Pages

17 September 2013

10 Tips untuk jadi seorang pereka grafik yang Superb Otai!

1. Pilih bidang reka bentuk grafik yang anda betul-betul minat

Sebelum anda boleh memperkenalkan diri anda sebagai seorang pereka grafik, anda perlu membuat beberapa pilihan. Sebagai contoh , adakah anda berminat dalam pengiklanan , pembangunan laman web , produksi video (contohnya industri TV ), cetakan, atau animasi ? Ini semua boleh dianggap sebagai pelbagai bentuk grafik. Jika anda berminat dan juga MAHIR dengan kesemua bidang tersebut, ianya merupakan satu bonus dan anda perlu tajamkan skill anda tersebut mengikut perkembangan semasa. kalau korang tanya aku, sudah pasti jawapannya adalah "Kesemua bidang grafik aku minat" jika ianya mampu memberikan kepuasan dan mata pencarian.

2. Mempunyai pengetahuan dalam software grafik
Aplikasi yang biasa untuk reka bentuk grafik adalah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Jika anda merancang untuk melangkah dengan lebih jauh lagi aku sarankan korang pelajari Adobe Creative Suite yang sepenuhnya termasuk Acrobat, Dreamweaver, Illustrator, Premiere, Photoshop, InDesign dan After effect.


3. Beli buku. 
Buku boleh dikira sebagai bahan rujukan yang penting untuk pereka grafik sebagai medium mendapatkan idea. tak kira sama ada buku tu berbentuk teks ataupun penuh dengan gambar. Jika aku berada di kedai buku, aku akan pilih buku yang santai dan mempunyai idea yang fresh. Secara tidak langsung ianya menjadi sumber inspirasi kita untuk mengeluarkan idea baik dan selalu mengikut perkembangan semasa. Satu lagi adalah komik, kebanyakkan pereka grafik suka dengan komik, antara komik yang menjadi plihan aku adalah Gempak, Kreko, Ujang, Apo, Detective Conan dan banyak lagi. Sejak sekolah lagi aku mempunyai ramai kawan rapat yang giler-giler kaki komik.

4. Ambil kursus dalam reka bentuk grafik
Untuk menjadi seorang pakar grafik, anda WAJIB mempelajari program komputer seperti Photoshop dan Illustrator walaupun anda amat terer melukis. Luangkan sedikit masa untuk mencari guru yang lebih otai bagi sesi sedup-sedup ilmu ini. Jika ada kelas yang berbayar dan gurunya pun boleh tahan femes serta diketahui ramai atas kememampuannya, lebih baik anda jangan lepaskan peluang tersebut walaupun anda terpaksa keluarkan duit poket sendiri.

5. Terlibat dengan komuniti / kelab reka bentuk atau grafik
Sehebat mana pun anda tetapi anda tidak bergaul dengan ramai orang anda adalah ' Katak di dalam tempurung'. Cuba bergaul dengan melibatkan diri dengan kelab atau komuniti yang berunsurkan seni, contohnya Kelab Photographer, Kelab Seni Lukis dan sebagainya. Apabila kita berada dalam komuniti tersebut, secara tidak langsung kita akan terdedah dengan kritikan dan pandangan ahli yang lain. Walaupun ia mungkin pada mulanya menyakitkan hati, jangan ambil serius dan terimanya dengan hati yang terbuka. Selain itu, ia adalah penting untuk melihat apa yang orang lain lakukan supaya anda terdedah kepada lebih daripada hanya satu atau dua gaya. Anda juga disarankan sertai kumpulan@komuniti grafik baik dalam forum ataupun laman sosial seperti Facebook, twitter, instagram dan sebagainya.

6. Dapatkan pendidikan formal dalam Graphic Design 
Kebanyakan syarikat di Malaysia hari ini amat mementingkan pencapaian akademik sebelum diterima bekerja. Ada antaranya yang menetapkan taraf pendidikan sebagai penentu untuk mendapatkan paras gaji minima. Sekurang-kurangnya dapatkan sijil kursus Photoshop atau diploma, tak pun paling kurang ada sijil komputer serta tahu menaip. Kebanyakkan design sekarang banyak menggunakan perisian yang khusus dan memerlukan skill yang baik dalam komputer. Makin lama anda bekerja di bidang grafik, makin mahal nilai anda untuk dinilai oleh sesebuah syarikat. Contohnya jikalau pengalaman anda sudah 5 tahun, sekurang-kurangnya anda mampu memohon kerja dengan gaji bermula RM 3000 sehingga RM 5000 mengikut pengalaman.

7. Develop gaya yang unik
Jika anda mahu orang lain mengenali anda hanya dengan melihat karya anda, aku amat sarankan supaya korang develop atau mencipta gaya seni yang tersendiri. hal ini penting supaya identiti anda tidak diciplak oleh orang lain secara membab*  buta sahaja. Jangan takut untuk mencipta gaya baru yang berstail anda sendiri.

8. Jangan takut dengan kritikan
Sebagai orang seni, sudah pasti hati pun amat sensitif dan mudah terluka, jadi tidak ramai designer yang boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain. Ramai juga yang susah nak mengaku kelemahan sendiri. Dalam dunia pekerjaan sebenar, kritikan daripada klien adalah benda sama sekali yang tidak boleh dielakkan. Siapa yang tak bengang kalau design yang kita buat dengan susah payah tu dikomen sesedap rasa. Lepas tu kena ubah lagi. Anggap je semua komen dan kritikan tu macam ubat yang pahit tapi perlu ditelan untuk memajukan diri.

9. Mengubah / Redesign kerja orang lain
Redesign tak bermaksud anda meniru 100%, cuba anda tengok mengapa orang Jepun maju dan berjaya hingga ke hari ini, sebenarnya mereka banyak mengubah hasil ciptaan barat mengikut kesesuaian masyarakat mereka. Jika anda seorang pereka grafik yang berseni, sekali lalu pun anda sudah tahu kekuatan dan kekurangan design yang anda tengok itu. Cuba ubah menjadi lebih baik, kurangkan benda yang anda rasa berserabut dan tidak sesuai. Tambahkan rekaan yang lebih fresh dan menjadi daya penarik. Secara tidak langsung, ianya menyebabkan otak anda menjadi lebih terbuka dan kreatif berbanding orang lain. Aku ada buat banyak kali dan hasilnya boleh menyebabkan aku senyum sorang-sorang :)..

10. Buat portfolio
Sebagai pereka grafik, portfolio amatlah penting sebagai bukti kemampuan kita di dalam bidang ni. Aku sarankan korang buat potfolio dalam tiga bentuk iaitu :
  1. Dalam bentuk soft copy iaitu burn dalam CD @ DVD,
  2. Print dan letak dalam file (kebiasaan saiz file seorang pereka grafik adalah sebesar A3, supaya senang dan jelas orang lain nak tengok hasil kerja kita).
  3. Online. Bentuk online aku rasa amat penting untuk memperkenalkan rekaan kita kepada seluruh dunia. Anda jangan risau sebab kebanyakannya adalah PERCUMA. Paltform yang menjadi tempat lepak pereka grafik untuk perkenalkan hasil seni mereka antaranya adalah Behance, Carbonmade, Creative Shake, Coroflot, Foliolink , Impactfolios, Creative Hotlist , Designers Toolbox , Qfolio, Big Black Bag, FolioSnap  dan banyak lagi. Sudah tentulah Behance menjadi pilihan no-1 aku. rujuk portfolio di sini , Behance.net.


Terima kasih

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Burn dlm cd tu dlm bntuk pdf ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, burn portfolio dalam CD lebih baik untuk simpanan jangka panjang, tak kisah dalam format pdf atau image (Jpeg, png). Cuma kalau nak mohon kerja, saya nasihatkan bila kita bagi portfolio dekat orang dalam bentuk pdf jgn lupa export sebagai low-res. Kalau kita bagi dekat orang High-Res, kemungkinan artwork kita boleh digunakan oleh org lain. Semoga menjawab pertanyaan. Terima kasih

      Padam