Pages

24 Oktober 2013

Anda Graphic Designer? Anda kenal Vector & Raster?


Soalan cepumas, Anda designer? anda kenal vector dan raster? Jikalau anda graphic designer , anda wajib kenal vector dan juga raster, ianya bukan penyanyi dangdut, bukan juga pemain biola serta bukan pemain Arsenal.
Sebagai seorang pereka grafik, perkara utama yang korang perlu tahu adalah perbezaan antara raster dengan vector. Sekiranya korang semua bekerja dalam industri kreatif dan melibatkan kerja untuk merekabentuk grafik, adalah amat penting untuk anda mempunyai pemahaman asas imej Raster & Vector. Imej raster adalah terbentuk dari kumpulan dot per inch (dpi) dan diwujudkan melalui imbasan karya seni seperti hasil suntingan gambar dan sebarang program.

Manakala imej Vector pula terbentuk dari garisan melengkung dan garisan yang membentuk objek. Imej ini terhasil melalui pengiraan matematik menggunakan perisian berasaskan vektor contohnya seperti Adobe Illustrator. Sebagai contoh sila rujuk gambar di bawah :


Jadual Perbezaan Antara Vector Dengan Raster
RASTER
VECTOR
RESOLUSIdpiPengiraan matematik
SAIZLebih besar, bergantung kepada dpiSangat kecil
FORMATBMP,PCX,TIFF,JPEG,PNG,PSDEPS,AI,WMF,CDR,DXF
HASIL KARYAPoster, lukisan
PERISIANAdobe Photoshop, Win paintAdobe Illustrator, Coraw Draw, Adobe Flash
KELEBIHANMenambahkan kesan khas seperti pencahayaan dan bayang-bayangSaiz imej dapat diubah tanpa menjejaskan kualiti imej

Pada pendapat aku pula, Vector adalah satu jenis image yang terbentuk hasil daripada koleksi garisan, warna, titik lengkongan yang bersambung antara satu sama lain, lebih jelas lagi, jika makin banyak titik dalam sesuatu gambar, makin jelas & sharp gambar tersebut. Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan tertentu dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
  • Logo
  • Animasi
  • Banner/Bunting/Billboard
  • Clip art
  • Button
  • Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
  • Adobe Illustrator
  • Corel Draw
  • AutoCAD
  • Macromedia/Adobe Flash
  • Macromedia FreeHand
  • In-Design
Ok, kat bawah merupakan list website untuk korang download pelbagai vector yang aku terangkan kat atas. Boleh dikatakan antara website yang patut dijadikan rujukan oleh seorang pereka grafik dan yang lebih penting ianya 100% PERCUMA. Klik mana-mana senarai link dibawah :-
Harap dapat membantu, terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan