Pages

21 September 2016

Ciri-Ciri Orang Yang Dipengaruhi Dengan Dasim dan Angkatannya


Jika kita perhatikan di sekeliling kita, banyak tingkah laku dan perangai orang sekeliling yang sedikit sebanyak memberikan suasana yang tidak selesa dalam pejabat atau tempat kerja. Suka mengumpat, bercakap kosong, menghina orang lain, dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sudah adab manusia barangkali, tak kira bangsa apa, manusia sering lupa dengan ajaran agama dan nilai rohani iaitu bercakap sesuatu yang tidak benar boleh terjerumus ke dalam fitnah yang dasyat.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).

Faktor utama manusia terjerumus dengan gejala tersebut adalah hasutan daripada Iblis dan konco-konconya. Antara anak Iblis yang selalu berdamping dengan manusia untuk mengajar supaya membuat firnah bernama Dasim. Dasim adalah anak iblis yang bertugas untuk menghasut dan memecah belah rumah tangga manusia. Dikatakan ianya merupakan anak kesayangan Iblis kerana tugasnya adalah (memecah belah rumah tangga) dianggap sangat mulia dikalangan iblis. Dasim akan menimbulkan rasa benci dalam rumah tangga, dia juga yang membisikan ke dalam masyarakat untuk menyebarkan aib sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku bahkan sampai kepada perceraian.

Ciri-ciri orang yang suka berkawan dengan Dasim dan angkatannya :
  1. Banyak Menipu
  2. Pandai bercakap manis
  3. Suka memulakan percakapan
  4. Percakapannya lantang, lembut, sedap didengar, menyenangkan dan bersemangat .
  5. Suka melebih - lebihkan keadaan dan berita
  6. Meminjam nama seseorang seakan - akan dia bercakap mewakili orang itu .
  7. Mempunyai cita-cita yang besar
  8. Suka melihat orang mengalami kesulitan
  9. Pandai mengampu bos / majikan
  10. Di depan kita bercakap lain, di belakang lain jadinya
  11. Suka melaga-lagakan orang
              kesimpulannya adalah, berhati-hatilah kita dalam pergaulan seharian. lebih baik jaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata nista dan meyakitkan hati orang. Cuba muhasabah diri, dan tanya diri sendiri, kenapa kita suka melihat buruk orang sedangkan orang tersebut tidak sesekali membuat jahat kepada anda.

              Lebih malang, dalam diam-diam, hasil fitnahnya berjaya dengan bangganya sehingga seseorang hilang pekerjaan, rumah tangga berantakan, kesannya juga menyebabkan periuk nasi seseorang telah anda campur dengan kotoran sehingga anak bini sesorang merasai kesan yang dasyat dan berpanjangan. Betullah pendapat orang bijak pandai bahawa sikap sebenar seseorang itu boleh dinilai dengan cara percakapannya.

              Hati-hatilah kita semua dari terjebak dengan fitnah dan hasutan Iblis, Dasim dan konco-konconya.. Semoga kita mendapat rahmat hidayah dunia akhirat. Kami berlindung pada-Mu ya Allah, dari godaan syaitan yang terkutuk. Wallahu a'lam bish shawwab.

              Hitam hati rosaklah minda. Sekian...

              Tiada ulasan:

              Catat Ulasan