Pages

13 Oktober 2018

Apa Itu Deposit Sewa Rumah / Bilik?


Sekadar gambar hiasan

Deposit sewa adalah sejumlah wang yg dibayar oleh penyewa kepada tuan rumah setelah persetujuan untuk menyewa di unit milik tuan rumah beserta syarat2 dicapai antara dua pihak.
Jumlah Deposit adalah sama dengan jumlah sewa unit sebulan.

Contohnya : Sewa 1 unit adalah RM500 maka depositnya juga  adalah 1 bulan RM500.
Jumlah deposit ditetapkan oleh Tuan Rumah dan tidak terhad.
Kebiasaan yang kita selalu lihat adalah :
1+1 bermaksud 1 bulan deposit + 1 bulan sewa
2+1 bermaksud 2 bulan deposit + 1 bulan sewa
Deposit dikenakan untuk:
1.  Mengelakkan penganiayaan penyewa terhadap tuan rumah berlaku
2. Untuk melindungi hak serta aset2 yg berada di unit tuan rumah sepanjang disewakan kepada penyewa.

Situasi menyewa tanpa deposit :
Pak Samad menyewakan rumahnya kepada Khalish tanpa sebarang deposit.
Pak Samad sudah memberitahu kepada Khalish dia haruslah penyewa untuk tempoh lama sama ada 6 bulan atau 12 bulan.

Khalish bersetuju dan mula menyewa 1HB Januari dan membayar sewa RM500 pada hari tersebut.

Pada 15HB Khalish merasa dia tidak selesa di rumah itu dan berniat hendak keluar sebelum hujung bulan Januari. Dia tidak memberitahu Pak Samad kerana Pak Samad sudah pasti tidak setuju kerana pada awalnya Khalish setuju untuk menyewa untuk tempoh yg lama.

Khalish juga berfikir dia tidak mengalami apa2 kerugian kerana dia tiada sebarang deposit yg dipegang oleh Pak Samad. Cukup bulan dia berpindah keluar.

Pak Samad cuba mengubungi Khalish untuk meminta sewa bagi bulan Februari tetapi Khalish tidak dapat dihubungi lagi. Pak Samad melawat rumah sewanya dan mendapati Khalish sudah berpindah keluar, kunci hanya dicampakkan ke dalam rumah dari luar. Pak Samad dapati pelbagai kerosakan dibuat termasuk peti ais, katil patah dan bil utiliti yang tertunggak.

Dalam situasi ini oleh dasar percaya dengan kata2 Khalish, Pak Samad telah dianiaya. Pak Samad terpaksa mencari penyewa baru serta membayar kos baiki kerosakan, bil eletrik dan air selama Khalish menetap disitu.

Jika pada awal Khalish dikenakan sewa deposit 1 bulan sudah pasti dia tidak ingin mengalami kerugian dan mahu kan deposit nya kembali. Sudah pasti Khalish akan memberitahu Pak Samad secara baik sebelum dia ingin berpindah.

Pak Samad akan mempunyai masa sebulan untuk menyediakan deposit sebelum Khalish berpindah keluar. Khalish juga akan membayar bil eletrik dan air untuk mengelakkan ia ditolak pada deposit.

Situasi Deposit 2+1 atau 1+1 :
Timah menyewakan rumahnya kepada Leha 1+1 pada 1HB Januari.
Pada hari Leha menyewa dia telah membayar 1 bulan sewa + 1 bulan deposit kepada Timah.

Masuk 1HB Februari dan Leha tak mampu bayar sewa meminta tempoh tangguh sewa sebulan daripada Timah. Oleh kerana dasar kesian dan budi bicara maka Timah bersetuju.

1HB Mac genap dua bulan Leha menyewa rumah Timah. Leha menghubungi Timah utk meminta sewa 2 bulan utk bulan yg tertunggak Februari dan bulan terbaru iaitu Mac.

Oleh kerana Timah tak dapat hubungi Leha jadi beliau melawat rumah yg disewakan itu. Leha telah pun berpindah keluar. Dia tidak memberitahu Timah atau memberi notis sebulan.

Timah telah dianiaya seperti Pak Samad dan terpaksa mencari penyewa baru dan membayar 2 bulan  bil eletrik dan air.
Leha mengambil kesempatan atas budi bicara Timah.

Sekiranya Timah menyewakan rumahnya dengan 2+1 deposit situasi ini sudah tentu tidak akan berlaku. Kenapa ?
Dengan 2 bulan deposit, Leha akan mengalami kerugian jika dia pindah keluar tanpa notis.

Timah mungkin akan setuju utk memberi tempoh tangguh sewa 1HB Februari sehingga 1HB  Mac kepada Leha.
Tetapi 1HB Mac Leha mintak tangguh lagi sudah pasti Timah tidak akan bersetuju.
Disini Timah berhak memberi memberi kata putus kepada Leha iaitu pindah keluar 1hb April.

Timah akan mempunyai masa sebulan utk mencari penyewa baru. Timah jugak tidak mengalami kerugian dimana Leha telah membayar 2 + 1.

Sewa Januari telah dibayar. Deposit 2 bulan Leha akan digunakan utk cover bulan Februari dan bulan Mac. Bererti 1HB April Leha tidak lagi boleh menyewa di rumah Timah.

Ini sebabnya kenapa kita lihat utk menyewa Rumah, Kondo @ Apartment Tuan Rumah akan mengenakan deposit secara 2+1.

1+1 adalah sangat tidak relevan lagi terutama jika tuan rumah sering menjadi mangsa buli penyewa. Budi bicara dan janji serta kata2 penyewa tidak mampu memberi keadilan kepada Tuan Rumah.
1+1 kebiasaanya akan banyak di offer di lokasi seperti PPRT, Flat, Rumah kos rendah. Kadang-kadang tiada deposit pun ada, penyewa hanya masuk bayar sewa sahaja.

Kenapa begini? Kita kena faham lokasi, kemudahan serta tahap keselamatan adalah memainkan peranan dalam menentukan kos sewa sesuatu tempat.
Jika anda tidak kisah tentang soal keselesaan, keselamatan, kemudahan jd tidak ada masalah bagi anda menyewa di lokasi PPRT, Flat.

Tetapi amatlah tidak logik jika kita demand nk sewa tanpa deposit, deposit 1+1, Nak bilik single dgn harga bawah rm300 di Kondo atau Apartment yang berdekatan dengan kemudahan awam lain seperti stesen bas, sekolah,  MRT dsb.

Jika anda duduk di kawasan pinggir bandar seperti Batang Kali atau Kuala Kubu Baru itu adalah logik. Jika kita tahu kemampuan kewangan, maka sewa lah setakat mana kita mampu.

Jika anda seorang tuan rumah dan menyewakan unit tanpa deposit itu adalah risiko anda sendiri. Contoh di atas adalah pengalaman bertahun-tahun kami sebagai owner rumah.

Penyewa yang baik adalah ramai, tetapi ada segelintir penyewa yang suka ambil kesempatan atas kebaikan owner. Yang tak baik itulah yang menyebabkan huru hara dekat semua orang lain.

Seeloknya owner kena buat perjanjian dengan penyewa secara bertulis dan tandatangan saksi. Hal ini amat penting bagi mengelakkan penipuan oleh kedua-dua pihak sebab adanya hitam putih yang jelas (jangan lupa untuk cop LHDN juga).

Sebagai tuan rumah, buat la pemilihan yang tepat dalam mengambil penyewa, dan jangan sewakan dekat warga asing yang bermasalah ye. Nanti haru biru jadinya...

Sekian, semoga bermanfaat.

Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan