Pages

09 Disember 2013

Parallax Scrolling – Evolusi Baru Website?

Pada zaman sekarang, evolusi laman web telah masuk ke zaman yang baru sesuai dengan kemajuan teknologi dan juga perkembangan idea manusia. Apa yang menarik perhatian aku adalah tentangParallax Scrolling. Lebih mengejutkan, ianya telah menjadi amat popular apabila pertama kali dicipta oleh Ian Coyle. Beliau adalah orang pertama yang menggunakan konsep Parallax Scrolling untuk laman web NIKE “Nike Better World” pada tahun 2011.
Apa itu Parallax ?
Istilah ini berasal dari παράλλαξις Yunani (parallaxis), yang bermaksud “pengubahan”. Objek berdekatan mempunyai paralaks yang lebih besar daripada objek yang lebih jauh apabila diperhatikan dari kedudukan yang berbeza, jadi Parallax Scrolling boleh digunakan untuk menentukan jarak sesuatu imej sehingga menimbulkan pergerakan seakan-akan berlapis serta 3D di dalam laman web.
Aku amat suka dengan teknik ini kerana ia seakan-akan sebuah laman web yang di dalamnya ada animasi yang kreatif. Laman web yang menggunakan teknik ini akan menggunakan pelbagai lapis layer yang disambungkan dengan kod-kod html, java script dan juga css.
Antara software yang boleh digunakan bagi menghasilkan effect Parallax Scrolling ini adalah Adobe Muse. Untuk belajar pelbagai tutorial berkaitan teknik ini, korang boleh masuk ke laman web utama Adobe Muse di sini. Aku pun dalam proses belajar benda ni. In Sha Allah kalau dah pandai aku akan share dekat blog ni untuk perkongsian semua.
Dekat bawah ini aku ada sertakan contoh-contoh website yang telah menggunakan teknik Parallax Scrolling ni. Klik untuk masuk ke pautan laman web mereka. Serius amat HEBAT dan AWESOME !