tekan butang Sumbit.

tutorial-wordpress-6

WordPress kini akan memeriksa jikalau tetapan anda adalah betul ataupun salah. Dengan kata lain, ianya perlu sama dengan maklumat yang anda buat tadi melalui MySQL. Jika anda telah memasukkan semua maklumat yang diperlukan , anda akan melihat skrin pengesahan. Tekan Run the Install untuk meneruskan.

tutorial-wordpress-7

Pada skrin seterusnya anda akan perlu memasukkan maklumat mengenai nama pengguna pentadbiran anda dan tajuk laman web baru anda. Di samping itu, anda boleh menentukan sama ada anda akan mahu enjin carian untuk indeks laman web anda atau tidak. Setelah anda mengisi maklumat tersebut, tekan butang Install WordPress. Ingatlah, bagaimanapun, bahawa anda perlu meletakkan alamat e-mel yang sebenar supaya senang jika berlaku kes terlupa kata laluan/password atau nama pengguna/username, ianya akan terus dihantar ke alamat email yang aktif tersebut.

tutorial-wordpress-8

Itu sahaja!

Permohonan WordPress baru anda telah dipasang. Anda boleh menggunakan Login Dalam butang untuk mengakses backend pentadbiran anda dan mula menyiarkan di tapak web baru anda.

tutorial-wordpress-9


Credit to : www.siteground.com

14 Oktober 2013

10 Sebab Orang Melayu Gagal Dalam Bisness

Mengapa orang melayu sering kali gagal dalam perniagaan? tidak seperti orang cina di mana kejayaan yang diperoleh sentiasa konsisten dan bertambah-tambah.Setelah dikaji dan diselidik secara mendalam,terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan orang melayu dalam bidang perniagaan.

1) PEMBERI ALASAN – “Susah la nak jual tudung ni. Ramai dah yang jual. Lagipun aku lelaki kot.”

2) PEMALAS – “Malasnya nak pergi ambik stok baru dekat gudang”

3) PENANGGUH – “Esok je la pergi ambil stok baru. Sempat lagi. Lagipun bukan ada demand sangat. Hari ni nak lepak-lepak je, dating ke, tengok wayang ke.”

4) PERLAHAN-LAHAN – “Nak buat bisnes ni kena relax, tak boleh kalut-kalut. Slow-slow la buka kedai. Dorang memang takde pilihan lain dah, area ni aku sorang je buka kedai runcit. Mesti cari aku gak.”

5) PENUNGGU – “Aku rasa kalau aku jual tudung mesti laku, tapi tak de orang la buat lagi. Arghhh! Tunggu je la dulu, kalau dorang buat, untung besar, baru aku jual.”

6) PENGIKUT – “Eh! Jual charkuetiaw macam untung la. Mudah pula nak sediakan. Nak jual juga la. Modal bukan besar sangat pon.”

7) PENYIBUK – “Agak-agak berapa ye untung kedai depan tu hari ni?”

8) PENUDUH – “Ni semua kedai depan tu punya pasal, macam tak boleh jual benda lain je. Tudung juga dia nak jual. Mampus la aku nk survive camni.”

9) PENGKRITIK BUKAN PELAKU – “Ape la dia ni. Tu pon tak reti nak buat, senang je kot. Campur je la air campur dengan batu. Jadilah ABC. Mudah je. “

10) PERTENGAHAN JALAN – “Susah la jual tudung ni, banyak competition, nak jual seluar dalam la pula. Mudah.”

11) PEMBIAWAKAN – Merujuk kepada sifat sesetengah golongan yang kuat dengki dengan kejayaan orang lain tetapi tidak berusaha untuk lebih berjaya malahan cuba menjatuhkan orang tersebut. Contoh: Seorang lelaki muda memandu kereta Audi meluncur megah disebelah seorang mamat menaiki kapcai. “Eleh! Tu mesti kereta pak dia tu, tak pon kereta company, ataupun dia tu driver VVIP. Jangan harap la muka camtu mampu pakai Audi. Aku yang kerja bertahun-tahun macam nak mati jadi despatch ni pon tak mampu nak pakai. Kerek gila dengan spek hitam segala. Minta-minta dia eksiden kat depan tu. Mati lagi senang. Nyampah aku tengok.”


Sumber : Alumni Dr Azizan Osman

04 Oktober 2013

Apa Itu web Hosting !

Assalamualaikum , salam jumaat dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak share tentang satu video yang dibuat secara kreatif oleh seorang amoi cute bernama Emery Tan. Sebelum tu aku agak, tentu ramai pembaca di luar sana ingin mengetahui dan tertanya-tanya tentang:
  1. Macam mana nak buat website ?
  2. Senang ke nak buat blog?
  3. Apa itu hosting?
  4. Apa itu domain?
  5. Nak guna software apa untuk create website / blog?

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui secara asas, Apa Itu web Hosting!



P/s : Jika sesiapa yang berminat untuk membeli atau memiliki sendiri Hosting dan Domain, aku cadangkan agar sila jengah-jengah ke ServerFreak. Sepanjang menggunakan perkhidmatan mereka, aku rasa tak de masalah dan services diorang juga amat memuaskan. Bayangkan jikalau aku beli domain baru untuk customer aku, dan aku buat pembayaran melalui maybank2u , tak sampai 2 minit terus dapat integrate. Fuh.. memang laju giler kentang. Bukan aku nak cakap Server Provider lain tak elok, cuma aku belum jumpa lagi  Server Provider yang betul-betul terbaik di Malaysia selain daripada serverFreak.