Pages

14 November 2013

Install WordPress Dalam 30 Saat Menggunakan Softaculous



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sebelum ini aku ada share dekat korang cara untuk install WordPress menggunakan cara manual kan? Artikelnya adalah anda boleh rujuk di sini.. OK! Pernahkah anda dengar tentang Softaculous? Mungkin ianya benda baru bagi sesiapa yang mula kenal tentang Cpanel dan juga domain hosting. Tapi takpe, aku akan terangkan fungsi dan peranan softaculous secara mendalam lagi. Link untuk laman rasmi Softacolous anda boleh dapati di sini..

Softaculous membolehkan pemasangan aplikasi web dengan sekali klik sahaja dan yang lebih bagus, ianya dilakukan secara automatik tanpa melibatkan penggunaan skrip yang susah. Cuba anda tengok Cpanel anda (jika anda sudah mempunyai hosting), jika tiada, anda boleh dapatkan hosting anda sendiri di sini. Tapi anda harus ingat, tidak semua hosting ada softaculous nih, jika betul tiada, aku sarankan korang hubungi Hosting Provider masing-masing untuk pemasangannya. Yang pastinya aku dah tak perlu risau tentang Softaculous ni sebabnya Server Freak sudah bagi dekat aku siap-siap, tu sebab la aku amat-amat berterima kasih dengan team mereka neh.



Berikut Merupakan Cara Penggunaan Softaculous :

Login ke cpanel hosting anda,
Masuk ke menu Software/Services -> Softaculous
Misalnya aku akan bagi contoh apabila kita install WordPress, hanya klik WordPress -> Install



software Setup

Choose Protocol : Pilih http://
Choose Domain : Nama Domain yang akan anda install
In Directory: Kosongkan ruangan ini ( padamkan perkataan wp jika anda nak letakkan main folder anda di depan public_html cpanel anda / jika anda nak tambah sub-folder, letak je sebarang nama )
Database Name: Isi nama data base sesuai pilihan anda ( biasanya maksimum 6 karakter / huruf)

database Settings

Table Prefix : Teks wp_  jangan ubah, biarkan dia kat situ .

Site Settings

Site Name: Isi dengan Tajuk / nama Website korang.
Site Description : Penerangan Website , contohnya 'Blog Ini Blog Berhantu, hehehe'.
Enable Multisite ( WPMU ) : Klik box tersebut jika korang  ingin menggunakan ciri-ciri Multisite , namun Server anda haruslah suport Aphace mod_rewrite untuk menjalankan ciri-ciri tersebut . Sila rujuk dengan web hosting anda. (Biasanya aku akan ignore je dia)

Admin Account

Admin Username: Tetap gunakan Admin (tapi akau sarankan korang jangan gunakan perkataan 'admin', sebab senang dihack oleh para hackers)
Admin Password : Letakkan Password yang strong, kalau boleh password dan username anda letakkan dalam notepad dan simpan dalam pen drive atau komputer anda. Password ini nantinya akan korang gunakan untuk Log in ke wp-admin
Admin Email: Masukkan alamat e-mel korang yang sah .

Choose Language

Pilih bahasa yang akan korang gunakan pada CMS wordpress. Guna je bahasa English. Periksa sekali lagi dengan teliti sebelum anda klik Install . Apabila tidak keluar tulisan berwarna merah error , teruskan Install WordPress korang dan ..... berjaya , maka anda akan menerima email dari Softaculous beserta link untuk akses ke wp- admin website: http://domainanda.com/wp-admin .

Klik link tersebut untuk Log in, seterusnya korang boleh memulakan untuk menulis artikel dan mengubah website / blog korang semua.

Satu lagi nak bagitau, Softaculous ni bukan hanya boleh install WordPress, tetapi boleh install bermacam-macam lagi seperti :
  • Zikula
  • Xoops
  • ocPortal
  • Website Baker
  • sNews
  • Geeklog
  • Drupal
  • Mambo
  • PHP-Nuke
  • Pligg
  • MODx
  • e107
  • Concrete5
  • phpwcms
  • CMS Made Simple
  • Contao
  • SilverStripe
  • PyroCMS
  • Redaxscript
  • PHP-Fusion
  • Silex
  • Saurus
  • jCore
  • Fork
  • Mahara
  • Tribiq
  • ImpressCMS
  • Typo3
  • Quick.CMS
  • ImpressPages
  • Pluck
  • BIGACE
  • Subrion
  • Joomla
  • Pimcore
  • Monstra
  • Tiki Wiki CMS Groupware
  • Bolt
  • Croogo
  • Dan banyak lagi
Seperti biasa, aku tahu korang semua malas membaca artikel aku yang panjang berjela nih,  aku akan letakkan sekali video yang sumbernya dari youtube. Harap tutorial ni dapat membantu, terima kasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan