Pages

20 September 2016

Kerana POMADE, Fesyen Anak Muda-Mudi Kembali Ke arah 50-an?


Secara tiba-tiba tergerak hati nak post artikel berkaitan Pomade. Potongan rambut vintaj ala tahun 50an ini kembali menjadi trending pada hari ini. Saya ingat trend lagi zaman sekolah dulu, ramai budak-budak lelaki guna pomade jenis Tancho pada zaman tersebut, baunya memang kuat tapi tetapi terbaekkk...

Antara artis yang menjadikan fesyen Pomade ini sebagai sumber pendapatan dan juga gaya style adalah Wak DoyokAmar Baharin dan Zizan Razak. Bagi anda yang mempunyai rambut lurus dan sedikit tebal, anda tidak mempunyai masalah untuk bergaya dengan potongan rambut vintaj. Caranya, belah rambut ke tepi, sapukan pomade dan biarkan ia semulajadi tanpa sikat dan sedikit bergelombang. Ada banyak gaya yang kita boleh buat sebenarnya.

Sebenarnya Pomade mula trending di dalam pasaran Malaysia sejak awal tahun 2015 apabila ramai artis mula menggayakannya di majlis-majis tertentu. Kini jejaka Malaysia mula memberi tumpuan terhadap pomade bagi mendapatkan hasil rambut terbaik. Pomade juga sudah merebak di kalangan artis sukan antarabangsa terutamanya bola sepak. Antara artis sukan bola sepak yang menggunakan pomade adalah Ayoze Perez, Jack Grealish, Diego Costa, Olivier Giroud dan banyak lagi.

Sebelum itu, apa itu pomade? 

Pomade merupakan zat berminyak dan berunsurkan lilin yang digunakan untuk menghias gaya rambut. Penggunaan pomade benar-benar menjamin rambut anda kelihatan lebih rapi, berkilat dan kemas. Pomade yang mula popular sekitar tahun 1900an ini mengandungi sumber dari minyak kelapa, lanolin, wax dan pewangi. 

Berbeza dengan wax, gel atau penyembur rambut, pomade tidak mudah kering dan mengeras namun memerlukan sedikit masa untuk membersihkannya. Namun, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencuci rambut menggunakan produk khas (de-greaser). Anda juga boleh menggunakan air suam serta minyak zaitun untuk membersihkan rambut anda.

Pomade pula terbahagi kepada 2 jenis:
  1. Water Based
    Jenis pomade ini memiliki daya ketahanan/hold yang cukup baik dan mudah untuk dibersihkan dengan air. Bukan berarti semua pomade water based daya ketahanannya rendah ya, ada beberapa produk pomade yang daya ketahanan sangat kuat. Untuk pomade jenis ini juga sangat sesuai bagi anda yang banyak menghabiskan kegiatan di indoor sebab efek dia tidak bertahan lama. Hanya sekitar 6 jam.
  2. Oil based
    Jenis pomade ini memiliki daya ketahanan/hold yang cukup tinggi dan kuat namun sedikit sukar untuk dibersihkan dengan air. Perlu dicuci bersama shampoo. Pomade oil based ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki kegiatan di outdoor sebab kesan dia boleh tahan sehingga 12jam!
Di Malaysia, antara pomade yang mudah didapati dan popular adalah Suavecito, Layrite, Bona Fide, Shiner Gold dan banyak lagi. Terdapat juga pomade buatan Malaysia seperti Malaya Pomade dan The Matt Pomade yang pertama berunsurkan halal dan suci. Ada juga produk yang nyata laris di pasaran seperti Pomade Wak Doyok, harganya pun hanya RM35.00 dan bnyak yang terjual baik di Malaysia dan Indonesia,

Anda semua juga kena hati-hati, zaman dahulu banyak pomade yang dibuat dan dijual di pasaran menggunakan campuran lemak Khinzir. Jadi pemilihan pomade yang betul-betul halal harus menjadi keutamaan kita sebagai umat Islam. Lagi satu pastikan pomade yang anda beli dan gunakan tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jika sesiapa yang berminat untuk membeli pomade dengan harga yang berpatutan boleh hubungi saya baik melalui email atau pun membuat pertanyaan melalui blog ini. Nak jadi lelaki sejati? Biar ada Gaya! hehehehe....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan