Pages

18 November 2013

Kongsi Ilmu, Ada Baiknya

Setiap kali aku google, pasti ada web blog daripada Indonesia yang dengan jujurnya memaparkan tentang tutorial wordpress serta berkongsi ilmu secara umum. Bukan nak memuji negara lain dan bukan juga nak perlekehkan bangsa sendiri, cuma kadang-kadang orang kita terlampau kedekut ilmu dan ada yang suka ambil kesempatan kerana orang lain tak berilmu. Korang faham maksud aku kan?
Ok, bagi pendapat aku, kalau kita buat benda dengan ikhlas, pasti Allah akan balasnya dengan nikmat yang setimpal. tak perlulah nak jual ilmu dengan pakej yang mengarut dan membebankan orang sangat-sangat sampai orang terpaksa berhutang dengan along atau bank yag interestnya cekik darah. Cukupla sekadar buat benda dengan ikhlas untuk memajukan bangsa sendiri. Mungkin ilmu yang kita share secara ikhlas tu menjadi saham akhirat yang akan dihitung dalam alam barzakh nanti, itu kerja yang Maha Esa, siapa tahu kan?
Aku sebenarnya amat kagum dengan masyarakat barat berkaitan perkongsian limu, jika aku post dekat forum diorang dan aku tanya tentang masalah IT, website, WordPress atau joomla, pasti dijawab dengan selaju-lajunya, siap bagi solution dengan link tutorial lagi. Namun jika aku post dekat forum orang kita, sampai setahun pun belum ada orang balas, yang mengejek dan merapu memang amat banyak la.
Jadi, aku rasa macam bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu secara percuma tentang apa yang aku tahu melalui medium ber blogging ni. Bukan nak tunjuk pandai,tapi sekadar menolong orang tahu apa yang nak tahu dan belum tahu. Aku akan cuba share ilmu yang aku tahu dengan seikhlasnya, mungkin ada benda yang aku tak tahu aku boleh dapatkan daripada korang dan begitulah sebaliknya.
Prinsip aku adalah, aku tak akan gunakan blog aku ni dengan post benda yang tak memberi manfaat dan mengarut, biarlah orang nak cakap perasan bagus atau berlagak pandai sekalipun. Sudah terbukti, dunia sekarang ni dunia IT, dunia Ilmu, jika seseorang tiada ilmu, layakkah kita menggunakan akal yang dianugerahkan-Nya ke jalan yang betul?
Aku juga amat-amat berharap semoga perkongsian yang aku kongsikan selama ni menjadi rujukan untuk anak bangsa kita sepanjang masa.  In Sha Allah. Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan