Pages

19 November 2013

Photoshop – Asas Dan Pengenalan

Jika anda seorang pereka grafik, anda mesti pernah gunakan Adobe Photoshop kan? Buat masa sekarang aku belum jumpa lagi software grafik yang sebagus dan sehebat geng2 Adobe neh, tak kira la Illustrator ke, in-Design, Premiere ke atau sewaktu dengannya, kalau aku silap sila tegur ye.
Masa aku belajar dulu, aku tak diterangkan secara detail apa itu photoshop (mungkin masa tu aku tak masuk kelas) , masuk-masuk kelas je mesti kena jolok dengan assignment, seminggu kadang-kadang paling sikit 3 assignment kena siapkan. Situasi menjadi sangat tension sehingga kami rasa macam nak pukul orang je, pelajar dari pengajian lain lalu dekat asrama siap kena jeling lagi tajam-tajam, muahaha… Semuanya belajar sendiri dan banyakkan bertanya orang yang lebih pakar.
OK, Pada malam ni aku nak ceritakan serba sedikit bagaimana sejarah permulaan Photoshop, hal ini penting supaya korang tahu perkara asas dahulu sebelum aku terangkan dengan lebih lanjut tool-tool dan fungsi yang ada di dalamnya..
SEJARAH

Pada tahun 1987 Thomas Knoll (seorang pelajar PhD pada waktu itu) telah mencipta satu program pada komputer Macintoshnya untuk memaparkan imej ‘grayscale’ pada monitor monokrom.


Program tersebut telah beliau namakan sebagai Display. Dalam masa yang sama, abangnya iaitu John Knoll telah melihat dan berminat dengan program tersebut. Mereka kemudiannya telah bekerjasama untuk menghasilkan sebuah program yang lebih canggih dikenali sebagai ImagePro.
Setahun kemudian, Thomas Knoll telah menukarkan nama program tersebut kepada Photoshop.
Mereka kemudiannya telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar scanner iaitu Barneyscan. Hasilnya Photoshop telah berjaya diedarkan sebanyak 200 salinan bersama-sama dengan produk Berneyscan tersebut.
Melihatkan kepada potensi program Photoshop tersebut, John Knoll telah membuat demo program ini kepada syarikat Apple dan Adobe.
Demo tersebut telah memikat syarikat Adobe lalu mereka membeli Photoshop pada bulan September 1988.
Mulai tahun 1990 Photoshop 1.0 telah mula dikomersialkan. Pada awal keluarannya ianya eksklusif hanya untuk komputer Machintosh sahaja.
Namun mulai November 1992, penggunaan Photoshop telah semakin meluas meliputi semua jenis sistem pengoperasian dan komputer samada Windows, Mac OS X, Solaris.
Pada awal keluarannya ia dikenali dengan panggilan Adobe’s 2003 “Creative Suite”.
Website rasmi untuk adobe korang boleh buat rujukan di www.adobe.com.
Dalam tutorial yang seterusnya aku akan sentuh banyak topik tentang penggunaan tool dan juga effect, kalau korang rasa dah pandai serta sudah tahu, baik tengok tutorial versi lain daripada blog ni, sebab kat sini aku akan ajar korang perkara asas dahulu, lepas tu baru fokus kepada perkara yang susah dan rumit.
Semoga ia memberi manfaat, Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan