Pages

11 November 2013

Kejam!!! Pengawal Tembak Pekerja AmBank Ditangkap

Salam. bulan lepas negara dikejutkan dengan kes pembunuhan yang agak kejam dan mengerikan terutama melibatkan 'warganegara' Malaysia yang mempunyai kad pengenalan PALSU yang menjadi pegawai security (pak guard). Sedihnya aku tengok anak-anak pasangan ni yang kehilangan ibunya dikala usia yang masih kecik lagi. Takziah diucapkan kepada suami dan keluarga mangsa Arwahyarhamah Norazita Abu Talib.

Aku ulas benda ni sebab lepas STPM, aku pernah join dan jadi pegawai security di syarikat ni tapi sekadar jaga kilang buat bahan mentah Mc'D je la. Aku juga tahu sedikit sebanyak prosedur keselamatan untuk menjadi pengawal keselamatan di sini dan salah satunya perlu ada IC serta cukup umur. Rekod polis juga akan disemak dan jika ada yang mempunyai rekod lampau kerana mencuri dan sewaktu dengannya, pengawal keselematan ini akan diberhentikan dan terus dibawa ke balai polis.

Permasalahannya adalah, macam mana pihak majikan boleh terlepas pandang berkenaan IC yang dikatakan PALSU? Kenapa tak buat tapisan betul-betul terhadap suspek? Harap pihak berkuasa pantau gejala IC PALSU yang rata-ratanya diberi secara berleluasa di Sabah. Dan semalam aku tengok berita dekat TV9 yang mamat ni dah kena tahan dekat Johor, nasib baik belum sempat naik feri pergi ke Indonesia.

Baca seterusnya...

image-security

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - Bernama

 

Berikut merupakan pelbagai kisah kad pengenalan palsu berjaya didedahkan dan menjadi persoalan bagaimana warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia dengan menggunakan MyKad palsu
.

Klik link ni :

  1. http://www.nescafeais.com/mudahnya-mendapatkan-mykad-palsu-dengan-harga-hanya-rm350/

  2. http://www.nescafeais.com/rakan-pembunuh-kejam-ambank-beraksi-ganas-acu-senjata-api/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan