Pages

23 Ogos 2013

Pecutan Emas Semakin Naik Sejak Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini aku nak berkongsi tentang Emas. Umum sudah tahu bahawa emas amat bernilai sejak zaman dahulu lagi sebabnya emas merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas yang stabil dan kukuh menarik perhatian. Seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman Rasulullah S.A.W, hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar. Ini menunjukkan inflasinya masih berada dalam paras sifar walaupun tempoh masa lebih 1400 tahun.

Dalam masa dua minggu harga emas 916 makin naik daripada RM 155 kepada 165 . Aku dapat rasakan kemungkinan harganya akan naik balik dalam 200+ 1 gram dalam 5 bulan mendatang (kemungkinan jer). Ramai yang tidak tahu kelebihan memiliki emas, yang pasti jika kita memiliki emas dan pergi mana-mana negara pun harganya tetap juga sama, tidak terikat dengan nilai mata wang asing dan memiliki nilai komersial yang tersendiri.


Untuk mengetahui harga semasa, antara laman web emas yang aku selalu jadikan rujukan adalah:


Aku nak share satu tips untuk korang. Kepada sesiapa yang berkeluarga serta ada anak kecil terutamanya anak perempuan, aku rasa korang patut cuba cara ni. Setiap bulan setiap kali dapat gaji belikan hadiah berupa emas dalam lingkungan 1 gram atau lebih emas untuk bayi korang (tak kira gelang, loket kecil, atau sewaktu dengannya), setiap bulan tau, bukan sekali setahun. Bayangkan 1 tahun ada 12 bulan, jadi dalam tempoh setahun anda sudah buat simpanan kepada anak perempuan anda sebanyak 12 gram emas. Jika dikira dengan harga semasa iaitu pada Ogos 2013 harga emas 1 gram adalah RM 165, di darabkan kepada 12 ( 165x12) anda akan dapat RM 1980. Wow!! RM 1980 tuu...

Cuba bayangkan jika umur anak anda dalam 17 tahun, sudah tentu harga emas akan terus meningkat dari semasa ke semasa dalam tahun yang mendatang. Secara tidak langsung ianya merupakan satu aset berharga untuk anak anda dan boleh dicairkan jika terdesak untuk tujuan pendidikan, perubatan dan sewaktu dengannya. 

P/s : Cara ni juga aku praktikkan kepada puteri kesayangan Nur Alisya aku sejak dia berumur 5 hari lagi. So... selamat mencuba  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan