Pages

11 Disember 2014

Seni Terlampau Kreatif oleh Ben Heine " Pencil VS Camera "

Seni merupakan suatu perkataan yang sampai sekarang manusia susah nak tafsirkan. Sebabnya adalah, setiap makluk ciptaan Tuhan telah dicipta-Nya dengan sifat, perbuatan dan tafsiran akal yang amat kompleks. Ada antara artis seni yang sanggup mati semata-mata untuk siapkan karyanya, ada yang sanggup berbogel di jalanan membentuk arca, menggunakan lukisan membentuk objek yang sukar difahami dan pelbagai lagi semata-mata untuk menunjukkan karyanya itu adalah ber'seni'.

Hari ini aku ingin tunjukkan kepada korang semua tentang satu seni yang luar biasa iaitu gambar sebenar yang digabungkan dengan lukisan pensil menarik serta kreatif. Artisnya adalah Ben Heine. Beliau menggunakan teknik yang menarik iaitu  lukisan pensel seakan-akan berbentuk 3D dilukis atas kertas dan kemudian diletakkan di lokasi yang sesuai di mana latar belakangnya seakan-akan sama dengan lakaran lukisan beliau. Jika diperhatikan secara terperinci, setiap lukisan adalah mempunyai simbolik , yang penuh dengan penceritaan  dan tersirat dengan maksudnya yang tersendiri.

Mungkin di Malaysia, kita patut mencontohi karya dan kreativiti yang dibawa oleh Ben Heine untuk mendapatkan inspirasi dan dalam menghasilkan karya kreatif sendiri. Jom saksikan!












04 Disember 2014

Tanda Hati dan Jiwa dah Berdebu



Post ini aku tak tuju kepada sape2. Cukup sekadar nasihat untuk diri sendiri supaya sentiasa muasabah diri dan bersabar dalam setiap kehidupan. Tengok orang sekeliling dan ambil iktibar dengannya. Jauhi peerbuatan suka mengutuk sesama insan walau seteruk mana pun sikapnya pada masa lalu dan juga sekarang. Semoga diberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita supaya menjadi orang yang baik. Sekian