Pages

19 November 2013

Nak Berniaga Guna Minisite ! Apa itu Minisite?

  1. "Apa itu Minisite?"
  2. "Apakah kegunaan Minisite? "
  3. "Bagaimana minisite boleh berkesan untuk melariskan jualan?"
Apabila orang bertanya kepada aku tentang 'Minisite', apa yang terlintas dalam fikiran adalah:
  • Mini website (website ringkas @ simple , kecil).
  • Mempunyai Header (Kepala Web).
  • Mempunyai Footer (Kaki Web).
  • Table @ Jadual ( ianya bermaksud tempat di mana teks badan seperti tajuk dan salinan iklan berkumpul, dan kadang-kadang mempunyai butang navigation).
  • Mempunyai satu atau dua kolum, ada yang letak sampai lima.
  • Biasanya mempunyai 1 hingga 2 pages, paling banyak pun dalam 10 pages.
  • Direka untuk menjual hanya satu jenis produk sahaja.
  • Ada yang berfungsi untuk mendapatkan database daripada pelanggan.
  • Dan ada juga minisite yang berfungsi sebagai Affiliate.

boleh digunakan untuk menjual produk , untuk mengumpul, atau untuk mendapatkan database / keahlian. Pada pendapat aku, minisite amat penting kepada peniaga yang ingin menjual atau memperkenalkan barangan mereka menerusi medium online. Cara untuk dapatkan database aku akan terangkan melalui tutorial yang akan datang.

Minisite yang baik adalah minisite yang boleh menarik perhatian pengunjung dengan rekabentuk grafik yang berkualiti tinggi serta menarik. Ianya menggambarkan ciri-ciri produk dengan cara yang kata-kata yang menarik perhatian pengunjung sehingga membuatkan pengunjung membeli produk tersebut.

Namun korang kena ingat, walaupun grafiknya menarik, tetapi jikalau skripnya tak tersusun,ianya memang tak best langsung dan membuatkan pengunjung tidak yakin serta hilang minat. Maknanya umpan anda tidak mengena....

Minisite yang baik juga biasanya tidak mempunyai banyak kolum tabs (yang sebelah atas) .Hal ini kerana, pengunjung akan sedikit terganggu, dan hilang fokus daripada niat asal iaitu untuk membeli produk.

Secara kesimpulannya, sesebuah minisite yang terbaik wajib mempunyai :
  1. Skrip iklan / tarik pelanggan yang memukau.
  2. Grafik yang menakjubkan.
  3. Pantas menerangkan kepada pengunjung apa yang website tu boleh offer
  4. Target market yang betul
  5. Testimoni pelanggan (Hal ini penting untuk membuktikan kepada pengunjung minisite kita bahawa produk kita mendapat feedback yang positif).
  6. Borang pesanan yang dihantarkan terus ke email anda.
  7. Video (link dengan pautan youtube , vimeo dan sebagainya).
  8. Mempunyai pautan dengan laman social @ website utama.
  9. Mempunyai pautan bayaran secara online.
OK, Katakan korang ada produk yang bagus dan berkualiti, tetapi anda tidak mempunyai budget yang cukup untuk mengupah web designer untuk buat website, anda boleh belajar sendiri untuk buat minisite. Paling tidak pun korang boleh mendapatkan khidmat pakar, kalau tak silap aku, minisite yang paling murah adalah dalam lingkungan RM 250 hingga RM 600 sahaja, jika ada yang cas sampai RM 1999 tu aku rasa dah melampau-lampau laaa. Kalau nak services yang lagi murah sila masuk mudah.my dan cari, kebanyakan student universiti yang freelance banyak cas dengan harga yang amat murah sehingga kadang-kadang tak masuk akal dia punya murah.

Kat bawah aku letakkan beberapa link Minisite yang bagi aku mempunyai citarasa unik untuk menarik pelanggan.
  1. www.bearbesar.com
  2. programusahawan.com
  3. marimelancong.com
  4. bisnesinternet.com
  5. dan banyak lagi...

Jika korang tahu sedikit kod html, aku sarankan korang buat sendiri, hanya beli domain dan juga hosting selama setahun dan upload semua file minisite ke dalam tu.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sekian Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan