Pages

14 Oktober 2014

Cincin Batu Gunung Tebu - Jarum Hitam

Salam.

HARI ni aku nak bercerita pasal cincin yang permatanya besar gedabak, biasa pemakainya  orang-orang tua kita. Terlebih dahulu, aku bukannya peminat cincin yang tegar, apatah lagi pakar dalam menentukan jenis-jenis batu cincin.

Aku pakai pun sekadar suka-suka , bukan tujuan mistik, menunjuk2 atau untuk buat bertumbuk. Aku pakai sebab ianya merupakan pemberian istimewa dari ayah aku. Dan aku ada beberapa bentuk lagi yang belum diikat.

Di bawah merupakan cincin Batu Gunung Tebu- Jarum Hitam yang ayah aku cari dan buat sendri sebab dia memang peminat cincin tegar. Bagi aku, kualiti dan kesenian batu memainkan peranan penting kepada pemilik. Cincin dekat gambar bawah ni telah ditawar dengn harga RM 2000 lebih oleh peminat di Langkawi namun aku tidak jual. Mungkin harganya tidak menarik atau aku rasa sayang nak jual,hehe.




Sejarah Gunung Tebu

Ia mempunyai ketinggian 3,401 kaki dari aras laut dan terletak di Mukim Jabi, Besut. Di kaki gunung terdapat air terjun yang popular dan amat cantik iaitu Lata Belantan. Keadaan fizikal airnya selamat dan sesuai untuk anak-anak sekeluarga.

Di sepanjang pendakian terdapat pelbagai flora dan fauna khazanah alam yang unik dan tak ternilai harganya seperti Tongkat Ali, Janggut Ali, Misai Ali, Kacip Fatimah, Serapat dan sebagainya yang tumbuh meliar di sini.

Di tengah perjalanan, anda akan berjumpa satu kawasan yang lapang yang terdapat batu besar yang diberi nama Batu Tok Mat Hassan. Menurut penduduk tempatan di sini, batu tersebut diberi nama sempena dengan nama seorang penduduk tempatan yang pernah datang dan bertapa di sini. 

Lokasi pertapaan dikatakan tujuh tingkat di bawah batu besar ini.Tok Mat Hassan ini dikatakan telah bertapa selama 44 hari dan hanya memakan sebiji bertih sehari sepanjang pertapaan.

Apa yang menarik kawasan puncak Gunung Tebu ini agak luas dan rata. Apa yang unik terdapat banyak pokok bonsai di kawasan ini dan dalam keadaan yang sentiasa terjaga dan terpelihara iaitu bagaikan dalam taman dan seperti di kawasan hutan!.Dari puncak ini terserlah keindahan alam semulajadi dengan hawa udara gunung dan jelas nampak pemandangan Laut China Selatan dari puncak ini.

Di antara kisah misteri Gunung Tebu ( di petik dari LIBUR Mac/April 2003)
Jangan menyangka gunung ini dipenuhi dengan pokok tebu di puncaknya. Malah disepanjang perjalanan pendakian anda tidak akan menemui sebatang pun pokok tebu. Tetapi jika seseorang itu tersesat ketika mendaki atau menuruni gunung, biasanya akan menemui pokok tebu yang besar. Dari cerita mereka yang tersesat inilah ia dikenali dengan Gunung TebuTerdapat beberapa buah batu di gunung ini yang diberi nama tertentu mengikut cerita yang tersendiri. 

Batu Madrasah yang terdapat di tapak perkhemahan di puncak di katakan telah digunakan oleh Tok Mat Hassan untuk orang-orang bunian tentang ilmu agama.Terdapat juga batu yang tersusun atur bagaikan susunan kerusi di sebuah dewan dan dua buah batu di kiri dan kanan pintu masuk ke taman bonsai seakan-akan tempat orang mengawal dan menjaga urusan keluar masuk. Batu itu juga dinamakan Batu Mahkamah dan dikataan digunakan oleh orang-orang bunian sebagai tempat perbicaraan mereka.

Tentunya setelah mengetahui serba sedikit latar belakang Gunung Tebu ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk ke mari untuk menerokai dan merasai sendiri pengalaman mendaki dan menyelami sendiri kemistikan gunung ini yang sememangnya berbeza dengan gunung-gunung lain.

Apapun nasihat blogger, pastikan anda mendapatkan khidmat Jurupandu Alam semulajadi yang berlesen bagi memastikan perjalanan dan ekspedisi anda selamat.

( Sejarah Gunung Tebu dipetik dari blog www.terengganumyheritage.blogspot.com

10 Oktober 2014

Cipta Animasi Mudah Menggunakan Anime Studio




Masa praktikal tahun 2009, aku telah diperkenalkan dengan satu software yang agak bagus iaitu Anime Pro. Walaupun sudah lama berlalu, aku masih lagi mengkaji dan pelajari teknik buat animasi menggunakan Anime Pro ni untuk keperluan akan datang. Walaupun namanya 'Anime' iaitu kartun dari Jepun, jangan terkejut sebab ianya mula-mula dicipta oleh sorang mat saleh di Santa Cruz, Amerika Syarikat.

Anime Studio adalah berasaskan vektor 2D perisian animasi proprietary untuk animator yang pada mulanya dibangunkan di bawah nama " Moho " pada tahun 1999 oleh Mike Clifton di bawah syarikat LostMarble. Perisian ini datang dalam dua versi yang berbeza , yang dinamakan Anime Studio Debut dan Anime Studio Pro. Anime Studio boleh didapati untuk sistem operasi Windows, Linux dan Macintosh, Dari segi bahasa, ianya hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga Jerman.

Anime Studio mampu membuat pelbagai gaya animasi. Ia boleh mengeksport kartun animasi seperti Flash, mewujudkan animasi gaya cutout (gambar) dan menggunakan konsep 'bone' atau tulang sebagai asas pergerakan. Oleh kerana ia mempunyai beberapa fungsi asas 3D , ia boleh dilihat sebagai satu program 2½D (Dua Setengah Dimensi). Ianya juga sesuai untuk filem pendek , terutamanya yang menerangkan tentang cerita mereka dalam satu adegan pendek atau montage. Kalau sudah mahir dengan tool serta shortcut nya, kita juga boleh buat satu animasi dengan agak cepat berbanding dengan software lain .

Banyak lagi ciri-ciri Anime Pro yang boleh anda cuba, sebagai designer atau animator, tidak rugi untuk mencuba software ini untuk luaskan pengalaman dan juga ilmu.

Di bawah ini ada video kreatif yang menggunakan Anime Pro untuk buat animasi pendek, Semoga bermanfaat.