Pages

29 Ogos 2013

10 Teknik Pemasaran Online Terbukti Berkesan

Terdapat lebih kurang 10 Teknik Pemasaran Online secara Dalam Talian untuk kita guna sebagai medium memasarkan sesuatu produk, sebenarnya ada banyak lagi teknik pemasaran online yang sering digunakan pada masa sekarang, 10 yang popular aku nak share kat sini antaranya adalah:

1. Facebook Ads

FB Ads adalah singkatan Facebook Advertising. FB Ads ini membolehkan pengguna di Facebook mengiklankan produk, perniagaan mereka, servis mereka, atau apa saja (kecuali produk-produk larangan) di facebook. Iklan ini akan dipaparkan di sebelah kanan (sidebar) Facebook pengguna. Jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak FB adalah serendah USD0.01 untuk satu trafik/pelawat yang diperolehi! Anda boleh dapatinya di sini. Tetapi yang sedihnya adalah harga pengiklanan melalui FB Ads semakin mahal dari semasa ke semasa.

2. Viral Marketing
Viral Marketing merupakan suatu pemasaran terhebat masa kini. Perkataan Viral itu sendiri berasal dari perkataan Virus. Viral marketing berfungsi dengan tersebar nya sesuatu produk dari seorang kepada orang lain kemudian begitulah seterusnya. Kenapa viral marketing sangat penting kepada pemilik bisnes pada ketika ini kerana ia adalah satu cara pemasaran yang mudah untuk menjimatkan kos pengiklanan sesuatu produk. Cuba anda fikirkan bagaimana virus merebak? Ia tersebar dari seorang pesakit kepada pesakit-pesakit lain dan kemudian ia tersebar sehingga ke seluruh dunia. Begitu juga dengan Viral Marketing. Di sini boleh juga dikatakan sebagai ‘Word of Mouth’. Dari mulut seseorang dan tersebar kepada orang lain pula. Jadi, oleh sebab itulah viral marketing adalah sangat penting kepada pemilik bisnes pada hari ini.Ia sangat mudah dan dapat menjimatkan masa dan wang jika dilaburkan untuk pengiklanan.


3. Youtube / Video
YouTube merupakan laman web perkongsian video di mana pengguna boleh memuat naik dan berkongsi video yang dihasilkan sendiri. Pada Februari 2005, tiga orang pekerja PayPal telah mereka Youtube. Setahun setengah kemudian, Google Inc telah membeli YouTube, LLC dengan harga $1.65 puluh juta, dan kini beroperasi sebagai cabang tambahan Google. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa marketing menggunakan Video akan memberikan keberkesanan yang bagus untuk poromosi. Sebenarnya ada banyak lagi laman perkongsian video selain youtube di internet antaranya adalah Vimeo, Dailymotion dan banyak lagi.

4. SEO (Search Engine Optimization)

SEO adalah teknik yang membantu 'Search Engine' mencari dan meletakkan laman web anda lebih atas dari berjuta laman web yang lain sebagai tindakbalas kepada hasil carian yang anda lakukan. Dengan itu SEO membantu anda untuk mendapatkan trafik daripada 'Search Engine'. Apabila anda memasukkan perkataan dalam ruangan 'search' Google atau sebagainya dan tekan 'enter' , anda akan mendapat senarai web yang mengandungi perkataan tersebut.  Pengguna internet biasanya cenderung untuk melawat website yang tertera di senarai paling atas sekali kerana mereka menganggap website tersebut paling releven dengan carian yang mereka lakukan. Jika anda pernah terfikir mengapa sesetengah website ini diletakkan paling atas dari website yang lain, maksudnya anda harus mengetahui bahawa ianya disebabkan oleh suatu teknik pemasaran web luarbiasa yang dipanggil Search Engine Optimization (SEO).

5. Pengiklanan banner dan text link. 

Pengiklanan Banner boleh dikatakan amat popular di Malaysia, sampaikan banner telah dijadikan sebagai penunjuk arah dalam satu-satu majlis perkahwinan. Banner/Bunting boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul. Namun begitu, banner atau bunting tidak boleh dipasang secara membuta-tuli. Mungkin di kawasan kampung ianya tidak menjadi kesalahan tetapi jika dipasang di kawasan bandar atau berstatus pekan yang penduduknya ramai, ianya perlu mendapat lesen daripada pihak pembandaran area tersebut. Kosnya juga tidak mahal.

6. Advertorial

Advertorial adalah iklan yang ditulis sebagai suatu berita sebagaimana dalam surat khabar atau majalah pada umumnya. Bezanya iklan digabungkan dengan advertorial kerana advertorial dapat memampulasi kemahuan pembaca iklan dan memberi tulisan bermaklumat kepada pembacanya.Tulisan advertorial lebih sesuai kerana menjadi sebahagian daripada aktiviti below the line. Pelanggan cuba membina kesedaran jenama (brand awareness), penjenamaan, imej syarikat (corporate image), atau menyajikan maklumat agar pembaca lebih mengenal produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.

7. Ebook percuma

eBook adalah singkatan bagi “electronic book”. Dalam bahasa Melayu, istilah ini bermaksud buku elektronik. Kerana buku ini bukanlah buku sebenar seperti yang kita selalu tengok dan pegang. Kebiasaannya, buku elektronik dihasilkan dalam bentuk file pdf . Sesetengah penulis tidak menerbitkan buku mereka mengikut cara konvensional tetapi menerbitkan buku mereka dalam bentuk digital atau ebook. Penghasilan buku melalui kaedah ini lebih cepat dan lebih murah kosnya. Kebanyakan eBook ini berbayar dan ada yang percuma bergantung kepada kehendak penulis atau pemiliknya.

8. Google Adwords

Google Adwords boleh dikatakan satu fungsi yang tidak boleh dipandang rendah oleh pengguna terutama kepada mereka yang baru nak memulakan perniagaan. Hal ini kerana Google Adwords berfungsi sebagai carian kata kunci. Google Adwords sangat tertumpu kepada katakunci sasaran yang dipilih semasa kita setup sesebuah pengiklanan. Dengannya, kita boleh mensasarkan iklan pada carian katakunci yang kita mahu. Paling menguntungkan tentang Google Adwords, kita hanya akan dicaj hanya jika pelawat klik pada iklan. Jika tiada klik, tiada cas akan dikenakan.

9. Email marketing
Pemasaran emel adalah suatu medium pemasaran bagi memasarkan produk di internet yang menggunakan autoresponder bagi mempromosikan apa jua jenis perniagaan offline mahupun online seperti jual pakaian, tudung, kuih muih, prepaid kad fizikal atau sms, telefon bimbit, aksesori, jual ebook, jual servis, jual software, promosi blog dan ia amat sesuai untuk agen pemasaran seperti MLM, agen insurans, agen pinjaman dan berbagai lagi jenis perniagaan. Pemasaran email adalah teknik pemasaran internet terpantas,mudah dan paling menguntungkan berbanding dengan teknik promosi yang lain. Hanya dengan sekali klik sahaja, mereka yang pakar dalam teknik ini mampu mendapatkan jualan beribu-ribu ringgit dalam masa yang singkat. Antara software online yang menggunakan sistem penghantaran email ke pelanggan antaranya adalah Infusionsoft, Aweber, MailChimp dan banyak lagi. Untuk mereka yang nak jimatkan kos, aku sarankan korang daftar je Mail Chimp dekat sini, menariknya MailChimp ni menyediakan pakej kepada pelanggan secara PERCUMA tetapi untuk 2000 database sahaja.

10. Minisite
Minisite adalah salah satu jenis  laman web yang terdapat di internet. Minisite boleh juga dipanggil sebagai laman web mini yang ringkas, dan kebiasaannya digunakan sebagai web jualan. Minisite biasanya digunakan untuk menjual satu produk atau beberapa pakej produk secara fokus, maklumat mengenai produk berkenaan akan diterangkan dengan jelas dan terperinci melalui sales page minisite berkenaan. Cara ini membuatkan pengunjung yang membaca lebih faham, lebih berminat dan tertarik untuk membeli produk atau pakej yang ditawarkan.
Jika korang nak minisite template secara percuma, sila subcribe blog ni  & email dekat aku (macam peras ugut je, hehehe). Aku ada lebih kurang 12 template untuk minisite yang mudah digunakan, sangat berbaloi-baloi ...

Sebenarnya ada banyak lagi tips pemasaran dalam bidang perniagaan online ni, nanti aku akan cuba share banyak lagi untuk kebaikan bersama. Semoga perkongsian ini berguna untuk rujukan semua dan terima kasih kerana berkunjung. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan