Pages

14 Oktober 2014

Cincin Batu Gunung Tebu - Jarum Hitam

Salam.

HARI ni aku nak bercerita pasal cincin yang permatanya besar gedabak, biasa pemakainya  orang-orang tua kita. Terlebih dahulu, aku bukannya peminat cincin yang tegar, apatah lagi pakar dalam menentukan jenis-jenis batu cincin.

Aku pakai pun sekadar suka-suka , bukan tujuan mistik, menunjuk2 atau untuk buat bertumbuk. Aku pakai sebab ianya merupakan pemberian istimewa dari ayah aku. Dan aku ada beberapa bentuk lagi yang belum diikat.

Di bawah merupakan cincin Batu Gunung Tebu- Jarum Hitam yang ayah aku cari dan buat sendri sebab dia memang peminat cincin tegar. Bagi aku, kualiti dan kesenian batu memainkan peranan penting kepada pemilik. Cincin dekat gambar bawah ni telah ditawar dengn harga RM 2000 lebih oleh peminat di Langkawi namun aku tidak jual. Mungkin harganya tidak menarik atau aku rasa sayang nak jual,hehe.




Sejarah Gunung Tebu

Ia mempunyai ketinggian 3,401 kaki dari aras laut dan terletak di Mukim Jabi, Besut. Di kaki gunung terdapat air terjun yang popular dan amat cantik iaitu Lata Belantan. Keadaan fizikal airnya selamat dan sesuai untuk anak-anak sekeluarga.

Di sepanjang pendakian terdapat pelbagai flora dan fauna khazanah alam yang unik dan tak ternilai harganya seperti Tongkat Ali, Janggut Ali, Misai Ali, Kacip Fatimah, Serapat dan sebagainya yang tumbuh meliar di sini.

Di tengah perjalanan, anda akan berjumpa satu kawasan yang lapang yang terdapat batu besar yang diberi nama Batu Tok Mat Hassan. Menurut penduduk tempatan di sini, batu tersebut diberi nama sempena dengan nama seorang penduduk tempatan yang pernah datang dan bertapa di sini. 

Lokasi pertapaan dikatakan tujuh tingkat di bawah batu besar ini.Tok Mat Hassan ini dikatakan telah bertapa selama 44 hari dan hanya memakan sebiji bertih sehari sepanjang pertapaan.

Apa yang menarik kawasan puncak Gunung Tebu ini agak luas dan rata. Apa yang unik terdapat banyak pokok bonsai di kawasan ini dan dalam keadaan yang sentiasa terjaga dan terpelihara iaitu bagaikan dalam taman dan seperti di kawasan hutan!.Dari puncak ini terserlah keindahan alam semulajadi dengan hawa udara gunung dan jelas nampak pemandangan Laut China Selatan dari puncak ini.

Di antara kisah misteri Gunung Tebu ( di petik dari LIBUR Mac/April 2003)
Jangan menyangka gunung ini dipenuhi dengan pokok tebu di puncaknya. Malah disepanjang perjalanan pendakian anda tidak akan menemui sebatang pun pokok tebu. Tetapi jika seseorang itu tersesat ketika mendaki atau menuruni gunung, biasanya akan menemui pokok tebu yang besar. Dari cerita mereka yang tersesat inilah ia dikenali dengan Gunung TebuTerdapat beberapa buah batu di gunung ini yang diberi nama tertentu mengikut cerita yang tersendiri. 

Batu Madrasah yang terdapat di tapak perkhemahan di puncak di katakan telah digunakan oleh Tok Mat Hassan untuk orang-orang bunian tentang ilmu agama.Terdapat juga batu yang tersusun atur bagaikan susunan kerusi di sebuah dewan dan dua buah batu di kiri dan kanan pintu masuk ke taman bonsai seakan-akan tempat orang mengawal dan menjaga urusan keluar masuk. Batu itu juga dinamakan Batu Mahkamah dan dikataan digunakan oleh orang-orang bunian sebagai tempat perbicaraan mereka.

Tentunya setelah mengetahui serba sedikit latar belakang Gunung Tebu ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk ke mari untuk menerokai dan merasai sendiri pengalaman mendaki dan menyelami sendiri kemistikan gunung ini yang sememangnya berbeza dengan gunung-gunung lain.

Apapun nasihat blogger, pastikan anda mendapatkan khidmat Jurupandu Alam semulajadi yang berlesen bagi memastikan perjalanan dan ekspedisi anda selamat.

( Sejarah Gunung Tebu dipetik dari blog www.terengganumyheritage.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan